Tuesday, February 22, 2022

MD Diary 2: Degree Life

Assalamualaikum dan salam ceria!


Sempena tarikh cantik ni, kita kena buat post kan? 22.2.22
Okay, untuk post kalini aku akan buat ringkasan / summary untuk setiap tahun sepanjang degree. Mungkin ada junior-junior yang akan baca, please know what I will go through may be slightly or completely different from you. Sebab zaman sentiasa berubah.


YEAR 1 (2016 - 2017)
Masa ini baru masuk degree. Baru nak sesuaikan diri. Banyak rapat dengan kawan yang kenal sejak asasi. (Salah satu kelebihan asasi walaupun hakikatnya lepas 6 bulan, asasi ke matriks ke stpm ke semua rasa sama saja). Year 1 dan year 2 ni kiranya pre-clinical. Kehidupan aku kebanyakannya pergi kelas (zaman dulu face to face) jadi duduk dewan kuliah lama, pergi lab terutamanya kalau pathology, bilik mayat sekali je kut untuk year 1 aku dulu. 

Year 1 ada 5 block. Setiap block membawa markah 100. Jadi untuk pass year 1 kena points lebih 250 / 500. Kalau tak cukup 250, kena repeat year. Mostly semua block aku okay tapi block 2 aku dapat teruk sikit ahaha. Sejak medical school ni, memang aku lupakan untuk jadi top scorer bagai. Sebab yang penting aku faham dan boleh amalkan ilmu tu dan aku pass. Kalau tak, aku nanti terlalu tertekan.

Selingan: dari year 1 sampai year 5 memang aku masuk usrah dan join program. Aku rasa aku tak boleh hidup tanpa ada orang ingatkan aku pasal agama. 



YEAR 2 (2017 - 2018)
Okay year 2 ni lebih kurang year 1. Tapi dah semakin busy sebab kena buat research. Tahun ni juga aku dah kena hadap First Professional Exam. Tapi sebelum nak masuk FPE tu, aku kena dapat points lebih 200/400 sebab ada 4 block kan. Alhamdulillah, masatu aku pass first professional exam. Dan, untuk bangga diri sikit, batch aku tahun tu semua orang dapat lepas first professional exam dan supplement tanpa repeat year. 

Year 2 ni tahun terbahagia akulah kalau aku tengok balik. Tahun yang aku rasa semua Alhamdulillah serba cukup. Study okay, kawan okay, usrah okay. Semua okay walaupun kekadang ada juga masa tu kesusahan sikit-sikit, tapi tak teruklah. 



YEAR 3 (2018 - 2019)
Mula tahun 3 aku dah mula stress, takut semua ada. Masuk year 3, semua kawan rapat aku time year 1 & 2 dah lain posting. Aku macam agak lost kat situ. Nasib ada jugak kawan-kawan lain. Pastu pula, aku memang duduk serumah dengan semua senior masatu. Walaupun rasa sangat penat sebab tahun 3 sampai 5 ialah tahun clinical maksudnya kitaorang kena pergi hospital. 


Tahun 3 aku pindah ke Kuching untuk 6 bulan pertama. 6 bulan seterusnya aku pergi Sibu pula. Tahun 3 tahun yang aku banyak 'mengembara'. Pengalaman berpuasa kat Sibu antara moment yang aku takkan lupakan. Baik sangat salah satu masjid perumahan yang kat Sibu. Selalu simpankan makanan untuk pelajar-pelajar medic ahaha. 


Tahun 3 juga baru nak belajar long case & short case (salah satu format exam dalam medic dia macam viva lah, jawab soalan lecturer dan tunjuk cara nak periksa badan pesakit). Memang terkial-kial sebab tak biasa. Bersyukur sangat akak-akak senior yang serumah dengan aku tu banyak mengajar dan kongsi nota. Tahun 3 aku banyak tanya diri aku, kenapalah aku ambil medic. Baru sedar realiti medic busy bila tengok doktor-doktor bekerja dekat hospital. 




YEAR 4 (2019-2020)
Tahun 4 ni unik. Aku sempat masatu posting-posting minor dan posting psychiatry. Kiranya sempat pergi hospital psikiatri, melawat kat sana. Aku juga sempat posting forensic. Sempat tengok camne mayat di-post mortem. Sampai posting orthopaedic (tulang), nah, tiber covid datang. Kitaorang makin sikit datang ke hospital. Dan masa posting ortho tu, aku fail. I see it coming but itu kiranya first time aku fail dalam medic ni huahua. 


Selepas itu, masa aku tengah posting district, tiba-tiba PKP. Masa tu PKP 1.0. Aku masatu antara yang sempat beli flight tiket untuk balik cepat-cepat. Masatu kira macam 2 bulan kut tak ada belajar apa-apa. Online pun masatu tak mula lagi. Aku rasa bersyukur sebab masatu ada peluang untuk aku rehat sebab aku haritu baru je fail. Kiranya emosi aku masih belum stabil ahaha. Aku takdalah nangis tapi dia macam oh my god camne ni next next ni, gitu. Kiranya kerisauan. 


Lepas online learning mula, aku pun online learning macam biasa dan aku study pun tak adalah lebih juga AHAHA tapi studylah kan sebab aku kena tebus balik 1 posting fail. Aku dah takut sebab kalau markah posting lain tak okay boleh kena repeat year. Oh no no. Dahlah year 4 ni paling banyak posting. Setelah covid sedikit reda, aku datang balik ke kuching dan habiskan the rest of postings. Masatu dah mula ada had untuk pergi wad. Tak boleh ramai-ramai. 




YEAR 5 (2020-2021)
Tahun 5 aku belajar secara hybrid. Kiranya kelas online, tapi kalau bedsite teaching buat kat hsopital / fakulti. Kadang-kadang doktor jemput pesakit. Masa ni (sejak posting ortho sebenarnya), long case dah tukar kepada SBCE (scenario based cases ok e aku dah lupa stand for what AHAHA). Kiranya ada perubahan format siktilah berbanding dulu. Okay-okay je year 5 walaupun tak banyak pergi hospital berbanding dulu. 


Tahun ni kira tahun last, kitaorang kena pass Final Professional Exam. Dah nak dekat FPE tu, aku memang dah penat gila. FPE kitaorang pun kira dah 2 kali tangguh sebab masatu waktu tak sesuai dengan covid etc. Malam sebelum FPE, first time aku nangis untuk medical school masa time doa majlis solat hajat. Nangis lagi masa ayah aku call sebab aku rasa sangat-sangat vulnerable masatu. Lepas 4 hari exam FPE, hari kelima terus keluar result. Aku nangis sekali lagi sebab result FPE aku pass dan aku nangis sebab ada kawan aku tak pass.


Year 5 aku memang tak sabar sangat nak balik rumah sebab dah setahun aku tak balik masatu. Even raya pun first time aku berpuasa and beraya penuh kat Sarawak. First and last lah kan ahaha. Alhamdulillah a'la kulli hal. 




Kolej Kasturi, tempat jatuh bangun bergolek ahaha



Meja study aku. Jangan tanya kenapa ada baldi tepi tu. Terima kasih ya kolej masa aku tahun akhirlah nak tebuk sana sini ahaha




Bunga Orkid. Simbolik kalau siapa yang berjaya lulus akan dapat sekuntum Orkid. 







9 comments:

  1. akak pun nak nangis ni. mcm mana? AHAHA, bangga la dengan awak. bangga sebab ada kawan belajar medic. kita ni dah berkawan lama sejak awak sekolah lagi walaupun sekadar kawan dialam maya. walauapapun.. semoga berjaya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEEE, akakla dah tengok progress saya from zero ahaha. Dulu buat post berangan je ahaha. Masih tunggu apa twitter akk...

      Delete
  2. coronavirus mengubah cara hidup kita kannns.. 😅😅

    ReplyDelete
  3. Uwahhh. I jump to doctor blog! Congrats on your journey. Saya pun baru habis degree in Software Engineering. Tak sangka dah tamat belajar.Too fast sampai takut pula nak jejak ke alam dewasa

    ReplyDelete
  4. Rasa terharu baca entry nii. Saya dah lama baca blog awak, before masuk med school kot? Power,.powerrr. Congratulations doctor! Semoga terus berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaaa we've been known each other for so longgg, please pray for me

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...