Thursday, December 21, 2017

Baru nak bersukan sebab MIVG

Assalamualaikum & salam ceriaa


       Dah 2 minggu MIVG berlalu aku baru nak buat post, ye memang.


MIVG = Medics Intervarsity Games
Yang melibatkan sukan macam track and field, futsal, bola tampar yada yada sampailah ke bowling, menyanyi menari dan melibatkan pelajar medic IPTA & IPTS kat Malaysia yang hantar wakil. Ini kali pertama MIVG jemput Unimas, uhuhu dan saya rasa sangat honoured dapat mewakili Unimas sebagai kontijen pertama.


Dari dulu lagi, memang minat betul dengan sukan larian. Kalau perasan post-post lama sanggup tu post pasal merentas desa, like tak penting kut tapi nak juga post. Selain daripada lari, saya juga suka lari dari masalah, hek.



Antara acara yang aku masuk 200m, 400m, 4x100m dengan bola jaring. Jangan tanya kenapa banyak sangat acara aku masuk. Sebab ye maybe satu sebab aku tamak. Tapi lagi satu, sebab kami dari Unimas tak dapat nak hantar ramai peserta memandangkan game diadakan di UiTM Shah Alam. Kami tak dapat nak bergerak guna jalan darat, jalan air lagilah, berbulan baru sampai dari Sarawak ke Shah Alam. Terpakso naik kapal terbang dengan tagline everyone can fly (if you have money psst).

Bola jaring

Track and field



Apapun, Alhamdulillah. Dapatlah bawa pulang seketui medal untuk Unimas. Itupun sebab berkumpulan. Alahai, harap-harap dapatlah teruskan gaya hidup sihat dengan jogging selalu. Haa nak citer, masa aku straight 3 minggu exercise tu, ramai puji kulit aku hewhew. Astaghfirullahal'adzim, segala kepujian patut berbalik kepada Allah, Allahuakbar!


Bersukanlah kalian kalau nak kulit natural glowy gitu.
Dan supaya tak lemau.



Thank you for having us MIVG, UiTM Shah Alam and UiTM Palam.



2 comments:

  1. i was so into sport that i injured myself countless of time. hehe

    ReplyDelete
  2. jauhnya dri unimas terbang pegi shah alam. bagusla awak ni jadi wakil u, kalau saya memang takla even suka sukan pun xD

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...