Aku tak tau aku ni layu ke tak, tapi apa yang aku tahu, aku ni ayu. kedebushh! adehh :P
amboi, mentang-mentang puasa, jangan asyik nak tidur sepanjang hari. Makruh tau.
Assalamualaikum,
Breath in, Breath out.. fuhhh.. Alhamdullilah..
Tadi rasa nafas tersekat-sekat, hati berlubang-lubang bagai dipuncture beribu-ribu penebuk lubang. Alhamdullilah, sekarang ni dah lega, lubang semua telah tutup dengan jayanya bila dah check it out perkara sebenar. Tak sangka aku ni perah keluar santan.
Dari hari Isnin hingga hari ni (Jumaat), aku tak habis-habis buat pengumpulan homework BESAR-BESARAN. Then, bila dah longgok-longgok macam gunung Kinabalu, mulalah malas nak buat. heh, aku ni laahh..
Aku pernah dengar "MALAS itu lebih manis daripada MADU". Macam ada betul jugak kalau di-cabelkan (dikaitkan) dengan aku en.
Cikgu aku pun pernah cakap, yang Melayu ni layu. Nama pun meLAYU. Bunyi belakang pun layu. So, aku kena tepis semua tu! Korang bantulah aku sekali! Meh, kita angkat maruah MELAYU! tak mau layu, layu dah.. ada rupa menteri berkempen tak? heh, aku ni cakap je lebih, buatnya tidak. aiyoyo..
Malam ni, InsyaAllah aku dengan family buka puasa kat surau untuk 3 hari berturut-turut. Hari Jumaat, Sabtu & Ahad. *Woww! Macam aku cakap kat entri ni, buka puasa ramai-ramai memang besh! So, tak yahlah aku terangkan over-over lagi eh..
Kalau korang teringin jugak nak pergi buka puasa kat surau, mailah Putrajaya. Kalau jumpa aku, tolong buat-buat tak kenal.. haha XD kejam jugak aku ni..
FINE! aku nak siapkan homework dalam masa 3 hari ni, Jumaat, Sabtu, Ahad. Mampukah orang seperti aku buat? nantikan di episod akan datang. (bunyik cam seram naik bulu roma, padahal tak pun)
Mula-mula bersemangat waja tak hingat.
Sampai je soalan pro-pro..
"Err, apa eh jawapannya?" macam tunggu jawapan jatuh dari langit ketujuh.
Bila malas nak tanya, mulalah sesat (malu bertanya sesat jalan tau)
Akhirnya, terbuat homework taik mata . Pastu nanti, buku homework jadi peta dunia.. wahh!
Source : Mr. Google carisebijiksebijik
p/s : Masalahnya, sekarang ni mood aku BW bukan HMWK. Camne ni? haha XD
Notes : Friendship tu memang ada bayak likunya. Kita kena banyak bersabar. Lagi-lagi bulan puasa ni kan..



