Wednesday, November 28, 2018

Peralihan ke posting baru: Obs & Gynae

Assalamualaikum dan salam ceria
buat semua ibu-ibu mengandung dan bayi bayi comel semua


Harini aku baru belajar pasal cara menjahit tapi bukan menjahit baju tapi menjahit kulit manusia. Cuma guna fake skin gitu. Belajar continuous suture, interrupted suture, modified suture, siap Dr ajar hollywood suture (so tak nampak kesan jahitan).

Gambar dari google sebab aku lupa nak ambik gambar sebenar. Ni suture kit yang kitaorang guna untuk praktis jahit

Benda menarik pasal medic ni, ilmu dia sangat luas yang kalau kau rasa kau dah cukup, sebenarnya kau salah. Of course benda ni sama gak apply untuk ilmu-ilmu lain macam bidang binaan, sains dan tak lupa gak agama.


Setakat ni, baru minggu pertama O&G. Walaupun kawan-kawan O&G kata, posting ini akan lagi senang daripada medicine posting yang aku dah lalui, tapi aku rasa.. O&G ada cabaran tersendiri yang kita kena faham. 


O&G ni melibatkan 2 nyawa; ibu dan anak. Dalam apa-apa situasi, kita kena fikir effects untuk 2 orang bukan lagi untuk 1 orang sahaja. Yang kedua, cabaran yang aku rasa aku akan hadapi ialah, tambah communication skills untuk tanya soalan-soalan sensitif kepada patient; pasal pendarahan kat alat sulit ke, tentang perkahwinan atau aku akan berdepan dengan teen pregnancy, so kena belajar cara tanya semua itu. Yang ketiga, O&G ada banyak procedure kat hospital, so aku tak boleh malu untuk belajar semua tu. Dan kalaupun aku kena halau daripada labour room atau operation theatre, aku tak boleh putus asa macam itu saja. Kena cuba tengok jugak.

Overall dari O&G, satu benda yang aku harap aku akan dapat capai ialah skil komunikasi.


Medicine posting memang tak nafikan, dia memang banyak tapi sekurang-kurangnya banyak topik yang familiar kita jumpa masa pre-clinical.


Tapi kalau O&G, jujurnya banyak lagi perkataan yang baru-baru aku jumpa (tak pastilah mungkin ini kesan kalau banyak skip topik reproduktif dulu, adeh).


Apapun, aku memula nak tulis kat fb tapi memandangkan nanti nampak macam O&G susah padahal aku sendiri tak lalui sampai habis, so tak ada keadilan untuk O&G kat situ.


O&G,
Please be wonderful ahaha

Wednesday, November 14, 2018

If you don't love what you do now, do what you love

Assalamualaikum and salam ceria!


         Hari ini, macam nak share pasal self-love. Satistification diri sendiri. Of course ini semua hanyalah pandangan peribadi aku buat masa ini, dan mungkin berubah untuk masa akan datang, like who knows?  


Aku sekarang tengah belajar medic.
Dan honestly, kepada adik-adik di luar sana yang tak minat perubatan, tak minat rawat orang / jumpa orang, saya seperti beribu-ribu medical students atau doktor lain memang TAK MENGALAKKAN anda ambil medic. 


Aku nampak realiti seorang doktor dengan lebih dekat masa clinical years. Kekadang aku terfikir, ada tak aku minat benda lain so aku boleh achieve benda tu instead of duduk kat medical school dan fikir kenapa aku masih kat sini? Tapi... realitinya, medic memang satu bidang yang aku minat sejak dulu lagi, jadi option untuk tukar bidang tu tak ada, sadly.


Oh pasal self-love, 
Ada jugak classmates aku yang tukar course, 
Course yang dia betul-betul minat. Bukan sebab mak ayah suruh or whatever. I know sometimes, ada orang nak jadi doktor sebab dia rasa itu tuntutan agama (fardu kifayah) or like rasa yang kau perlu masuk bidang ni sebab kau nak tolong orang (tapi sebenarnya deep down kau minat accountancy, engineering ke, baking ke). Please think back, 


Rugi saja kalau kau dah masuk medic dan satu hari kau berjaya jadi doktor, kau rasa tak happy, kau lagi banyak merungut.. kan dah kurang pahala kat situ. But, kalau kau pursue something yang kau dah minat sejak dulu, yang kau rasa (ok, this is my calling), ada potensi besar yang kau akan satisfy (rasa puas) bila kau dah dapat achieve apa yang kau nak. Walaupun macam-macam halangan kau hadapi, tapi dengan minat kita tu, kita mampu bertahan berbanding buat benda yang kita tak minat.


Jadinya, medic is my love-hate relationship.
Bak kata lecturer saya, "You've made pack with the devils"


But, 
Pada yang rasa dia dalam path untuk capai apa yang dia minat, tapi.. macam tak disangkakan,
Keep moving on, work hard.. Seorang akak (akhowat) pernah berpesan, apapun result atas kertas (lepas peperiksaan) yang kita dapat, itu bukan ukuran 'pahala' atau 'ganjaran' yang Allah bagi untuk usaha keras kita selama ini. Sebab boleh jadi kita dah kerja keras tapi result suam-suam kuku saja. Ada kawan kita, usaha tak keras, tapi result lagi perform. Kat sini, kita kena yakin, Allah tengok pada usaha. Boleh jadi apa yang kita usaha keras itu, Allah pandang dan itulah peluang yang Allah letakkan pada kita untuk bagi pahala yang lebih banyak untuk kita.




Post ini acah motivasi untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri sebenarnya.
Exam posting medicine next week T^T