Thursday, May 7, 2015

TheDecision : Sambung belajar

Assalamualaikum & aluu..


        Tergempar 6 Mei 2015, sampai sistem UPU laman web rasmi crashlah. Lagi dahsyat berbanding masa keluar result Matriks dulu. Nasib baik ada orang share link lagi satu yang tak berapa femes tapi boleh check keputusan permohonan.


Let me fly~ Let me fly~
(nyanyi nada lagu tema Frozen)


Rewind sekejap~ 


Beberapa hari yang lepas, aku mengalami tekanan nak memilih tempat belajar manakah yang patut aku sambung. Sama ada, nak yang paling dekat, jauh sikit, jauh sangat / jauh gila. Biasanya situasi camni, orang akan nasihat "buat istikharah". Dan, pernah aku terbaca, "Jangan ditanya pada akal yang terbatas." Jadi, berbalik kepada Yang Maha Mengetahui, aku temui jawapannya. < pls jadikan ini tajuk buku ahaha. 


Pilihan apa yang aku kena buat? 

Perdana University / Matriks N9 / IPTA / Mesir
(Paling dekat / jauh sikit / jauh sangat / jauh gila)


Cuba teka, dalam pilihan itu mana yang aku paling beeeerat nak lepaskan?


Ye, Mesir. Mesir itu aku dapat cantik pakej dia, belajar medic + hafal Quran + mantapkan bahasa Arab. Cantikkan pakej dia? Tapi, aku tolak bukan sebab faktor Mesir tak aman. Bukan. Bukan sebab faktor itu. Tapi faktor pembelajaran untuk Medic. Dan sebab pakai banyak duit walaupun Mesir ini paling murah untuk medic. 



So, bila dah keluar keputusan UPU..
Aku buka laman web crash. Hantar sms tak jawab. Pastu mak aku call, dia cakap, aku dapat Unimas, asasi sains hayat. Perasaan? Masa itu okay lagi. Pastu, bila dapat tahu ada kawan aku ini, Husna dapat UPM, aku dah mula terkilan. Aku teringin UPM itu sebab ada banyak haiwan (kahkahkah) tapi aku letak UPM tu bawah-bawah masa UPU sebab tak yakin dengan diri sendiri. Takpelah, takde rezeki dengan haiwan-haiwan itu XD


Kenapa cepatkan tarikh tutup giveaway? 
Jadi camni, aku mungkin akan ke Sarawak dalam awal bulan Jun. Disebabkan hal ini, aku terpaksa cepatkan tarikh akhir Giveaway Ceria itu. Sebab kalau aku dah kat Sarawak, sapa nak uruskan hadiah? Ke uolls tak nak hadiah itu? Ahahaha. 





Ingat lagi tak post pasal 'Kenapa nak futher study local?' yang aku pernah postkan dulu masa sebelum result SPM? Pergh, bila baca balik tergelak aku. Sebab akhirnya 3-3 faktor itu hancuss sebab aku nak pergi Sarawak. (Kecuali yang faktor kedua itu masih bertahan). 


1- Aku akan berjauhan jugak dengan keluarga.

2- Bahasa perantaraan?? Ahaha, aku tak tahu langsung loghat bahasa Sarawak. 

3- Aku akan pergi berseorangan (tak ada kawan sekolah aku yang dapat unimas ini, setakat yang aku tahu). 


Ini hujah lawan post yang aku pernah terbitkan dulu. 
Lawak pula lawan hujah post sendiri.... ok, mungkin tak lawak. 



So, dont take too seriously dalam post-post yang aku pernah buat. Ingat tak post pasal instagram itu? Akhirnya aku ada instagram untuk berniaga. (Sebenarnya kawan aku yang buatkan). 


Akhir kata, 
Kita takleh predict future. Fullstop. 



Angkat tangan meletops sikit sapa yang study kat Unimas?
Batch 97, sharelah awak sambung mana pasni? Nak tahu jugak, ehehe




// Mak saya kata, pergi Sarawak itu maknanya pergi obersi //

20 comments:

  1. kahkah... mcm xbiasa pula dengan problem site crash tu bila nak buat semakan / permohonan, dah jadi lali dah pon.

    rupanya saya check result awal juga, sebab masa saya check tu website nya ok je. sy tak pasti lagi uitm mana yg saya dapat. kalau dapat yg jauh gila, mungkin pergi matriks kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha ramai betul dpt uitm. Susah nak cari yg dpt prgi unimas, uhuhu.
      Apapun pilihan mia, study leklok, tebus untuk SPM kita! Yeah!

      Man jadda wa jada

      Delete
  2. Tahniah ya Aisya (maaf kalau salah eja nama). Moga Allah permudahkan segalanya ^_^

    ReplyDelete
  3. saya sambung matrikulasi je sebab tak dapat U .. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, buktikan pada mereka, yang budak matriks pun boleh skor! Yeah! Fighting!

      Delete
    2. yes !! Fighting !! ^^ .. Thanks

      Delete
  4. tahniah tau... :) semoga berjaya!!!
    sy dpt uitm diploma kesihatan persekitaran. nak pergi tp mak tak kasi. jd ambil matrik seja ni. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah dikkk !! sambung belajar naik kapal terbang lagiii

    ReplyDelete
  6. jangan risau dik, nanti ramai orang semenanjung dekat sana.

    ReplyDelete
  7. wahh dapat asasi.. tahniah! nnti elok2 lah kat sana nanti!

    ReplyDelete
  8. Mudanya awak. Hehe. Akak, doakan semoga semua urusan adik dipermudahkan. Amin. menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. =)

    ReplyDelete
  9. AISYAAAAAA!! Saya pun dapat UNIMAS XD tapi tak tau lagi pegi ke tak TT^TT

    ReplyDelete
  10. saya tak dapat upu tapi saya sambung belajar kat matriks lepas ni.Tahniah ye.Kat unimas tu ada abang saya study kat sana haha

    ReplyDelete
  11. Saya dapat UITM . Diploma Sains Matematik .
    Tapi , saya tak pergi .
    Saya pi KPJ . Hehe 😁

    ReplyDelete
  12. wahhh, tahniah ya. apa2pun semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.
    unimas kat mana dapat? kuching ke? :D
    BV org sarawak. senang je bahasa mlayu sarawak nie. hahaha. :3

    ReplyDelete
  13. Tahniahh huhu. btw, unimas memang best. batch5 asasi unimas :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...