Saturday, November 9, 2019

Mencintai Rasulullah

Assalamualaikum & Salam Ceria,


       Sempena bulan Rabi'ulawal ni, elok kalau kita bercakap jugak tentang Rasulullah s.a.w, the most influential person on earth (gelaran yang penulis buku bagi) & orang yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t.


Kat sini, aku nak cakap yang, salah satu perkara yang kita kena ada, ialah mencintai Rasulullah s.a.w lebih daripada kita cinta keluarga kita, lebih daripada kekasih kita. Rasulullah ni umpama cahaya untuk kita sebab kalau Rasulullah tak ada, kita mungkin tak dapat rasa cahaya Islam. 


Macam mana cara nak cinta Rasulullah? 

Okla, macam mana cara kita suka orang? Kita mesti nak tahu pasal dia, nak tengok dia, nak dengar suara dia. Tapi disebabkan Rasulullah dah tiada, apa yang kita boleh buat, baca sirah dia untuk tahu pasal baginda. Kalau nak 'tengok' / 'dengar' dari Rasulullah, apalah cara yang lebih baik dari membaca hadis. Hadis ni apa yang Rasulullah kata dan buat.

Dan, mungkin dari kita baca sirah dan baca hadis Nabi, terbit rasa cinta kita pada Rasulullah & makin mudah untuk kita ikut apa sahaja yang Rasulullah sampaikan sama ada itu wajib atau sunnah, makruh atau haram.


Dan, jangan lupa berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w. 😊


Jadikan Rasulullah ni role model kita, sebab baginda punya akhlak ni, akhlak yang terbaik. Bayangkan dia boleh mengubah orang arab Mekah yang sangat sangat biadap masa itu, kepada orang yang beradab. 


Semoga Allah lahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w dan selaluu rindukan baginda walaupun kita ni bukan sahabat yang pernah jumpa Rasulullah 😁

22 comments:

  1. salam maulidur rasuul. semoga kita jadi umatnya yang sentiasa folo semua ajaran baginda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, InsyaAllah. itu kena sentiasa jadi target

      Delete
  2. Sebagai umat Nabi Muhammad ba yak cara kira boleh tunjuk dan buktikan yang kita sayang dan cinta baginda antaranya selawat, amalkan amalan yang disuruh baginda dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul. Nak pupuk rasa cinta kepada rasulullah sangat mudah. Banyak perkara berlaku pada zaman kini tidak setanding dugaan Rasulullah. Kita nak jaga diri ketika ini banyak cabaran. Tapi dari kisah Rasulullah boleh jadikan kita kuat utk melakukan lebih banyak amal kebaikan dan dekat dengan Allah s.w.t. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. yepp apa apa pun kena dahulukan rasulullah. kalau apa yang disampaikan oleh rasulullah itu menjadi ikutan, insyaAllah kita akan menjadi penghuni syurga.

    ReplyDelete

  5. Sollallahu ala Muhammad
    Sollallahu alaihi wasallam
    Sollallahu ala Muhammad
    Sollallahu alaihi wasallam

    ReplyDelete
  6. Ye betul, dengan baca sirah..tahu lebih mendalam pasti akan datangkan rasa cinta dan rindu pada Rasulullah

    ReplyDelete
  7. allahummasolli'ala sayyidina Muhammad <3 Salam dan selawat buat junjungan baginda

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar... InsyaAllah moga kita terus istiqomah sentiasa berselawat dan zikir ke atas Nabi. Sememangnya besar ganjarannya buat kita yang amalkannya. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  9. Salam maulidur rasul. In shaa Allah semoga saya juga dapat memmbuat perkara yang sama. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  10. Salam Maulidur Rasul. Semoga kita menjadi umat yang tidak alpa dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh yang terbaik. Banyak selawat dan mengamalkan segala sunnahnya

    ReplyDelete
  11. Terima kasih peringatan ni. Marinkita memuliakan nabi dan para sahabat. Mengingatkan kebesaran pencipta kita juga

    ReplyDelete
  12. semoga setiap masa kita ingat pada allah dan rasul. sebab itu lah yang dituju oleh kita. dunia sementara. jangan nanti rasul tak kenal kita bila di akhirat. peringatan untuk diri dan semua yang membaca ini (muslim).

    ReplyDelete
  13. Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.. Salam maulidur Rasul jugak buat sis disana

    ReplyDelete
  14. Terlalu banyak perngorbanan Nabi. Marilah kita istiqomah berselawat.

    ReplyDelete
  15. Salam Maulidul Rasul. Moga kita lebih teguh mencintai Baginda dan jangan lalai mengikut ajaranNYA serta memperbanyakkan berselawat dan membaca kisah hidup Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  16. Moga kita terus istiqamah berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Target saya 1000 kali sehari.

    ReplyDelete
  17. Moga kita terus istiqamah berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Target saya 1000 kali sehari.

    ReplyDelete
  18. Semoga semua menjadi insan yang berdedikasi, berilmu dan akhlak yang dipuji orang ramai.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...