Saturday, December 31, 2016

So.. there goes 2016!

Assalamualaikum & salam cerios!



            Oh my, kalau ikutkan sebenarnya aku malas tau nak update apa-apa. Tapi tadi aku tengok sedih betul post blog tahun ini ada 10 posts je? Like really? Rasa macam banyak padahal sikit. Fuhh, 2016 dah nak pergi dan aku rasa sayang nak lepaskan. Sebab tahun ini, tahun terakhir aku sebagai "teen" ; 19 tahun. Tahun depan dah mula tahun "ty" ; 20.


First of all,
Cliche sangat tapi sebagai seorang blogger, 
Aku nak ucap terima kasih dan minta maaf untuk semua readers / visitors blog ini.
Blog ni punlah yang aku rasa membanggakan sikit kalau nak dibandingkan dengan social medias aku yang lain. 




So, 2016!
AWESOME YEAR ALHAMDULILLAH


⇥➤ASASI 
       
        Zaman asasi bagi aku, zaman yang sangat best. Masa ini sebenarnya, aku tengah cari / tertanya-tanya apa yang sebenarnya aku nak sambung untuk degree. Banyak cita-cita aku develop masa ini. Jadi, aku selalu jugak mohon, solat istikharah apa yang sebenarnya terbaik untuk aku. 


In the end, asasi pun tamat. Sedih jugak ada kawan-kawan dah tak sambung degree tempat yang sama. 


But life goes on...



⇥➤ TAMAT ASASI 

       Time ni cuti panjang dan aku banyak habiskan masa dengan tengok drama. Ada jugak aku pergi interview Pharmacy di UniKL. Jumpa kawan-kawan sekolah. Masa ini aku banyak belajar pasal skin care sebab serius kulit muka aku makin banyak jerawat. Rindu kulit licin.


Wishlist 2017 nak kulit sihat balik boleh?




⇥➤ Sambung degree

         Lepas dah habis bersuka ria, aku sambung balik degree. Dan sekarang makin sikit cutinya. Tapi kita kena redholah ye. Okay, sebenarnya, aku tak pernah beritau lagikan kat blog ini. Sebenarnya, aku sambung dalam bidang perubatan. Masih lagi berusaha nak kenal nama-nama pelik dan InsyaAllah doakan aku terus minat bidang ini. 




⇥➤ Fakta-fakta lain untuk 2016


  1. Aku kena pakai braces lagi 9 bulan! Patutnya aku dah boleh buka tahun ini tapi doktor gigi cakap kedudukan braces kat gigi depan aku tak betul.                                                                                 
  2. Aku sebenarnya join usrah sejak 2015                                                                                                          
  3. Aku ada 3 kucing                                                                                                                                       
  4. Aku selalu ada idea nak tulis blog, last-last tak jadi tulis sebab aku rasa ideanya tak fresh.


Itu jelah kut, 
Aku rasa lega sebab apa yang aku nak tulis kat blog, aku dah luahkan hanya dalam 1 post. Ramai yang selalu tanya pasal braces kat blog ini. Tak kurang jugak pasal JPJ.

InsyaAllah, akan ku cuba meriahkan 2017 dengan post-post yang bermanfaat sikit. 



2016 topik hangat yang aku ingat, Isu Rohigya, Aleppo, Donald Trump, beberapa ulama meninggal, antara yang aku ingat Tuan Guru Harun Din, Olimpik Rio etc.




2017
You may start now!

Tuesday, October 11, 2016

Makin belajar makin rasa kecik

Assalamualaikum & salam cerios!


          Aduhai sebenarnya aku tengah malas nak buat ulangkaji ni so aku macam nak reflect balik apa yang aku rasa bila dah sambung belajar ni. Bila kita sambung belajar, yang lagi mendalam, kita rasa macam alahai banyak betul benda yang kita tak tahu. Ni baru bidang kita, belum lagi bidang-bidang yang lain. Rasa kecik betul ilmu kita, seciput je.






Terbaca kat facebook, dia ada tulis lebih kurang gini (lupalah ayat sebenar). 


"Most pain in this world can be cured by salt which are : 

1. sweat
2. tears
3. sea "


Tapikan, apa kaitan ayat atas ni dengan gambar atas, dengan tajuk sebenar yang aku nak bawak?



P/s : Sebelum aku melalut, baik aku mengundur diri dulu ahaha. Nampak sangat aku dah macam tak           betul.


Wednesday, August 24, 2016

Rezeki atau Fantasi?

Assalamualaikum & salam cerios!


"When you feel like quitting, think about others that didn't get the chance."




        Hari-hari bila keajaiban berlaku, aku selalu tertanya, (kekadang aku nangis) sebab aku rasa Allah bagi nikmat yang banyak tapi masih ada sisi-sisi slack aku sebagai hambaNya. Selalunya kalau benda itu betul-betul aku tak sangka, aku akan nangis. Lagi-lagi kalau benda tu dah lama aku idamkan. 


Minggu ini, minggu last aku ber-honeymoon. Life aku kat katil hampir 24 jam mungkin lepas ini terpaksa dilupakan. Aku dengar cerita lepas ini aku dah susah dapat cuti. Itulah pengorbanan nak dapatkan ilmu ye dak. Untuk post harini, aku akan jadi random je. Ini komen yang menyentuh hati dalam post aku yang sebelum ni.




            Bacalah belog beliau, dan sedialah ternganga tengok result 4.00 yang berbaris. Hewhew, 4.00 flat ini aku tak pernah sentuh lagi setakat ini dan untuk future, aku ini seorang yang realistik, aku tak rasa yang aku akan ada peluang untuk 4.00 flat haha (tolong jangan pessimist macam aku). 




Minggu ini memang benda baik jadi ke apa? 


Aku dapat hadiah dari kawan aku, Saza (klik untuk tengok insta). Masatu kebetulan tolong ambikkan lukisan yang dia lukis untuk kawan aku. Pastu, dia bagi aku ini sekali. Cantik! Lepastu dia ada gak tegur pasal jerawat aku ahaha. Doakan aku flawless balik macam zaman baby okay!




Nak order boleh wsapp Saza (+6017-2126265) dan bincanglah harga dengan dia eh
Boleh pilih design, tak semestinya bentuk geometri. Lukiskan gambar pun boleh.
(SIAP LAMINATE)



Last sekali, sungguhku tak sangka takku duga,

AKU MENANG GIVEAWAYYY!

Aku menang buku yang kiri itu.

Terima kasih buat penganjur. Jujurlah kalau ada 2 orang pemenang lagi tu ikut syarat, aku rasa aku tak dapat buku ini. Rezki, Alhamdulillah.


Apapun guys, 
Bad things will eventually go away. This too shall pass. Saya, penulis blog ni berharap korang dapat minggu yang ceria sempena Merdeka & selepas Olimpik ini! Tahniah pasukan Malaysia#



WHEN LIFE GIVES YOU 
HUNDRED REASONS TO BE SAD, 
SHOW LIFE THAT YOU HAVE 
THOUSAND REASONS TO SMILE.

Acah-acah blog motivasi sikit


Thursday, August 18, 2016

TheDecision 2 : Sambung belajar lagi

Assalamualaikum & salam cerios!


         Lepas habis asasi hujung bulan April, sejak itu mak ayah aku hampir setiap hari tanya, "Result universiti dah keluar ke? Dapat course apa?" Maka aku pun berhuhuhu sebab parents lagi cuak dari anak sendiri.


'When I was just a little girl,
I ask my mother, what will I be?'

'Will I be pretty?
Will I be rich?'

'And here's what she said to me.
Que sera sera.
What ever will be will be,
The future's not ours to see,

Que sera sera.' - ♪ Doris Day


        Dan, Ogos pun tiba. Sebenarnya tak ada banyak perubahan pun, aku akan sambung belajar ke Unimas jugak. Kos apa? Kos bidang sains. UM dan USM pun aku mohon juga, saja-saja cuba nasib walaupun tahu peluang nipis. Macam dijangka, tak dapat. Tapi tak apalah, Alhamdulillah. Dah bersyukur dah dapat masuk universiti. Tak kisahlah IPTA ke IPTS asalkan belajar ye dak?


          Untuk sesiapa yang rasa tak puas hati dengan course yang korang dapat, ataupun kau dapat kos yang kau nak tapi perasaan kau berbolak-balik, korang nak tukar course pun dah tak boleh. Peluang nak tukar pun macam tipis je. Cuba perlahan-lahan tanamkan sifat chenta dalam subjek-subjek yang korang akan belajar. Dan, kalau kau jenis nak jugak dengan cita-cita asal kau, so jangan putus asa!  Usahakan selagi boleh! Asalkan kita tahu, yang kita dah berusaha tapi Allah penentunya.


Belajar ini takyah nak jadikan pertandingan lumba lari. Sapa habis belajar dulu dia menang? No.



Unimas, here we go again! 


Ini jambatan cinta Unimas. Cuba positif, mungkin cinta ilmu kut *tangan di dada



Aku bersyukur sebab dari tadika sampai universiti, aku dapat masuk tempat belajar yang serba lengkap. Aku tak nak jadikan entry ini poyo dengan tunjukkan apa yang ada kat Unimas (more like malas). Boleh search kalau nak tahu apa kelebihan Unimas. Dan sebenarnya aku tak kisah masuk Unimas sebab aku asasi kat sana juga dulu. Ada kelebihan tersendiri kalau jadi ex-asasi Unimas walaupun tak boleh masuk IPTA lain secara amnya. 

Jangan tertukar eh Unimas dengan UMS. UNIMAS SARAWAK, UMS SABAH


Ini antara fakulti yang ada kat Unimas :


  1. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)
  2. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FIT)
  3. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)
  4. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  5. Fakulti Kejuruteraan (FK)
  6. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB)
  7. Fakulti Sains Sosial (FSS)
  8. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)
  9. Fakulti Pengajian Bahasan dan Pengajian Komunikasi (FPBPK)


Quiz Imaginasi :
Katakanlah, kalau anda masuk Unimas, fakulti mana yang anda akan masuk?



Previously on : http://kisahmissxyz.blogspot.my/2015/05/thedecision-sambung-belajar.html


Wednesday, August 10, 2016

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Assalamualaikum & Salam Cerioss



Klik gambar atas untuk travel ke blog awesome (kasi puji sikit)

Done follow kedua-dua blog.

Tag : nurulee



        Aku memang suka baca buku travel. Masa pesta buku haritu, 2-3 buku pasal travelling. Dulu aku ingat minat aku travelling tapi aku lagi minat duduk dalam keselesaan mungkin? Tapi buku travelling ni berjaya buka minda aku sikit. After all, kita memang dituntut untuk mengembara di muka bumi Allah. Sebabkan aku ni perempuan, aku rasa lagi secure kalau ada kawan sekali. 


Kat Malaysia, aku memang dah jejak kaki kat semua negeri. Jejak kaki tapi tak menjelajah. Luar negara pulak, Bali dengan Singapura. Tapi paling best kalau dapat jejakkan kaki ke Mekah & Madinah. Doakan yang terbaik untuk kita semua!





Saturday, August 6, 2016

Cara Menabung yang Tak Pernah Terfikir

Assalamualaikum & salam cerios!


     Sejak akhir-akhir ini aku makin rajin ke fb sebab entahlah, mungkin sebab system dia lebih baik. Kadang-kadang baca komen yang macam nak bertumbuk buatkan rasa nak tergelak. Antara page yang aku suka baca : IIUM Confessions tapi aku tak pernah lagilah confess. Segan kut, aku bukannya dari UIA.


Okay, tapi ini takda kena mengena dengan page confessions.


Aku terjumpa satu post yang orang share, cara nak menabung guna duit RM20 & RM5. Cara dia mudah je, bila ada je duit RM20 / RM5 terus je simpan dalam tabung. Tak kiralah dapat baki ke, orang bagi ke (rare), keluar dari mesin atm ke, atau dapat angpau ke terus je simpan dalam tabung. Asalkan jangan mencuri pulak.






Boleh je nak fleksibel, nak target simpan sama ada duit RM50 / RM20 / RM10 / RM5 / RM1.


Kiranya asal jumpa RM20 / RM5 je masuk tabung. Senang je kan? Duit lain cam sepuluh hinggit, limopuluh hinggit, singgit korang boleh guna. Duit lain boleh guna cuma target duit yang kalian nak simpan tak boleh guna.



Dulu aku rasa menabung ni dah tak relevan bila dah masuk universiti. (Relevan masa sekolah je sebab mak kasi duit saku). Tapi bila ada orang bagi idea macam ni. Sangat make sense dan possible kalau kuat jati diri kahkahkah.


Tips yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur.



Aku pun nak cuba lepasni. Jom!


Tuesday, August 2, 2016

HonestReview : Good Virtues Co Anti-Dandruff Shampoo

Assalamualaikum dan salam ceria!

#HonestReview means : This review is not paid or the writer has any desired to sell the products. Senang cerita, ni free advertisement as appreciation of this product.


It's August now!
Tak lama lagi nak sambung belajar pulak. #roadtodegree. Haih, menyesal sungguh tak update apa-apa bulan Julai. Padahal duduk rumah je tak kerja apapun. Now, let's get to it!





       Selalunya orang tak kisah sangat pasal shampoo ni. Jenama apa-apapun sama je. Aku pernah try jenama-jenama shampoo mainstream macam Dove, Loreal, Sunsilk, yada-yada. Tapi shampoo ni paling best sekali - bagi akulah.


Okay, refer gambar atas. Kiri tu aku beli sebab nak try. Harga dia murah dalam RM4+. Ini aku beli masa kat Sarawak, kat Summer mall. Sesuai sangat untuk students yang nak jimat. Kanan tu aku beli kat Giant. Harga dalam RM20+. Bagi aku murah untuk botol besar macam ni.



    Pros

- Harga berpatutan dan murah
- Packaging menarik
- Bau dia wangi tapi tak terlalu kuat. Subtle. Tapi wangi dia tahan 2 hari paling kurang.
- Masalah kelimumur dah hilang
- Rasa berangin sejuk je lepas pakai
- Boleh beli online
- No paraben, SLS, no animal testing



    Cons

- Rambut akan kering sangat lepas pakai. Tapi okay balik keesokannya
Kalau tak nak kering, pakai conditioner / minyak rambut.
- Tiada refill pack (setakat inilah)
- Susah nak jumpa tapi boleh cari di Giants, Guardian / Watsons yang besar but then again boleh beli online.








Good Virtues Co 

Rupanya ini jenama Malaysia. Serius dulu ingat jenama ni dari negara arab ke apa ke. Sebab dia ada tanda halal. Pastu rasa macam yislamik feelings. Jadi, jomlah support produk buatan Malaysia. 





Ini serum rambut. Rambut pun ada serum okay, jangan memain. Tekstur dia macam minyak, warna dia macam air (transparent). Wangi sangat! Harga dia dalam RM20+ atau RM10+ agak mahal sikit untuk botol besar ni tapi berbaloi jugaklah. Shampoo high-end products lagi mahal kut.  Rambut jadi lembut lepas pakai macam bulu kucing jiran sebelah tau!


Rambut aku ini tak boleh pakai shampoo yang kuat sangat bau dia, nanti dia gugur. Setakat ni pakai products ni takde major keguguran rambut. 




P/s : Aku tak beli conditioner sebab tak jumpa + malas nak beli online ehehe.


Sayangilah rambut anda kerana anda tidak botak
kehkehkeh





Tuesday, June 21, 2016

Tips Acne : Lifestyle sebelum nak raya!

Assalamualaikum and salam cerios!

Not a fan of Emma, tapi ni sangat inspiring! 

Credit pic from ig : @emmamaembongbubble


         Masalah jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi bila dah masuk asasi. Tension mungkin? Aku rasa macam jerawat-jerawat kat muka buat whatsapp group kat pipi aku ini. Acano nak remove 'group' geng jerawat gedik yang ada kat muka ni?


Aku masih lagi dalam proses nak baik, so aku nak ajak sesiapa kat luar sana yang ada masalah sama, untuk cantik sama-sama sebelum raya ni! Yang dah flawless itu, erm bolehlah ye nak tekan eh taklah, bolehla nak share rahsia 7 keturunan macam mana korang boleh dapat kulit flawless itu.


Enough chit chat.
(I doubt everyone would read the long words above, someone who is eager will just go to the main points, kan? kan? I'm like that too ahaha)



So, should we start?
            

            Tips 1 : Minum air banyak!
Yep, untuk orang yang tak biasa memang susah. Aku dulu jarang minum air kengkonon nak jadi orang yang mampu survive bila keadaan gawat (pemikiran apakah ini?). Zaman sekarang suhu dunia dah panas okay.

Sebaiknya minum air ikut berat badan. Macam aku, aku sepatutnya kena minum 1.6L sehari.



Mula-mula memang susah. Start slowly, Yep, awak akan selalu pergi ke tandas. Lagi bagus kalau dapat tahu berapa liter yang sepatutnya kita minum based on berat dan tinggi. Komen below kalau nak tau tips cane nak minum 3 liter (approximately) time bulan puasa. 


Ini apa yang aku dapat berdasarkan Get it Beauty 2014, eps aku dah lupa yang mana.
Dr tu cakap lebih kurang cenggini, - Minum air sangat bagus untuk kolagen kulit. Which means, korang dapat nampak muda dan hydrating!




             Tips 2 : Cleanser - Toner - Moisturiser
Dulu masa aku tengah tak kisah sangat, aku cuma guna cleanser je. Ingatkan yang lain tak yah. Aku ini ada pemikiran, lagi sikit produk kita pakai, lagi bagus. Lelagi bila tengok adik-beradik aku yang dikurniakan good skin diorang tak guna pencuci muka pun. 

Kita special sikit, kita kena skin care routine lebih sikit daripada orang bertuah ni. Pastikan pilih produk berdasarkan jenis muka eh! Baru kesan produk dapat nampak semaksimum mungkin. 

Untuk produk-produk muka, kalau muka tengah sensitif / berjerawat elakkan ingredients ini :
  • Alcohol (biasanya dia letak nama derivative alcohol)
  • Fragrance
  • Paraben (depends pada orang, ada orang kata paraben tak bahaya but better be safe)
Alcohol & Fragrance kena elakkan sebab dia mengeringkan muka.
Paraben sebenarnya bahan pengawet supaya produk skincare tahan lama. Tapi ada research mengatakan yang dia boleh menyebabkan kanser. 

  • Pemilihan cleanser
Cleanser pilihlah yang low pH yang serasi dengan pH muka (lebih kurang 5.5 pH). Cari yang gentle. Elakkan cleanser yang menyebabkan muka jadi ketat & sangat kering lepas cuci muka. 

  • Toner
Toner ini sebenarnya untuk stabilkan pH muka balik lepas cuci muka. 
Boleh juga untuk meratakan tona kulit & buang lebihan kotoran kalau masih ada. 


  • Moisturiser
Moisturiser penting tau! Kalau muka berjerawat, jangan takut pakai moisturiser. Sebab, kalau kulit kita hydrated dan skin barrier kita function dengan bagus, makin cepat kulit kita dapat lawan jerawat-jerawat itu. Trust me on this. Muka berjerawat bukan bermakna, kena taruk ubat jerawat dan bagi muka kering tanpa minyak. Tapi yang penting ialah hydration! 


AVOID WHITENING PRODUCT KALAU JERAWAT MASIH BERSEPAH ;)
Also, Jangan make up masa kulit bermasalah, kalau perlu juga, minimumkan make up.




            Tips 3 : Sunblock
UV rays ni kira musuh utamalah senang citer. Berdasarkan aku tengok Get it beauty (eh ni lagi), kalau kulit kita banyak kena matahari direct tanpa sunblock, senang kedutan di muka nak menjelma. Sunblock ini akan hilang over time, macam, kalau letak pagi, tengahari boleh dah hilang, (lelagi lepas ambil wuduk kan), so jangan lupa apply sunbock semula ye.

Dan sunblock can be preventive for skin cancer.

Sekarang dah banyak foundation, cc cream, compact powder yang ada spf, so takde masalah lagi kan?


  • Sunblock ini biasanya water-proof jadi tolong luangkan masa cuci muka dengan micellar water / oil (make up remover) sebelum solat & sebelum cuci muka waktu malam untuk betul-betul bersihkan sisa sunblock dari muka.                                                                                                        
  • Kenapa kena buat step atas? Untuk mengelakkan pori-pori tersumbat & pastikan wuduk anda sah. 



             Tips 4 : Lifestyle makan, tidur dan exercise
Okay, malas nak asingkan points, kita sekalikan terus.

 MAKAN
Kurangkan makanan :

BERMINYAK,   
DAIRY FOODS (eg : susu lembu - reason click here),  
SUGARY FOODS,  
NUTS (Kalau ada alergik)

Coklat memang tak menyebabkan jerawat tapi sebab coklat sekarang ini banyak sugar (gula) jadi kena kurangkan jugaklah. Mungkin boleh cuba alternatif lain macam dark chocolate. 


 TIDUR -
Masa tidur berkualiti ialah 10 PM - 2 AM. Get your beauty sleep!
Kalau tak mampu ikut waktu kat atas, sebaiknya dapatkan tidur selama 6-8 jam.  


 EXERCISE -
Exercise selama 30 minit sehari pun takpe. Cari kat youtube banyak dia ajar steps exercise kat rumah. Kalau kreatif sikit, jalan kaki banyak, naik tangga banyak. Asalkan peluh keluarlah senang cerita. Toksin-toksin dalam badan keluar, muka glowing, baju raya pun dapat muat.






*** Tips no 5 dan 6 ini optional ***


           5. Ambil supplement
Supplement ini, kalau boleh cari yang ada vitamin C. Zaman sekarang banyak supplement, senang je jumpa kat ig. Kalau nak beli, beli supplement yang kat farmasi je. Kalau takut ambik supplement, takyah ambik. Makan banyak makanan, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C okay?



           6. Jumpa pakar
Jumpa pakar ini ada 2 option, sama ada pergi klinik kulit - jumpa doktor - ambil ubat dan cleanser ataupun pergi salon kecantikan yang ada buat facial. Jujur, saya dah pernah buat 2-2. 


Erm, bulan puasa ini, aku rasa tak sesuai untuk makan ubat doktor. Tak tahulahkan kalau ubat kat klinik doktor lain, tapi ubat yang aku makan mengeringkan wajah. Memang kena minum air banyak. So, kalau nak ambil ubat berkaitan kulit macam Roaccutane (Isotretinoin), dapatkan nasihat daripada doktor pakar dulu. DOKTOR PAKAR KULIT tau. 


Option ini memang perlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Terpaksa lupakan nak baju kasut glemer raya, sebab nak kulit glowing raya punya pasal 





Jagalah kulit kita, sebab kulit ini bukan milik kita tau.


Sabar
Ulang lagi, SABAR
SABAR
Itu je nasihat sesuai untuk orang yang ada muka bermasalah ;)
NO PAIN NO BEAUTY BABEH.

Tuesday, May 31, 2016

MUET : BASIC INFO yang kena tahu

Assalamualaikum & Salam cerios!


   Kenapa kena ada MUET?

          MUET ini antara syarat kelayakan untuk course degree (undergraduate) untuk masuk university sama ada IPTA atau IPTS. IPTA memang wajib ambik. PM, Datuk Seri Najib telah mewajibkan MUET sebagai syarat kelayakan untuk masuk course degree.


Muet ini ada 3 sesi setahun. Boleh tengok kalendar sini.
    > Mac
    > Julai
    > November

Requirement Band MUET untuk course degree



   Band MUET 


Makin tinggi band, makin bagus markah MUET.



   Komponen MUET





         Selalunya MUET ini dia asingkan 2 hari. 1 hari untuk Speaking test sahaja. 1 hari lagi untuk semua writing test (Listening, Reading, Writing). Jangan risau, nanti kat slip muet akan diberitahu tarikh & masa ujian. Contoh gambar slip muet klik sini. Macam dalam gambar, tempat test (test centre) pun akan diberitau.



   Perkara basic perlu ada sebelum ujian MUET

  1. Print siap-siap slip MUET dari link ini dan kena bawa untuk setiap kali peperiksaan.
  2. IC dan kad matriks kena bawa juga
  3. Alat tulis (untuk semua writing test)




   Perkara basic lain (I wish somebody told me before I took MUET)

  1. Kena pakai baju yang sesuai. Kasut bertutup. Laki baju berkolar. Pakaian yang sopan dan sesuai.                                                                                                                                                      
  2. Untuk speaking test, alat tulis pensil, pemadam dan kertas disediakan. Speaking test sahaja!                     
  3. Untuk semua komponen writing test (Listening - Reading - Writing), jarak masa dari satu test ke test yang lain tak jauh, jadi pepandailah bawa air masak secukupnya. Biskut ke roti ke untuk makan kalau lapar. Pastikan tidur kena cukup baru dapat jawab power ye tak?                                      
  4. Pakai jam walaupun anda membencinya. Datang awal sebelum waktu yang dia tulis terutamanya Listening. Lambat datang listening, dia takkan ulang semula rakaman suara untuk kita. Untuk test centre yang jauh, rancang perjalanan supaya tak terlambat.                                         
  5. Untuk listening test, akan ada kuarantin sebelum masuk bilik yang lain. Gunakan masa ini untuk berkenalan dengan candidate group kita dan bincang untuk task B.




        800/1 - Listening      

> Boleh tengok format kertas kat buku latihan. 
> Basically, dengar dan isikan tempat kosong (tapi tak semudah yang disangka)
> Perlukan banyak latihan



        800/2 - Speaking      

> Anda akan masuk dalam satu group terdiri daripada 4 orang. (Atau 3 orang kalau tak cukup)



Handphone / sebarang gajet tak boleh digunakan masa kuarantin & masa dalam bilik test speaking.


> Ada 2 task. Task A dengan Task B. 

  • Task A  (Individual)
Kena bercakap selama 2 minit (boleh kurang, tak boleh lebih masa) mengikut topik yang diberi (tak boleh pilih - ikut nasib). 4 orang akan dapat topik/point yang berbeza tapi di bawah tema yang sama. 

Contoh soalan : What is the best present you can give to your brother?

Candidate A : Laptop
Candidate B : Money
Candidate C : Car
Candidate D : Holiday trip


Candidate A akan mula dulu. Then, B - C - D. Giliran ikut urutan huruf. Selalunya tak boleh pilih kita nak candidate A ke B ke C atau D. Ikut nasib. 


# Anda akan diberi masa untuk membaca soalan dahulu
# Next, akan diberi masa untuk tulis semua point ikut topik yang diberi
# Kena catat apa yang candidate lain cakap untuk bantu diri sendiri untuk task B
# Kertas, pemadam dan pensil disediakan.

# Task A - 
    Introduction (Kenalkan topik yang diberi)
    Point (Sekurang-kurangnya dua point)
    Conclusion ("In conclusion, I strongly agree.." - contoh ayat untuk kuatkan hujah)

Pastikan semuanya dalam masa 2 minit. Jangan lebih. Jangan kurang sangat. Cuba optimumkan 2 minit tersebut.



  • Task B (Group)
Tiada giliran tertentu. Tentukan siapa yang akan bagi introduction dan siapa yang akan concludekan isi-isi masa dalam bilik kuarantin BUKAN masa dalam bilik speaking baru nak tentukan ye.

# Akan diberi masa untuk tulis points (Boleh guna points orang lain dalam task A)
# Boleh sokong mana-mana point
# Pastikan ada interaksi 
# Maksimum masa ialah 10 minit.




        800/3 - Reading      

# 45 questions
# 90 minutes
# Objective questions (hitamkan kertas OMR - tak semudah yang disangka)
# Kena cuba skor yang ini sebab dia bawa banyak markah 





        800/4 - Writing      

# 2 section. Section A & B.
# Section A ada format tertentu. Report writing essay. (rujuk buku latihan MUET)
# Pastikan patah perkataan (150-200 words ONLY). Jangan lebih dan jangan kurang!

# Section B ada cara tertentu. Section B Extended writing essay. Selalunya argumentative essay. 
   Introduction
   Content - Min 3 Main Point
   Conclusion
# (minimum 5 paragraph, 350 words). Pastikan lebih 350 words ya!






          Nantikan post akan datang pasal tips-tips nak skor MUET band 3 ke atas. Post ini cuma general info yang semua MUET candidates kena tahu. Tips-tips misteri yang lagi hebak akan diberi dalam post yang lain pulak. InsyaAllah, kalau ada usaha, semuanya akan jadi, BELIEVE IT! 

Harap entri ini membantu, sorry terpanjang ahaha.


Sunday, May 15, 2016

Asasi Sains Unimas Pros & Cons (Kelebihan dan Keburukan)

Kampus Timur - Asasi Sains Unimas

Yep, pelajar asasi akan tinggal kat sini. (Update 2018: rumah-rumah kayu tu dah dirobohkan. Dulu kitaorang selalu buat video kat situ ahaha) Kolej yang pelajar asasi duduk di bangunan batu di belakang gambar yang bumbung peach tu. Bukan kat bangunan-bangunan moden yang awak search kat google itu. Itu Kampus Barat, life untuk degree. Well, you will understand later.



Assalamualaikum and aluu~

          Yeah, I survived asasi. First of all, buat post ini sangat risky dan boleh jadi tak ada function. Sebab buat post ini buat malam sebelum betul-betul esoknya nak keluar keputusan UPU untuk masuk asasi / diploma. Tapi, anggap jelah siapa yang sempat baca sebelum buat keputusan itu, ini rezeki kamu.



Untuk warga PPPU, termasuk lecturers, maafkan saya kerana buat post ini untuk junior-junior. Sebab saya akan tulis post ini setulus yang mungkin.



                   Pros                                                                                                        
  1. Kampus yang banyak fasiliti. Untuk batch yang baru, nantikan jejantas baru, dewan yang bakal dibaiki dan mungkin beberapa bangunan baru. Nak tahu lagi? datang sendiri. (Ps : I dont want to spill and spoil everything).                                                                                                                                                                  
  2. Kampus Timur untuk pelajar asasi sahaja. Tiada seniority degree-asasi.                                                 
  3. Kelebihan pelajar asasi bila masuk degree, ; diutamakan dahulu berbanding pelajar matriks / STPM. Tapi jangan risau, diorang masih tak dipinggirkan. Dan pelajar asasi tak perlu kokurikulum di degree kalau lulus generik di asasi. (Update 2018: Sekarang siapa yang dah ambik kokurikulum, kena ambil semula masa degree, so point kokurikulum transfer kredit ni dah tak relevan).                                                                               
  4. Asasi unimas banyak program menarik ; SuPra (Hari Sukan), AB2C (Khidmat Masy.), Bio trip, Fesenisasi (Festival Seni), Bazaar & banyak lagi kalau ada JPPU / JPMU anjurkan program lain. Look forward for it!                                                                                                                                                                
  5. Lecturers sangat baik, committed dan sporting! Beberapa lecturer ada akaun twitter yang aktif. Look for it!                                                                                                                                                                                 
  6. Ini antara sebab kenapa saya pilih asasi unimas. Untuk student hayat, tak perlu belajar fizik. Student fizikal tak perlu belajar biology lagi. Say goodbye to your least fav subject!                                                                                                                               
  7. Saya tak pasti untuk batch lain, tapi batch kami, batch 6 dan sebelumnya, dapat elaun asasi dan kalau dari Semenanjung / Sabah dapat elaun kapal terbang (tapi cuma sekali sahaja).                                           
  8. Fokus pembelajaran bukan sahaja fokus pada akademik. Skil komunikasi dan konfiden banyak difokuskan jugak.                                                                                                                                    
  9. Bersedia untuk buat banyak video (eh, pros ke? Yup, kenangan itu.)                                                       
  10. Jarak kolej kediaman dengan dewan kuliah hanya perlu jalan kaki. Jangan risau pasal transport. Kereta sewa, fetching banyak kat sini.                                                                                    
  11. Banyak diversiti kaum dan bangsa. Anda akan jumpa dengan ramai orang, dari pelbagai bangsa.                                                                                                                                                       
  12. Kalau yang dari Sabah / Semenanjung dapat naik kapal terbang! Fefeling overseas sikit, kahkahkah!                                                                                                                                                             
  13. Bersedia untuk jeleskan kawan-kawan matriks anda, sebab anda akan diberi kebebasan yang lebih daripada diorang. Sarawak banyak tempat menarik, tapi jangan lupa pelajaran dahlah. Sambil menyelam minum air, gulp.                                                                                                                          
  14. Staf pejabat PPPU sangat baik hati dan mesra pelajar. Jangan risau pasal pos barang ke sini. Dari sekecik-kecik pos macam ubat sampailah sebesar-besar pos macam printer dengan luggage boleh poskan ke sini. Nanti akan ada alamat diberi masa MAP.


                                                 
Gunung Gading
Biotrip





                    Cons                                                                                                       

  1. Tengok balik apa yang ditawarkan untuk degree di Unimas. Pelajar asasi Unimas susah nak masuk IPTA lain (walaupun betapa tingginya pointer anda, tsk). IPTS ye, boleh je kalau nak masuk asalkan ada sponsor duitlah.                                                                                                                                                                                                                             Ini cons paling terbesar. Selalunya, pelajar hayat nak masuk asasi hayat sebab nak ambik doktor. Batch kami (2015/2016) nak ambik 60 orang daripada asasi sains hayat. Ada 120 orang sahaja terpilih untuk sesi interview 1. Kurang dari 20 orang terpilih untuk sesi interview 2. Tapi, akhir sekali cuma 60 orang yang terpilih. Nak masuk jadi doktor susah, nak jadi doktor susah, dan jadi doktor pun susah. Tapi, jangan takut! ini baru challenging. Bersainglah secara sihat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Course degree kat Unimas banyak yang rare dan unik. Course mainstream macam phamarcy, dentist, optometry, physiotherapy, maaf, tiada di sini. Buat research semula. Apa yang pelajar asasi sains hayat dan sains fizikal boleh masuk untuk degree. Bila dah masuk hayat, selalunya tak boleh ambik engineering sebab tak ambil fizik dah.                                                                                                                                                                                                                                                                      
  2. Tiket kapal terbang tak semestinya murah.                                                                                                                                                         
  3. Mungkin, homesick sebab jauh dari family. Tapi, come on, bila dah 18 tahun, you will learn how to overcome this. Jangan risau, saya dulu budak sekolah harian tapi kadang-kadang rasa lagi tau nak cope daripada budak asrama, opps gurau sejaa.                                                                                         
  4. Mungkin akan culture shock sebab hidup kat universiti ini agak bebas. Kena ada pendirian kuat dan ingat apa niat tujuan sebenar masuk asasi.                                                              





Apapun keputusan awak sekalian untuk masa depan, sama ada nak pilih matriks ke, asasi ke, pergi luar negara ke, diploma ke, jangan lupa kita semua masih lagi dalam niat suci yang sama, nak tambah ilmu.


Jangan pandang ranking universiti semata-mata. Anggaplah takdir yang Allah dah tetapkan itulah yang terbaik. Buat istikharah bagi yang muslim. Bincang dengan keluarga. Research - research dan jangan lupa bertanya.


After all, life is about taking risk.




So,

Jangan cakap akak tak payung! :P
I want to write more, and tell everything. But it won't be fun anymore.





Also related posts during asasi : 




Are you ready for your life changing experience?


Sunday, January 17, 2016

Sweater merah

Assalamualaikum & salam ceria 2016!


            Punyalah lambat buat post pertama tahun baru. Pastu cerita pasal sweater merah? Seriously?



Ini DK7.
DK7 sangatlah sejuk.
DK7 ialah peti ais.


Aku tahu dengan buat post ini, macam aku mendedahkan identiti aku, untuk kawan-kawan aku kat sini. Sejak aku duk sini, aku dah jadi makin perahsia. Tak tahu apehal. Mungkin susah nak percaya orang, mungkin?


Balik pada sweater merah.
Aku bawak sweater ini sebab DK ini sejuk. 
Tapi sepanjang aku bawa sweater ni, dah 2 kali aku kena panggil kat depan. 
Apakah?



Sejak dari itu, 
aku dah tak bawa sweater merah. Lagipun aku macam dah immune dengan kesejokan DK7.



Memang post ini kosong + hambar betul. So, aku nak share sikit apa yang aku dapat melalui ceramah dari pagi sampai petang semalam. 

----------------------------------------------------------------------------

5 Elements of success :

IQ (Intelligence) - 8%
Past experience - 2%
Equipment - 4%
Economy / Social status - 4%
Effort 82%

----------------------------------------------------------------------------

Jom jadikan 2016, tahun yang luar biasa jom?
Tak nak yang basi-basi.


Kiranya -
apapun yang korang impikan, effort itu yang paling penting guys. Ikut sunnatullah alam, siapa yang berusaha dia dapat! Man jadda wa jadda, wa man malasa gagala ;)



Doakan aku survive beberapa test dalam beberapa hari lagi ni. (-.-)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...