Wednesday, May 28, 2025

Tak terjangka

Assalamualaikum dan salam ceria!


Bila aku baca balik post aku sebelum ni, aku rasa betul la.. kita memang tak tahu apa akan jadi. 
Aku dah habis housemanship & sudah hampir setahun nak jadi mo
Masih rasa macam ilmu aku sangat cetek. Nak quit sebab rasa incompetence & banyak benda tak reti
Tapi bila ingat ada benda yang dulu aku tak reti tapi sekarang dah tahu cara nak buat, aku rasa sebenarnya kita kena ada keberanian untuk kayuh, kesanggupan untuk belajar.

At least… for now


Dah nak dekat raya haji ni banyak post pasal Kaabah, aku rindu sebenarnya moment-moment pergi umrah. Masih tak percaya Allah jemput pergi sana. Alang alang kat sana set jumpa dengan kawan ho aku yang pindah Jeddah ikut suami. Bayangkan almost setiap minggu suami isteri ni pergi buat umrah masyaAllah. Rezeki Allah bagi kat kawan aku ni



Dan…
Lepas je habis umrah aku pun pindahlah ke tempat placement mo aku

Cuba teka kat mana
Ya…
Sarawak lagi

Kenapa aku dengan Sarawak ada ikatan yang sangat kuat eh 🥴😭
Bermula kembali episode jauh dari family. 

Anyway…
Tak lama lagi hari Arafah, boleh banyak-banyakan doa, mohon keampunan.
Selamat hari raya Aidiladha in advance guys



2 comments:

  1. jodoh kuat betul dengan sarawak. mana tahu jumpa anak tokey balak. haha

    ReplyDelete
  2. dah jadi doktor ya awak dik. lamanya tinggal dunia blogging ni tup2 awak dah jadi doktor.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...