Assalamualaikum & Salam ceria,
Ahaha mungkin aku agak ketinggalan, tapi aku baru je discover benda ni #noob sebab kita ni jarang guna ERL. Disebabkan aku masih lagi entitled untuk guna kad siswa, apa salahnya guna kad siswa kan?
Soalannya: Beza harga tiket ERL guna kiosk dengan kad siswa?
Harga tiket guna kad siswa lagi murah. Contohnya:
Kiosk
KLIA - Putrajaya sentral: RM8.50
Kad Siswa
KLIA - Putrajaya sentral: RM6.60
Statement from KLIA ekspres:
KADS1M holders get 30% off at the KLIA transit counter by showing their identity proof. The ticket is valid for 2 minutes only.
Tapi setakat yang aku tau, tiket untuk kad siswa, kita kena beli dari kaunter saja. Kena tunjuk kad siswa + ic. Nanti penjaga tiket akan bagi kita kad untuk kita guna ke perjalanan tu. Tapi jenis tiket kad siswa ni dia ada limitations - kita kena masuk station tu dalam masa 2 minit lepas beli tiket dari kaunter. Jangan kau merayap-rayap pulak.
Ini contoh tiket kalau beli melalui kiosk. Dia macam kertas je. Jangan buang / hilangkan kertas ni sampai ke destinasi. (Sorry video ni bila post kat sini jadi laju pulak, haih)
Soalan-soalan yang aku tertanya-tanya:
- Boleh ke guna kad siswa untuk beli tiket ERL setiap hari?
Kalau sesiapa tau, boleh komen di bawah, ehehe
No comments:
Post a Comment
Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)
"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.
(3 komen terawal akan di-reply)