Friday, June 9, 2023

Genap setahun jadi HO

Assalamualaikum dan Salam Ceria (ceria ke LOL)


Dah hampir genap setahun nak jadi houseman. Rasa macam nak tulis je post-post yang lebih CEO friendly macam pro and cons pilih hospital yang aku pilih. Tapi nanti cam tak suprise lah kat junior tibah. More to malas sebenarnya.


Sedar tak sedar dah nak setahun jadi houseman,
Tengok balik rasa bersyukur + menyesal + tak sangka semua bercampur aduk. Benda yang dulu kita tak mampu buat, tapi bila selalu buat sebenarnya kita mampu. Allah pun tahu kita mampu. Dulu aku tak reti ambil darah dari nadi. Aku belajar dari beberapa orang untuk belajar ambil darah dari nadi ni. Ayat yang aku tak boleh lupa, masatu kawan aku tu first poster. Dia cakap, once dah pandai ambil darah dari nadi, nanti akan jadi addicted rasa nak buat lagi. Sksks mungkin adalah, cam satisfaction?


Dan, kadang-kadang bila aku fikir balik.. Banyak wey pahala orang yang mengajar aku buat review, mengajar aku ambik darah / isi form. Sebab itu ilmu yang hari-hari buat. Jadi aku kena selalu ingatkan diri aku untuk rajinkan diri untuk mengajar orang lain walaupun kesabaran aku mengajar adalah senipis bawang.  


Kalau bertanya tentang masa depan,
masih lagikah aku jadi doktor?
masih lagikah aku bekerja di Malaysia?
masih di clinical atau non-clinical
semuanya aku masih tak tahu
rasa macam rushing untuk fikirkan semua dalam masa setahun saja ni lagi


Berserah kepada takdir ke camne eh




2 comments:

  1. selalunya umur nak dekat 30an memang akan rasa... berserah saja pada takdir dan berdamai dengannya :')

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Genap setahun jadi HO

Assalamualaikum dan Salam Ceria (ceria ke LOL) Dah hampir genap setahun nak jadi houseman. Rasa macam nak tulis je post-post yang lebih CEO ...