Assalamualaikum & Salam ceriaa
Beberapa hari lepas, aku balik sekejap & untuk pertama kalinya lepas dah 5 tahun start belajar kat Sarawak, aku sambut birthday dekat rumah walaupun sambut awal daripada biasa. Tengah-tengah ready nak potong kek tetibe!!!
Haihla, sabar jela
Apapun, dah masuk 22 tahun ni,
Aku minta supaya diri aku ni lebih rajin, lebih berguna sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, pelajar, kawan dan bakal doktor. Sepanjang 22 tahun hidup ni, Allah dah banyak pinjamkan nikmat nikmat yang terbaik & sangat rugi kalau aku tak gunakan nikmat nikmat tu untuk jalan kebaikan.
Untuk mama & abah
(Yang mungkin tak pernah baca pun blog ni), terima kasih jagakan kita dari kecik sampai besar.
Teringat ayat ni, 'Tiada hari yang lebih aku sesali selain hari di mana mataharinya tenggelam dihari itu, umurku berkurang dan amalku tidak bertambah' - Ibnu Mas'ud.
Allah berfirman Al Quran Surah al ‘Asr 1-3: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dalam supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Semoga kita semua dipanjangkan umur dalam keberkatan. 💖
No comments:
Post a Comment
Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)
"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.
(3 komen terawal akan di-reply)