Assalamualaikum,
Iklan comel mengalahkan iklan Astro *walaupun aku tak ada astro :(*
Sila picit gambar atas kecomelan berganda.
Memandangkan aku suka blog akak Zyra yang rock lagi comel jadi aku pun joinlah benda alah ini. Syarat dia mudah aje :
1. Buat entry bertajuk "ZyraRoxx's Blogbuster"(sila patuhi tinggi pendek besar kecil hurufnya amboi aku pulak yang over). Tajuk selainnya macam "Mari makan cendol asam belacan" tak akan diterima. Barangkali tak rock maka tak diterima.
2. Letak iklan mengalahkan astro di entry anda (harap-harap Astro tak baca ni, habis dia saman aku nanti).
3. Setelah 7 hari 7 malam (nampak bebenor nipunya) akhirnya siap entri sila komen link entry anda di sini.
4. Follow dan like page kak Zyra.
5. Apa lagi, join lah. (ini aku tambah, maaf kak Zyra)
Baca lanjut sini.
-------------
Ketahuilah kalau ada penghadang atas ni ^ maksudnya aku mula masuk babak tak ada kena mengena dengan tajuk. Tak apakan tak ada dalam syarat-syarat penyertaan :P
Tadi baru saja habis pendaftaran untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 kat sekolah. Phew tengok subjek tahun depan telan air liuq 5 kali jawabnya. InsyaAllah, aku cuba walaupun banyak khabar angin kata subjek ini susah. subjek ini payah. Allah kan ada? *kening-kening*
"Ya Allah, saya ada masalah"
Nope, bukan. "Oh masalah, saya ada Allah."
Tahun baru dan hari baru bermula esok takkan nak tunggu esok baru berubah. Macam mana kalau kita tak sempat bernafas esok? Pernah baca buku Hlovate, dia ada tulis,
"the man who decided to change on 12th died on 11th"
Mari sama-sama kita berubah kepada lebih baik.
*baca dengan intonasi macam ibu yang ajak anak pimpin tangan nak lintas jalan*
dan, jangan warm-warm (hangat-hangat) tahi ayam sahaja *terasa diri sendiri*
P/s : Apa azam baru? Ke azam sama macam tahun lepas? Apapun azam kita biarlah azam itu akan bawa kebaikan kepada diri kita *batuk* ;)
2012 in memories.
2013 here I COME !