Assalamualaikum £ aluu..
Dokumen Perjalanan Terhad - Buku Biru
Dulu ingatkan dokumen perjalanan terhad (DPT) ini macam dokumen-dokumen yang kena letak dalam fail. Ayah aku pula ingatkan ia sejenis kad. Rupanya, bila baca kat blog, dia macam buku passport tapi bezanya, warna biru.
Aku buat DPT kat Jabatan Imigresen Melaka sebab kebetulan mak tengah kursus kat sini. Sekali, baru perasan, 7 minit dari hotel, ada UTC. #sabojela. Nasib baik, Jabatan ini cantik. Dia terletak kat kompleks Kementerian Dalam Negeri. Besar & tak ramai orang sangat (masa itu).
Apa benda tu DPT?
Untuk apa?
- Perlu apabila penduduk semenanjung hendak pergi ke Sabah & Sarawak dan tinggal di sana untuk tempoh lebih daripada 3 bulan.
Dekat mana boleh dapat?
- Dekat pejabat imegresen cawangan negeri masing-masing. Kalau saya, ada di Bangunan Wisma Persekutuan Negeri Sembilan (Tingkat 2).
Berapa bayaran dikenakan?
- Hanya RM5! Murah kan?
Sah laku berapa tahun?
- 5 tahun. Nak sambung lagi, tambah RM1 setahun.
Apa dokumen penting yang harus di bawa semasa memohon DPT?
- Salinan IC dan 2 keping gambar terkini.
Apa proses yang akan dilalui?
- Ok, hanya pergi ke cawangan pejabat imegresen berdekatan, minta borang nak mohon DPT di kaunter pertanyaan, isi, ambil nombor, tunggu giliran, dah siap kutip di kaunter kutipan pada masa yang telah ditetapkan. Senang bukan? ;)
Credit step-step ringan dan berkesan ini kepada blogger ini.
Okay, ni maklumat tambahan.
Kalau sesiapa yang belum 17 tahun, (macam penulis blog ini) walaupun kalau ikutkan dah 18 tahun tapi belum birthday, anda dikehendaki bawa mak/ayah/penjaga bersama. Gigihlah aku tunggu, mak dari kursus datang lari ke sini sekejap sebab nak siapkan DPT ini.
Pastu. Ada pegawai itu tanya,
"IC ini masa umur berapa?"
"Err 12 tahun."
"Eh, ini kena buat IC baru ini."
Aku dengan sedikit 'SHOCK' kat situ, aku jawab, "Eh mana boleh. Sebab birthday saya lambat lagi bulan 10 nanti."
Pastu, nasib baik dia minta surat lahir. Kalau dokumen ini tak boleh buat, nampaknya aku tak sambung belajar ahaha.
Untuk yang bawah umur, ini yang perlu anda bawa :
- IC atau Mykad
- Mak atau ayah atau penjaga (bawa ic bersama)
- Bawa surat lahir
- Bawa 2 keping gambar yang terbaru (Gambar DPT lain sikit dari passport)
- Bawa RM5 (ahaha DPT ini RM5 je untuk 5 tahun. Setahun RM1 XD)
Susah jugak jadi bawah umur ini. Nak buat akaun bank semua kena ada mak / ayah sekali.
Ada pernah, seorang pak guard office mak aku bertanya masa aku tengah tunggu mak kat tingkat bawah ofis.
"Adik tak pergi sekolah ke hari ini?"
"Err saya dah habis sekolah."
Wakaka.
P/s : Teringin jugak nak penuhkan buku Merah, tsk
Related post: Cara Renew DPT & Pas Pelajar Unimas
wah, dah ade passport. nak pergi mana tu? hehe. akk takde passport lagi. :P
ReplyDeletenak pergi sarawak, ehehe
Deletewah thank you your post helps me lil bit sebab saya nak pergi sambung belajar dkt uniams so saya kena buat this DPT. thank you baru tahu huhuuhu
ReplyDeletetulaa, moga kite berjumpa di sana :P
Deletekawan akak dari sabah tak guna pula DPT ni. haha. baru tahu la . TT^TT
ReplyDelete********
alhamdulillah. tak dik, kos akak tak ada dekat seri iskandar degree nanti. maybe dekat puncak alam. inshaaAllah.
haha. sweet la kamu rindu akak. akak tahu kamu dapat dekat unimas cuma nak drop comment tak dapat sebab line slow. hehe
haah, Sabah Sarawak dtg sini tak kena buat apapa pun -.-
DeleteEmmm. Belajar tak sejarah?
DeleteBaca la buku sejarah dan info2 yg berkaitan..hehehe...Sabah & Sarawak pegi Semenanjung Malaysia tak perlu passport atau DPT. Org Semenanjung nak pi Sabah & Sarawak kene pakai DPT. Dah termaktub dlm prjanjian sebelum terbentuknye negara Malaysia..Dulu Sabah & Sarawak berstatus "Negara" utk info kalian jer la..
Deletewahhh baru tahu wujud dokumen ni, utk pergi sabah serawak... menarik info ni... :D
ReplyDeleteBerapa hari siap ye?
ReplyDeletedia siap 2 jam cmtu. kalau nak dlm sehari, lagi baik dtg masa pagi2
Deletewah, tak tau pulak perlu ada benda ni kalau nak stay dekat Sabah/Sarawak. Yang tahu dulu kena guna passport kalau nak pergi sana (kalau x silap la, cikgu sejarah yg cakap, kehkeh).
ReplyDeletesaya dah cukup umur, so senang sikit prosesnya. cuma x dapat unimas je :3
nampak sangat kak gee ketinggalan update blog cik nani ni.. sambung belajar kat mane cik nani oi... =)
ReplyDeletewlupun saya bkn cik nani, tp saya sambung unimas nnt ahaha
Deletetahniah.. hahaha.. =D
Deletesesat pulak panggil cik nani.. keh3.. sori hari ni kepala ting tong. ^_^
ReplyDeletegoodluck in study tau ^^ . Masa solehah nak buat paspport pun kene bawak ibu sebab belum birthday lagi--
ReplyDeleteKalau setakat nak pergi seminggu je, kena buat juga ke?
ReplyDeleteish3, ni mesti tak baca bebetul kan? ahaha. ni utk yg nak pergi sabah/sarawak lebih 3 bulan ;)
DeleteTahniah, dan moga berjaya di menara gading k ^-^
ReplyDeleteselamat belajar dikk ;)
ReplyDeleteErrr kenapa baru tau pasal DPT ni? Haha
ReplyDeleteSalam. Nak Tanya boleh xbuat DPT kat ngri lain? sbb sy berada d Penang tp sy berasal Dari Sabah. Blh x sy buat DPT Kat Penang he?
ReplyDeleteBolehh takde masalah. Mcm saya dulu buat kat Melaka tp rumah saya bkn kat melaka pun ;)
DeleteSalam sis, thanks ek for the tip. Kita duk Seremban gak, nak buat DPT sebab dapat UNIMAS, sis belajar kat unimas juga ke? ^_^
ReplyDeleteHaah, saya sambung kat Unimas utk degree hehe
DeleteGambar DPT lain dr gambar passport? Cuba terangkan. Atau tanya tukang gambar nnt nak buat gambar utk DPT.TQ
ReplyDeleteSy berasal di semenanjung dan sudah menetap di Sabah sebab kahwin org sini dan dah dapat passport (Dokumen Perjalanan Terhad). Kalau sy pergi ke semenanjung semasa di kaunter immigration kena guna mycard atau passport (Dokumen Perjalanan Terhad)?
ReplyDelete