Saturday, October 19, 2019

Pengalaman Melawat Hospital Psikiatri

Assalamualaikum & Salam ceriaa!


           Baru saja beberapa hari lepas aku habis posting Psikiatri. Minggu ni kita baru je dapat dengar pasal kes kematian Sulli, dan aku memang dari sebelum tu lagi nak share serba sedikit pasal kesihatan mental.


KEADAAN WAD 
Masa lawatan pertama kitaorang (medical students), kitaorang masuk wad acute. Dalam hospital psikiatri, yang aku tau ada 4 jenis wad, wad acute, wad chronic, wad  forensic dengan wad medical. So, kitaorang selalunya masuk wad acute sebab kebanyakannya kita boleh nampak simptom simptom diorang. 


Masa masuk tu, aku rasa takut actually. Stigma yang dah lama ada dalam diri: yang diorang ni orang gila yang mungkin akan harm kita. Tapi bila masuk, dorang siap sambut lagi kedatangan kitaorang. Meraka tak kacau pun. Kat sana, katil bersusun macam kat wad biasa tapi bezanya diorang tak baring je tapi berjalan-jalan sekitar wad. Ada macam taman kecil, meja makan panjang dan tandas.  Kat sini, pemikiran aku berubah bila aku nampak, diorang ni sama je macam kita. Sihat je cuma minda terganggu sikit. 


Image result for wad hospital sentosa kota samarahan
Ihsan Google (Berita Harian). Ini gambaran camne katil-katil tu bersusun.


Wad tu takleh masuk sesuka hati je. Sebab dia bergrill. Kena tunggu nurse atau MA yang bukakan. Ini untuk elak pesakit dari lari ahaha. Dalam certain wad, ada wad agresif. Kiranya ada wad dalam wad. Mana-mana patient yang masih belum stabil & agresif sikit, masuk dalam tu. Yang tu pun bergrill. 


Wad forensik ni, wad di mana patient-patient ni terlibat dalam jenayah. Kalau ikut akta, cara hukuman kepada diorang ni lain. Tapi sebab aku tak berapa pasti pasal undang-undang, tak berani nak tulis lebih-lebih. Dr aku cakap, ada je yang sihat walafiat tapi mengaku ada schizophrenia (baca: orang yang berhalusinasi dan ada delusi minda) sebab nak ringankan hukuman berbanding orang yang sakit biasa-biasa.


Don't be afraid that they will harm you.
Most of the time you will find they are the ones who are being harmed. 

Ini apa yang Dr aku cakap.


DAY CARE / OCCUPATIONAL THERAPY 
          Dekat day care ni, diorang belajar camne cara nak buat roti, cara menjahit, melukis dan lain-lain. Hasil yang cantik-cantik diorang akan jual untuk sesiapa yang nak beli. Yang ni kebanyakannya dorang pilih siapa yang boleh join aktiviti-aktiviti ni. Especially untuk sapa yang dah stabil.

Ada hari, diorang siap jual sayur lepas habis bercucuk tanam. 


OVERALL,
Kalau korang mempunyai duit yang banyak, dan tak tahu nak sumbang kat mana.. Actually, hospital-hospital ini perlukan dana lebih. Sebab diorang cuba nak buat banyak lagi peluang pekerjaan dekat pesakit-pesakit ni, supaya kalau diorang terlibat lebih banyak dengan dunia luar, lebih banyak possibility untuk diorang baik, kualiti hidup pun makin baik. Ini terutamanya, pesakit-pesakit yang memang tak ada rumah atau dibuang keluarga dan sebagainya. 


Kebanyakan kes-kes yang kita selalu dengar macam depression atau anxiety ni, kita selalunya rawat sebagai pesakit luar. Dia ada indikasi tertentu kalau kena tahan wad. Bagi aku, yang selama ni aku dah interview pesakit-pesakit ni, kebanyakannya improve lepas dapat rawatan. 


Kalau korang rasa korang macam murung lama sangat, atau ada masalah lain tak kisahlah masalah terlampau nerves atau masalah seksual ke yang sampai menganggu fungsi hidup korang, sebenarnya korang boleh consult dengan psychiatrist. Kekadang, ada certain sakit tu tak perlu ubat tapi perlukan terapi dari psychologist atau kaunselor. 


Pengalaman melawat hospital psikiatri
Lagi nerves daripada pergi bilik mayat


There is no health without mental health.
Love yourself, even if you don't, you gotta know at least there's Allah who can loves you 


Plus, pesakit mental ni boleh kena kat sesiapa saja jadi jangan salahkan dia kurang agama apa semua, sebab kita yang sihat mungkin tak faham betapa sakitnya hari-hari diorang, hari-hari fikir nak mati sebab nak habiskan derita diorang. Always be empathy okay



1 comment:


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...