Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Relaku berkawad

Assalamualaikum dan salam cerious,

--- Pembaca post ini memerlukan kesabaran dan ketekunan ---

Hari Sabtu ni, aku terpaksa mengorbankan masa cuti emasku dengan berlatih kawad kat sekolah. Takyah cakaplah macam mana feel dia sebab aku terpaksa tinggalkan bantal dan game aku semata-mata nak berkawad, BERKAWAD.

Aku berkawad LUAR BIASA sekali. Sangat luar biasa. Berbeza dengan kawad yang aku pernah masuk sebelum ini. Yelah, dulu kawad yang aku masuk kawad cincai a.k.a taik-taik ayam.

Apa yang luar biasanya?

Sorry ek, gambar ni dilukis oleh budak tadika TAK BERTAULIAH. Serius malas nak lukis cantik-cantik. Eh, aku kan tak reti lukis cantik? :O

1. Okay, untuk pertama kalinya, terulung kalinya. Aku berkawad bersama-sama PEREMPUAN. Kategori perempuan. Nasib baik perempuan tak ada yang GEDIKS GEDIKS. 

2. Pakai kasut ladam. Tak pernah pakai lagi sebelum ini. Nak tau feeling pakai kasut yang 'special' ini? Try sendiri maa..

3. Mungkin gambar yang ketiga ini korang tak ada idea apakebenda aku lukis tu kan?

Macam ini..
Bila kitaorang try test pakai kasut ladam dan berkawad, ada yang hentak kaki tak sama, apalah.. blaa3. Jadi cikgu yang ajar kawad (panggil cikgu bomba jelah senang) suruh kitaorang :

- ikat tali kasut dua-dua belah kasut ladam.
- gantung dekat belakang leher
- lepas itu, kawad dengan kasut ladam tergantung kat belakang leher
(aku kepit kat ketiak kasi lebih wangi kasut tuh! Muahaha!)

Dahlah busuk, berat pulak tuh. Hailaa, tahan jelah ;) Dugaan~

4. ***Pink = Ladies / Blue = Boys***
Haa, yang ini aku suka. Ye ke suka? Erm, sikit.
Best sebab main air dengan lumpur lecak tanah. Gabungan nescafe 3 dalam 1 tuh.

Cikgu bomba suruh kitaorang bukak kasut a.k.a kaki ayam (hakikatnya kaki aku kaki manusia) dan cikgu suruh kitaorang berkawad tanpa kasut dekat atas padang yang penuh "nescafe 3 dalam 1".

Budak lelaki berdiri belakang perempuan sebab perempuan punya kawad lebih bagus jadi cikgu kiranya nak jadikan kitaorang ini panduan gitulah.

Kau bayangkan budak lelaki SENGAJA hentak kaki kuat-kuat kasi percik-percik kat orang lain. Diorang main-main time kawad sampai entah keseribu keselatut kali kena ulang semula. Habis baju aku T^T. Haih, nasib kau ini laki kalau tak dah lama aku lempang.

------------------------------
Time balik aku suka. Boleh rehat kat rumah. Lepas itu, cikgu Anita offer tumpang. Rezeki jangan ditolak beb. Lagipun kalau tunggu lambat, lambat aku dapat tidur. lalala~



Doakan Aku & Mereka berjaya dalam pertandingan kawad hari Selasa ini tau ;)
korang kan baik.. aku bodek ni..




Okay, bunyi post ini macam aku ngada-ngada je kan? Tak adalah. Cuma share pengalaman. Aku tau korang punya pengalaman kawad lagi mencabar lagi advancedkan? Kalau ada ceritalah sikit. Nak tau jugak ohh..

Thursday, October 6, 2011

Kawad jom?

Assalamualaikum,

Hari ni, ada latihan kawad. Ye, aku masuk kawad. Semua pelajar girls kat kelas aku masuk kawad. Entah nightmare apa sampai semuanya masuk O.O

Diorang kan, kalau ada kawad petang tadi bukan nak inform awal-awal kat aku. Kesian aku. Pastu, diorang suruh DATANG gak petang ni even tak pakai baju sukan sekolah.

Kau gila nak kawad pakai baju kurung sekolah?

Of course, aku tak kawad. Aku just see and learn jelah. Aku rasa kawad ni berbeza sikit daripada kawad yang selalu aku join. Padehel aku bukan selalu sangat masuk kawad. Asal kawad je, menggelat. he he +.+

Nasib baik aku ada rakan senasib, iaitu Rai. Patutlah dia beria-ria ajak aku stay-back.


p/s : ada orang tu sakan suruh aku datang petang tadi. Aku tengok petang tadi dia tadek. huhhhh, ada orang kata dia saket perut. Nak terberak ke wey? Jahatnya aku.. Takdelah gurau-gurau SAHAJA. Jangan marah-marah haa, tua baru tau.


Thanks sesiapa yang terjumpa entry ni and terbaca. Sebab time aku tulis ni, aku tengah privatekan blog tapi aku still post entry ni. Tanpa segan silu, anda bolehlah campak komen anda kat bawah yer ;) wassalamualaikum!

Sunday, September 25, 2011

Makan, makan. Takde kerja lain?

Assalamualaikum orang bumi? ;D

Aku, berhari hari tunggu nak update, tak terupdate-update disebabkan oleh, rumah terbuka yang berlambak, aktiviti itu ini itu ini.

Hari Jumaat,
sekolah buat jamuan Merdeka Raya. Gabung semua kelas dalam satu form. So, jadinya, food heaven. Banyak gila makanan. Nasi ayam, mi kari, mi bandung, kek, eh, macam-macamlah. Kalau aku citer semua, satu entri aku tulis semua pasal juadah je. Tapi for sure, aku tak makan semua benda yang ada atas meja yang panjang tu. Perut aku kan comel. hekhek.

Hari Sabtu lak, aku ada program Hari Puteri. First-first aku memang tak nak datang. Tapi terpaksa gak datang kan. Aku tak nak datang bukan sebab apa, aku nak pergi jamuan raya kat surau. Mega raya pulak tu. Tapi melepas aku tak dapek nak datang. huhu. Tapi, even aku tak dapat datang, tapi aku pergi lagi 2 open house. Sebenarnya, banyak lagi jemputan, tapi tak dapat nak pergi.

Malam tu pula, my kazen yang 2 orang cekenit yang agak nakal tu datang. Terkejut time diorang datang. Sampai-sampai terus berlari naik atas. Haiyoo, nasib kau budak-budak, kalau tidak..

okay, aku harap hari ni takde banyak sangat open house. Sebab aku nak study. Hari Selasa depan dah start kertas English. Final exam pulak tu.

















Aku rancang nak belajar bersungguh-sungguh. =]

Friday, September 16, 2011

Projek KH.

Assalamualaikum,

Even do right NOW aku tengah privatekan blog, tapi aku still update. Biarlah ada orang baca ke tidak, yang penting aku update.

Projek KH aku : 49% siap. Yang bakinya, belum siap lagi.
Apa yang belum siap?

- potong guna gergaji ; 1 lagi kayu (kut?)
- ratakan kau
- spray kayu
- paku
- gam
and.. so on.

oh ye, aku bersyukur tak terhingga, pagi tadi cikgu pergi BENGKEL kayu jugak. Aku boleh potong MDF. Kalau guna gergaji tak style lah.. kalau guna Gergaji jig baru best.. wrompphh, wrommphh.. Oh tu bunyi motor. Entah, aku tak reti buat bunyi gergaji jig.

Friday, September 9, 2011

Running out of time...

Update sesaja :
Aku baru tukar dashboard baru untuk blogger aku. Sebenarnya dah banyak kali sekodeng pasal layout baru nih, sekarang baru terlintas nak guna. Tak naklah ketinggalan zaman sangat.


Assalamualaikum,
How's school? Everything is not fine! Semuanya tak teratur sangat. Kenapa heh? Kenapa perlu awalkan Peperiksaan Akhir Tahun? Nampak sangatlah kan aku ni study hard time exam je. hoh -.-".

Time nak periksa, time tulah feeling nak main game > The Sims 3. Aku rancang nak kumpul duit banyak-banyak kasi kaya beli kereta, upgrade rumah and ohh ye, perlu ke cerita everything pasal game tu? haha XD

Cakap pasal running out of time,
Ada orang jugak senasib dengan aku iaitu kelassmet aku. Perlu ke citer? tak yah kut.. Malas aku nak catatkan semua benda temeh yang agak semak dan tak indah. Nanti aku jugak yang nak baca.

Today, aku bertugas. Ada yang TAK NAK DENGAR arahan aku. Aku ingat lagi cikgu pengawas kata "Kita jadi pengawas ni bukan untuk mengubah orang". Kalau korang berimaginasi tinggi, korang akan faham maksud ayat tuh. Ayat kejam pulak aku nih..

Tadi berfacebook for about berapa minit je. Serius boring online lama-lama kat facebook. Dayana balas messages aku.. Gud kawan, Keep In Touch and stay cute with me :P


p/s : Apasal aku guna bahasa rojak nih? Aku ni perosak bahasa ke? Sorry ye semua. Tapi ni lah dunia realiti. Aku rasa semua orang mesti pernah punya guna bahasa "perosak" ni dalam kehidupan sehariankan? Tak kiralah perbualan, persmsan atau perfesbukan.

Aku rasakan kalau Aida tak datang kelas jadi DIAM dan SUNYI. Macam rugi kalau ada dia, rugi jugak kalau takde dia. Macam pepatah.... okay, LUPA!

Friday, August 5, 2011

Layu ke aku?

Aku tak tau aku ni layu ke tak, tapi apa yang aku tahu, aku ni ayu. kedebushh! adehh :P


amboi, mentang-mentang puasa, jangan asyik nak tidur sepanjang hari. Makruh tau. 


Assalamualaikum,
Breath in, Breath out.. fuhhh.. Alhamdullilah..

Tadi rasa nafas tersekat-sekat, hati berlubang-lubang bagai dipuncture beribu-ribu penebuk lubang. Alhamdullilah, sekarang ni dah lega, lubang semua telah tutup dengan jayanya bila dah check it out perkara sebenar. Tak sangka aku ni perah keluar santan.


Dari hari Isnin hingga hari ni (Jumaat), aku tak habis-habis buat pengumpulan homework BESAR-BESARAN. Then, bila dah longgok-longgok macam gunung Kinabalu, mulalah malas nak buat. heh, aku ni laahh..

Aku pernah dengar "MALAS itu lebih manis daripada MADU". Macam ada betul jugak kalau di-cabelkan (dikaitkan) dengan aku en.


Cikgu aku pun pernah cakap, yang Melayu ni layu. Nama pun meLAYU. Bunyi belakang pun layu. So, aku kena tepis semua tu! Korang bantulah aku sekali! Meh, kita angkat maruah MELAYU! tak mau layu, layu dah.. ada rupa menteri berkempen tak? heh, aku ni cakap je lebih, buatnya tidak. aiyoyo..

Malam ni, InsyaAllah aku dengan family buka puasa kat surau untuk 3 hari berturut-turut. Hari Jumaat, Sabtu & Ahad. *Woww! Macam aku cakap kat entri ni, buka puasa ramai-ramai memang besh! So, tak yahlah aku terangkan over-over lagi eh..

Kalau korang teringin jugak nak pergi buka puasa kat surau, mailah Putrajaya. Kalau jumpa aku, tolong buat-buat tak kenal.. haha XD kejam jugak aku ni..


FINE! aku nak siapkan homework dalam masa 3 hari ni, Jumaat, Sabtu, Ahad. Mampukah orang seperti aku buat? nantikan di episod akan datang. (bunyik cam seram naik bulu roma, padahal tak pun)


Mula-mula bersemangat waja tak hingat.


Sampai je soalan pro-pro..
"Err, apa eh jawapannya?" macam tunggu jawapan jatuh dari langit ketujuh.


Bila malas nak tanya, mulalah sesat (malu bertanya sesat jalan tau)



Akhirnya, terbuat homework taik mata . Pastu nanti, buku homework jadi peta dunia.. wahh!

Source : Mr. Google carisebijiksebijik


p/s : Masalahnya, sekarang ni mood aku BW bukan HMWK. Camne ni? haha XD

Notes : Friendship tu memang ada bayak likunya. Kita kena banyak bersabar. Lagi-lagi bulan puasa ni kan..

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...