Assalamualaikum & salam cerios!
Based on entry aku yang lepas, ada pasal menabung. Tajuknya : Cara menabung yang tak pernah terfikir. Masa aku post entry itu, aku tak pernah cuba lagi teknik itu. Ada jugak yang komen, cara menabung ini tak relevan ahaha. Tapi aku yakin, mesti dah ramai pembaca yang dah jumpa teknik kumpul RM5 / RM10 / RM20 sahaja kat media sosial kan? kan?
Based on entry aku yang lepas, ada pasal menabung. Tajuknya : Cara menabung yang tak pernah terfikir. Masa aku post entry itu, aku tak pernah cuba lagi teknik itu. Ada jugak yang komen, cara menabung ini tak relevan ahaha. Tapi aku yakin, mesti dah ramai pembaca yang dah jumpa teknik kumpul RM5 / RM10 / RM20 sahaja kat media sosial kan? kan?
Gambar google je
So, netizen start panggil teknik ini tabung PAS, tabung BN (RM1), tabung UMNO (RM10), okay tak ada kaitan langsung dengan politik. Tabung PAS ni tabung hijau kiranya kumpul semua duit RM5 sahaja dan seterusnya.. (Kalau tak faham, boleh rujuk entri lama)
TAPI! Teknik ini ada kelemahan untuk student macam saya.
Mana mungkin setiap kali aku jumpa duit RM5, aku masuk tabung. Buatnya semua dalam dompet tinggal RM5 semua masuk tabung macam mana? Tak kuasa aku nak pergi ATM keluarkan duit lagi.
Jadi, aku improvised sikit teknik ni antaranya :
- Aku syaratkan setiap minggu maksimumnya hanya RM15. (Aku buat tabung hijau). Jadi kalau dah simpan RM15 untuk minggu itu, RM5 selebihnya yang aku jumpa aku boleh guna.
- Aku utamakan bayar hutang dulu kalau ada hutang dengan kawan ke apa ke, barulah masuk tabung. Baru berkat kan? Tapi kalau ada duit warna lain, aku guna duit warna lain. Memang sayanglah nak guna duit warna hijau uhuhu.
- Tak boleh guna duit dalam tabung. Kalau terdesak boleh, tapi kena ganti balik!
Asas dalam menabung ini kena disiplin je.
Baiklah, aku mungkin akan jarang online blog lepas ini sebab ada banyak komitmen lain. Sekarang ini, aku dah masuk block baru, belajar pasal tulang yeay! Rasa rugi pulak tak post pasal aku belajar ambik darah masa block 3 sebelum ini. Tapi sungguh, memang sibuk! atau aku je yang masih tak pandai bahagi masa ahaha.
p/s : Curi-curi masa post pukul 3 pagi. Nasib baik line clear. See ya when I see ya. Assalamualaikum!
betul2. bagus tips2 nie. :D
ReplyDeletenak menabung, tapi entah kenapa tabiat nak korek duit simpanan tu masih menebal. hahahahha
sibuknya bakal doktor ni. hahaha.
ReplyDeleteakak setakat ni dari zaman belajar buat tabung syiling dulu. buat tabung RM1 masih belum disiplin lagi. haha