Wednesday, January 28, 2015

Girl's Perspective : Memasak


"Perempuan zaman sekarang mana reti masak!"
"Eh! ada apa yang reti"

"Bertuah betul tak tekan button cooking (kat rice cooker)"
"terlupa laa.."

"Dulu, mak dari darjah 6 reti masak!"

"Ni apasal telur dadar hancur ni?"
"Saya tak reti flip telur lah."



Assalamualaikum,


             Asal perempuan je memasak. Asal memasak je perempuan. Kalau ikutkan norma masyarakat dari zaman dulu sehingga kini, seorang gadis perempuan perlu mahir 3 perkara. Memasak, mengemas rumah dengan melayan anak kecil. Tak lepas 3 perkara itu, akan datang pelbagai tohmahan daripada ahli segenap masyarakat (terutamanya golongan yang lahir pada zaman dahulu). Cewah, ayat aku macam rindu nak tulis karangan SPM je.



Kadang-kadang tak puas hati gak. Habis tu laki buat apa? laki kena mahir apa? Jarang aku dengar orang bising sebab laki tak tahu jadi imam, laki tak pandai tukar paip, laki tak pandai jaga hati isteri (eh?) ahaha.




Tapi perempuan-perempuan sekalian, 
Nak tak nak, memang kita kena belajar memasak jugak. 




Satu hari ini, aku ada borak dengan seorang aunty dalam lingkungan umur 60-an. Masa itu, tengah borak pasal mak aku yang out station ke luar negara.


Aunty : "Aisyah pandai memasak?"

Aku : *ketap bibir* "Saya tak pandai masak sangat. Setakat telur dadar dengan masak kurma camtu jela."

Aunty : "Perempuan zaman sekarang memang aunty tengok ramai camtu."

Aku :  "Tapi ramai jugak kawan Aisyah yang reti masak." <- aku cuba mempertahankan

Aunty : "Yela itu kalau ada minat yang tinggi. Bagi auntylah, kalau perempuan yang tak pandai masak ni, salah mak."


Salah mak.. salah mak.. salah mak.. (terngiang-ngiang)

        Aku dah gulp! Kenapa salahkan mak saya! Salah saya, saya yang malas masak. Oleh itu, wanita-wanita sekalian, jom sama-sama beri semangat untuk aku memasak? Mungkin lepas ni, kalau aku dah terer sikit memasak, bolehlah aku share resepi ye tak. /tinggi angan-angan/ ahaha.






     
Zaman sekarang lagi ramai laki pandai masak kut? 


Sampai kawan aku kata, "Aku nak cari laki pandai masak jela."
Adeh. 





(My mother & Future mother-in-law dilarang membaca bawah ini)

P/s : Aku ni lepasan SPM yang menganggur je. Diberi tugas sebagai bibik di rumah. Kalau nak upah bibik pemalas, upahlah aku. Result SPM TT^TT 



2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...