Assalamualaikum dan salam ceriaa!
Tips pergi sunway lagoon, tiket sunway lagoon, syarat sunway lagoon
Tiket sunway lagoon murah
Okay, aku akan bagi tips mengikut pengalaman aku sendiri.
- Beli tiket kat shopee boleh dapat murah. Dan, kalau beli tiket online jimat masa sebab kaunter tiket online memang kosong selalunya compare to kaunter tiket biasa.
- Kalau datang hari weekdays yang bukan cuti sekolah, memang tak ramai. Jadi, tak beli quack xpress pun kau tak perlu beratur lama.
- Tips famous: pergi dry park dulu. Dah puas baru pergi water park.
- Yang ni sangat penting. Please datang dalam jumlah 4 orang / 8 orang (ganda 4). Sebabnya ada certain ride contohnya kalau naik Vuvuzela. Pelampung tu minimum kena 4 orang naik. Unless kalau korang tak kisah nak naik dengan strangers yang datang musim-musim covid ni... tak ada masalah.
- Masa kat taman tema especially yang air / kolam. Semua orang tak pakai mask. Jadi, aku rasa korang kena hati-hati sikit. Jaga jarak semampu mungkin. Kalau ada penyakit kronik lain, jujurnya buat masa ni aku tak galakkan pergi.
- WEEKDAYS ROLLERCOSTER TAK BEROPERASI HUWAA (tak pasti cuti sekolah beroperasi ke tak). Sabtu Ahad rollercoaster beroperasi. Cuma sabtu ahad aku rasa better beli xpress tiket. Rasa lagi berbaloi daripada kau beratur panjang sangat.
- Sebelum masuk, dia akan check bag untuk tengok kau bawa makanan dari luar ke tak.
- Tengok ramalan cuaca dulu sebelum datang. Kalau tengok hujan, aku rasa better pilih hari lain. Aku datang masatu kebetulan petangnya hujan agak lebat. Tak boleh main apa-apa pun. Kolam cetek pun tak boleh T.T
- Rancang nak naik rides apa sebelum datang sunway. Aku cakap camni supaya kau dapat maximize kan tiket mahal itu.
- Certain itu kena bayar asing kalau nak main. Contohnya, Bungy jumping, G-force, Go-kart & Scuba dive.
- Certain rides ada had tinggi. Yang aku perasan mostly 140 cm gitu. Lain rides lain ketinggian dia bagi lepas. Tapi mostly lepas je, jangan risau. Mungkin kanak-kanak tak dapatlah nak naik rides terpusing pusing abang jamil tu.
- SILA BELI CASING KALIS AIR UNTUK PHONE. Sangat-sangat berguna. Yang boleh gantung kat leher tu. Memang senang kau tak risau phone kau termasuk air ke apa. Boleh simpan duit juga dalam tu untuk kau beli makanan etc.
- Lokerkan, sebenarnya ada banyak tempat. Pilihlah tempat loker yang korang rasa senang untuk korang. Yang tak adalah kau kena jalan jauh nak pergi loker pastu nak ke sana, ke sini. Dia buang masa sikit.
- Ni tips personal, suka hati korang nak ikut ke tak. Tapi please repeat naik vuvuzela. Best gila benda tu. AHAHA
- Kalau naik gelongsor ke vuvuzela itu sebenarnya kena buka spek. Pepandailah korang eh. Aku masa itu simpan dalam poket dengan penuh harapan dia tak hilang. Tapi ni sangat tak secure. Kawan aku bijak sikit dia pakai contact lens. Contohi kawan aku.
- Carilah selipar yang bertutup tapi kalis air. Aku rasa berguna. Sebab dia sesuai untuk yang dry park dengan wet park.
- Pakailah sunblock.
- Bawa duit lebih untuk: beli makanan, locker untuk simpan barang. Kalau korang nak buang duit lagi, boleh sewa pelampung. Kalau naik gelongsor etc semua itu akan dapat pelampung free so jangan risau yang tu.
- Untuk perempuan, aku cadangkan pakai macam singlet ke inner ke. Ada certain rides itu terangkat jugalah baju. So, kalau terdesak. Boleh pin baju dua-dua belah kat seluar supaya tak terangkat (especially rides air. Risau tau turun gelongsor... kau kat bawah, seluar tertinggal).
- Personal opinion: better pakai baju jersey warna GELAP sebab dia tak berat kalau masuk air dan tak jarang. Yes, sunway benarkan pakai tshirt untuk mandi tapi kalau nak better, better pakai baju renang.
- Boleh parking kat sunway pyramid sebab dia connected. Maximum parking fees sehari RM12 (weekdays) RM15 (weekend).
- Untuk info juga, area sunway tu jem gila nak mati kalau petang hari bekerja. Rancanglah sebaiknya.
Masa ni hujan agak lebat. Aku tak berkesempatan nak naik jambatan tu sobs sobs. Tapi pengalaman walking in the rain dengan kawan-kawan aku itu, antara pengalaman yang bermakna.
Aku jujurnya benci ride Toma Hawk ni. Serius rasa nak muntah. Tapi korang cubalah.
Apapun, terima kasih Sunway Lagoon bantu mangsa-mangsa banjir December 2021. Terdetik untuk aku share tips ni.
No comments:
Post a Comment
Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)
"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.
(3 komen terawal akan di-reply)