Sunday, March 21, 2021

Perodua Axia aircond tak rasa

Assalamualaikum dan Salam ceria...


Sebelum tu, aku tak tahulah nak cakap. Kadang-kadang aku rasa aku ini banyak perabih duit mak ayah je ni masa study. 



Axia oh axia (credit gambar)


Ada satu harini, bila aku drive, aku tak rasa aircond even udara yang keluar tu udara panas. Siap ada bunyi angin "huuu huuu" tapi rasa sejuk aircond tak ada tau. Dah adjust-adjust temperature pun masih tak ada function. Jadi, aku fikir okaylah tak apalah. Mungkin tiba masa untuk aku servis aircond kereta sebab perodua pernah suruh aku servis aircond around RM200+.


Then, dah book appoinment semua (masa covid kena book appoinment untuk Perodua). Tibahhh, 2-3 hari sebelum tu dia call yang Perodua tutup untuk 2 minggu camtu. Jadi, aku pun decide, pergi jelah check dekat kedai aircond specialist. 


Dia cakap compressor air cond bocor yang katanya selalu berlaku kat Axia (Perodua please improve this?). RM700+ (aku tak ingat ori ke tak) kalau nak ganti. Aku terbeliak. Burung pun terbeliak. Dompet aku pun terbeliak. Kereta aku tergelak. Jadi aku decide masatu untuk isi gas aircond sahaja tapi dia cakap kalau isi gas cuma temporary fix je. Lama-lama gas akan habis jugak.  


Survey punya survey dan beberapa kali aku singgah ke Perodua, akhirnya orang perodua bagitau yang kereta axia ku compressor dengan cooling coil rosak. 


Harga yang Perodua letak (19 Mac 2021):
  • Compressor: RM868.30
  • Cooling coil: RM656.50
Warranty 6 bulan. 

Then, ada jugak dia includekan harga service aircond itu sekali around RM200+. Apapun, ini harga yang aku pergi masa ini, kalau tiberr kalau korang pergi dapat harga lain, semestinya itu hak Perodua itu sendiri. 


Sebenarnya boleh saja untuk aku tukar dekat kedai servis aircond lain, cumanya aku rasa harga compressor yang kedai luar jual pun agak mahal. Even ada yang jual RM1k padahal bukan original tau, just OEM. Baiklah aku buat dekat Perodua je, betul tak?


Anyway, Alhamdulillah lepas dah baiki itu aircond dapat function.
Masa hujan kalau tak pasang aircond 👉 cermin depan berwap 👉 driver tak nampak jalan. So penting sangat-sangat untuk aircond dapat function. 




P/s: Elok aircond aku dah sihat, phone aku pulak buat masalah 😩 
Dunia memang tempat ujian kan? Doakan supaya urusan aku dipermudahkan 😭



2 comments:

  1. Huhu T_T saya pon rasa kdg2 dok habiskan duit parents je. Alhamdulillah, ok dah kereta awak.

    betul, dunia ni mmg Allah byk beri ujian dkt kita ^^ dgn ujian tu lah tanda pembuktian iman kita, kalau kita sabar, insyaAllah byk pahala kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. isyy bagusla akak ni, saya suka cara akak berfikir ,,💛💛💛

      Delete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...