Monday, January 25, 2021

End of Surgery posting

Assalamualaikum dan Salam Ceriaa


        Kalau ikutkan dah nak 2 minggu lepas surgery posting, aku ikutkan malas nak update. Tapi dah terjanji dalam blog ni so.. Surgery posting ni masih beruntung sebab kitaorang still boleh pergi wad walaupun limited beberapa student yang boleh masuk dalam 1-1 masa. Tapi bila dah masuk posting baru ni, nak pergi wad dah tak boleh untuk awal-awal minggu ni until further notice sebab kes covid tengah naik. 


Surgery posting bagi aku sebenarnya dia okaylah sebab dia sama macam year 3 just kena tambah beberapa ilmu pasal management. Cumanya bila aku ni dah macam tertelan setong semut hitam jadi banyak benda aku dah lupa actually. Dan mungkin masa aku year 3 tu, ilmu aku tu suam-suam kuku je. Jadi kena top up banyak untuk surgery posting masa year 5.


Kitaorang start posting dengan emergency medicine. Kiranya belajar cara buat CPR, cara nak guna stretcher, transport patient and cara guna walkie talkie. After that masuk surgery posting untuk 9 minggu termasuk exam week. 


Oh, on the day of short case exam, kitaorang memang akan bawa barang-barang untuk buat physical examination. Kiranya kena bawa stethoscope, measuring tapi etc etc. Tapi aku boleh pulak lupa nak bawa even satu pun sebab aku tinggalkan atas meja. Memang aneh ye perbuatan aku ni. Macam mindless gila


Basic instruments yang medical student pakai ahaha 
(ye paip tu jarang guna sebenarnya)


        Lepastu, aku dah ready mentally yang kemungkinan aku tak dapat balik raya tahun ni. Lepastu, bila keluar official announcement tak boleh balik, aku rasa minda aku sedikit koyak masatu. Honestly, aku selalu jugak fly balik semenanjung umpama semenanjung tu sekangkang kera. Tapi sebabkan tak dapat, aku rasa these days I pretend to be normal when I'm really not?


So tak ada cara lain, habiskan jugak final year ni. Lepastu aku balik. That's my biggest goal of 2021. Although aku fikir adui, I'm gonna miss Sarawak & my university life. But current mood is, I'm getting enough of this ahaha. 







9 comments:

  1. Moga semua Allah SWT permudahkan. Berlaku seperti yang direncanakan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Wah dah habis belajar dah missxyz.
    Rasa kejap je masa berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum habis belajar ni ahahaha 😂 tapi kita amiinkann

      Delete
  3. Omaigod baru baca your comment kat blog kita HAHAHA rindunya zaman blogging dulu 😂 sekarang tengah study lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah masih lgi tgh study!! Rindu baca blog sis

      Delete
  4. Alhamdulillah, dpt jugak pergi wad. rasa awkward sungguh bila ambil kos yg perlukan patient tapi buat online je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuhuhu tapi untuk posting next skrg ni takleh 😭😭

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...