Assalamualaikum & Salam Ceria,
Sempena bulan Rabi'ulawal ni, elok kalau kita bercakap jugak tentang Rasulullah s.a.w, the most influential person on earth (gelaran yang penulis buku bagi) & orang yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t.
Kat sini, aku nak cakap yang, salah satu perkara yang kita kena ada, ialah mencintai Rasulullah s.a.w lebih daripada kita cinta keluarga kita, lebih daripada kekasih kita. Rasulullah ni umpama cahaya untuk kita sebab kalau Rasulullah tak ada, kita mungkin tak dapat rasa cahaya Islam.
Macam mana cara nak cinta Rasulullah?
Okla, macam mana cara kita suka orang? Kita mesti nak tahu pasal dia, nak tengok dia, nak dengar suara dia. Tapi disebabkan Rasulullah dah tiada, apa yang kita boleh buat, baca sirah dia untuk tahu pasal baginda. Kalau nak 'tengok' / 'dengar' dari Rasulullah, apalah cara yang lebih baik dari membaca hadis. Hadis ni apa yang Rasulullah kata dan buat.
Dan, mungkin dari kita baca sirah dan baca hadis Nabi, terbit rasa cinta kita pada Rasulullah & makin mudah untuk kita ikut apa sahaja yang Rasulullah sampaikan sama ada itu wajib atau sunnah, makruh atau haram.
Dan, jangan lupa berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w. 😊
Jadikan Rasulullah ni role model kita, sebab baginda punya akhlak ni, akhlak yang terbaik. Bayangkan dia boleh mengubah orang arab Mekah yang sangat sangat biadap masa itu, kepada orang yang beradab.
Semoga Allah lahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dan selaluu rindukan baginda walaupun kita ni bukan sahabat yang pernah jumpa Rasulullah 😁
salam maulidur rasul.. =)
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul jugak
Deletesalam maulidur rasuul. semoga kita jadi umatnya yang sentiasa folo semua ajaran baginda.
ReplyDeleteaamiin, InsyaAllah. itu kena sentiasa jadi target
DeleteSebagai umat Nabi Muhammad ba yak cara kira boleh tunjuk dan buktikan yang kita sayang dan cinta baginda antaranya selawat, amalkan amalan yang disuruh baginda dan banyak lagi.
ReplyDeletebetul tuu
DeleteSalam Maulidur Rasul. Nak pupuk rasa cinta kepada rasulullah sangat mudah. Banyak perkara berlaku pada zaman kini tidak setanding dugaan Rasulullah. Kita nak jaga diri ketika ini banyak cabaran. Tapi dari kisah Rasulullah boleh jadikan kita kuat utk melakukan lebih banyak amal kebaikan dan dekat dengan Allah s.w.t. InsyaAllah.
ReplyDeleteyepp apa apa pun kena dahulukan rasulullah. kalau apa yang disampaikan oleh rasulullah itu menjadi ikutan, insyaAllah kita akan menjadi penghuni syurga.
ReplyDelete
ReplyDeleteSollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam
Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam
Ye betul, dengan baca sirah..tahu lebih mendalam pasti akan datangkan rasa cinta dan rindu pada Rasulullah
ReplyDeleteallahummasolli'ala sayyidina Muhammad <3 Salam dan selawat buat junjungan baginda
ReplyDeleteAllahuakbar... InsyaAllah moga kita terus istiqomah sentiasa berselawat dan zikir ke atas Nabi. Sememangnya besar ganjarannya buat kita yang amalkannya. InsyaAllah...
ReplyDeleteSalam maulidur rasul. In shaa Allah semoga saya juga dapat memmbuat perkara yang sama. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul. Semoga kita menjadi umat yang tidak alpa dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh yang terbaik. Banyak selawat dan mengamalkan segala sunnahnya
ReplyDeleteTerima kasih peringatan ni. Marinkita memuliakan nabi dan para sahabat. Mengingatkan kebesaran pencipta kita juga
ReplyDeletesemoga setiap masa kita ingat pada allah dan rasul. sebab itu lah yang dituju oleh kita. dunia sementara. jangan nanti rasul tak kenal kita bila di akhirat. peringatan untuk diri dan semua yang membaca ini (muslim).
ReplyDeleteAllahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.. Salam maulidur Rasul jugak buat sis disana
ReplyDeleteTerlalu banyak perngorbanan Nabi. Marilah kita istiqomah berselawat.
ReplyDeleteSalam Maulidul Rasul. Moga kita lebih teguh mencintai Baginda dan jangan lalai mengikut ajaranNYA serta memperbanyakkan berselawat dan membaca kisah hidup Rasulullah SAW
ReplyDeleteMoga kita terus istiqamah berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Target saya 1000 kali sehari.
ReplyDeleteMoga kita terus istiqamah berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Target saya 1000 kali sehari.
ReplyDeleteSemoga semua menjadi insan yang berdedikasi, berilmu dan akhlak yang dipuji orang ramai.
ReplyDelete