Tuesday, June 21, 2016

Tips Acne : Lifestyle sebelum nak raya!

Assalamualaikum and salam cerios!

Not a fan of Emma, tapi ni sangat inspiring! 

Credit pic from ig : @emmamaembongbubble


         Masalah jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi bila dah masuk asasi. Tension mungkin? Aku rasa macam jerawat-jerawat kat muka buat whatsapp group kat pipi aku ini. Acano nak remove 'group' geng jerawat gedik yang ada kat muka ni?


Aku masih lagi dalam proses nak baik, so aku nak ajak sesiapa kat luar sana yang ada masalah sama, untuk cantik sama-sama sebelum raya ni! Yang dah flawless itu, erm bolehlah ye nak tekan eh taklah, bolehla nak share rahsia 7 keturunan macam mana korang boleh dapat kulit flawless itu.


Enough chit chat.
(I doubt everyone would read the long words above, someone who is eager will just go to the main points, kan? kan? I'm like that too ahaha)



So, should we start?
            

            Tips 1 : Minum air banyak!
Yep, untuk orang yang tak biasa memang susah. Aku dulu jarang minum air kengkonon nak jadi orang yang mampu survive bila keadaan gawat (pemikiran apakah ini?). Zaman sekarang suhu dunia dah panas okay.

Sebaiknya 3 liter sehari. 3 LITER.


Mula-mula memang susah. Start slowly, 1.5 liter dulu, then 2 liter then 3 liter. Yep, awak akan selalu pergi ke tandas. Lagi bagus kalau dapat tahu berapa liter yang sepatutnya kita minum based on berat dan tinggi. Komen below kalau nak tau tips cane nak minum 3 liter (approximately) time bulan puasa. 


Ini apa yang aku dapat berdasarkan Get it Beauty 2014, eps aku dah lupa yang mana.
Dr tu cakap lebih kurang cenggini, - Minum air sangat bagus untuk kolagen kulit. Which means, korang dapat nampak muda dan hydrating!




             Tips 2 : Cleanser - Toner - Moisturiser
Dulu masa aku tengah tak kisah sangat, aku cuma guna cleanser je. Ingatkan yang lain tak yah. Aku ini ada pemikiran, lagi sikit produk kita pakai, lagi bagus. Lelagi bila tengok adik-beradik aku yang dikurniakan good skin diorang tak guna pencuci muka pun. 

Kita special sikit, kita kena skin care routine lebih sikit daripada orang bertuah ni. Pastikan pilih produk berdasarkan jenis muka eh! Baru kesan produk dapat nampak semaksimum mungkin. 

AVOID WHITENING PRODUCT KALAU JERAWAT MASIH BERSEPAH ;)
Also, Jangan make up masa kulit bermasalah, kalau perlu juga, minimumkan make up.




            Tips 3 : Sunblock
UV rays ni kira musuh utamalah senang citer. Berdasarkan aku tengok Get it beauty (eh ni lagi), kalau kulit kita banyak kena matahari direct tanpa sunblock, senang kedutan di muka nak menjelma. Sunblock ini akan hilang over time, macam, kalau letak pagi, tengahari boleh dah hilang, (lelagi lepas ambil wuduk kan), so jangan lupa apply sunbock semula ye.


Sekarang dah banyak foundation, cc cream, compact powder yang ada spf, so takde masalah lagi kan?




             Tips 4 : Lifestyle makan, tidur dan exercise
Okay, malas nak asingkan points, kita sekalikan terus.

MAKAN - 
Kurangkan makanan BERMINYAK,   DAIRY FOODS (eg : susu lembu - reason click here),    SUGARY FOODS,  and kalau ada yang alergik kacang (macam hantu kacang macam saya) sila stopkan uhuhu.   Kesian saya takleh makan kuah kacang masa raya, nanes.      Coklat memang tak menyebabkan jerawat tapi sebab coklat sekarang ini banyak sugar (gula) jadi kalau nak pun, ambiklah dark choc ke...


TIDUR -
Masa tidur berkualiti ialah 10 PM - 2 AM. Get your beauty sleep!


EXERCISE -
Exercise selama 30 minit sehari pun takpe. Cari kat youtube banyak dia ajar steps exercise kat rumah. Kalau kreatif sikit, jalan kaki banyak, naik tangga banyak. Asalkan peluh keluarlah senang cerita. Toksin-toksin dalam badan keluar, muka glowing, baju raya pun dapat muat.






*** Tips no 5 dan 6 ini optional ***


           5. Ambil supplement
Supplement ini, kalau boleh cari yang ada vitamin C. Zaman sekarang banyak supplement, senang je jumpa kat ig. Kalau nak beli, beli yang ada KKM dan ada testimoni yang meyakinkan okay? Kalau takut ambik supplement, takyah ambik. Makan banyak makanan, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C okay?




           6. Jumpa pakar
Jumpa pakar ini ada 2 option, sama ada pergi klinik kulit - jumpa doktor - ambil ubat dan cleanser ataupun pergi salon kecantikan yang ada buat facial. Jujur, saya dah pernah buat 2-2. 


Erm, bulan puasa ini, aku rasa tak sesuai untuk makan ubat doktor. Tak tahulahkan kalau ubat kat klinik doktor lain, tapi ubat yang aku makan mengeringkan wajah. Memang kena minum air banyak. So, kalau nak ambil ubat berkaitan kulit macam Roaccutane (Isotretinoin), dapatkan nasihat daripada doktor pakar dulu. DOKTOR PAKAR KULIT tau. 


Option ini memang perlukan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Terpaksa lupakan nak baju kasut glemer raya, sebab nak kulit glowing raya punya pasal 





Jagalah kulit kita, sebab kulit ini bukan milik kita tau.


Sabar
Ulang lagi, SABAR
SABAR
Itu je nasihat sesuai untuk orang yang ada muka bermasalah ;)
NO PAIN NO BEAUTY BABEH.