Thursday, December 28, 2023

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria


Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa perbezaan dari 2nd ke 5th. Dia cam semakin malas tu membuak ya. Kalau tanya best HO state, aku akan jawab 2nd and 3rd posting. Sebabnya time tu masih eager to learn, eager to help. Sekarang ni, eager to settle early to eat early ahaha


Dan, untuk tahun ni, especially paeds posting. Posting healing aku panggil. Sebabnya time paeds la aku sempat untuk jalan jalan banyak sikit. Masuk awal-awal dulu aku cam tak ada idea nak buat apa. Sebab cam ada "banyak waktu luang & cuti". 


Lists tempat yang aku pergi 2023 (Mostly dalam Malaysia):
👋 Escape park Penang
👋 Kelantan
👋 Splash Mania
👋 Kuala Terengganu
👋 Negeri Sembilan (ni paling banyak repeat)
👋 Langkawi
👋 Kuching (ya, sebab rindu)


Tahun ni jugak aku ada 2 anak fruits. 
Tahun ni jugak aku kehilangan nenek aku dan pak long aku.
Tahun ni pun banyak kucing aku hilang huwaa


Rasa kalau nak cakap, 2023 ni aku boleh katakan aku masih dalam comfort zone aku. Sebabnya, aku masih dalam situasi kerja yang sama walaupun cuma bertukar posting. Dan, aku ada ahli keluarga dan kawan-kawan untuk jadi tulang belakang aku.


Takutnya nak fikir apa yang akan jadi 2024 ni. Sebabnya, kalau ikutkan itulah tahun aku habis HO. Dan... jadi MO. I cannot.. I cannot.. Placement pun kat manalah dia nak letak aku eh. Doakanlah aku dapat yang dekat-dekat je dengan mak ayah aku sebabnya aku ni lemah ahahaha




Luna Light Festival (Negeri Sembilan)


Aku dan matcha latte


Escape theme park. Best time ni kosong. Takleh lupa tempat ni sebab phone aku masuk air. Akula mulut masin sangat cakap "Oh takpela kalau casing phone ni masuk air boleh baru, ehhh" Ehh sekali ambik kau.


Masjid Sendayan, Negeri Sembilan
Dulu selalu nampak orang post tapi tak tahu masjid ni kat mana ahaha


Port Dickson


Borneo Cultures Museum


fuh, aku rasa cam the last good year I had was 2019.
2023 pun untuk aku is pretty good year, Alhamdulillah


Tak pun begitu, doakan juga untuk sedara-sedara kita di Palestin. 
Semoga kita jadi lebih baik untuk 2024, dan dapat jumpa orang-orang baik
Jumpa suami baik ke, eh  
Aamiin ahahaha






No comments:

Post a Comment


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...