Thursday, August 31, 2017

Ternyata menjadi perempuan itu tidaklah mudah

Assalamualaikum & Salam Ceriaaa



            Zaman sekarang kalau dengar isu perempuan mintak hantaran 20k tapi tak pandai masak memang common. Perkara ini buatkan aku terfikir, perempuan zaman sekarang banyak betul expectations yang kita kena hadap. 


Perempuan kena belajar tinggi-tinggi lepastu kena kerja bagus-bagus supaya ada back-up plan kalau suami tinggalkan

Perempuan kena pandai masak & pandai mengemas rumah walaupun balik kerja dah penat

Perempuan kena pandai tukar tayar

Perempuan kena pandai bergaul dengan masyarakat

Perempuan kena belajar ilmu agama 

Perempuan kena bangun awal setiap hari 

Perempuan kena pandai bawa kereta kalau tak nak kena ejek "Haa ni mesti perempuan yang drive"

Perempuan kena pandai bersolek dan jaga muka



Acah je letak gambar anime padahal tak tengok pun


Sampaikan rasa nak tercekik pun ada jugak. (I'm suffocatingg)
Aku rasa segenap sudut perempuan dah boleh buat apa yang lelaki boleh buat. 
Mujur tanggungjawab lelaki itu lagi banyak daripada perempuan.
Aku sendiri tak sanggup kalau ada tanggungjawab macam seorang lelaki.


          Be strong kay perempuan-perempuan di luar sana.
          Termasuklah yang menaip ni sambil berhuhuhu



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
BUAT MALAYSIA TERCINTA
YANG KE-60!



Saturday, August 26, 2017

Wishlist Skincare Products

Assalamualaikum & Salam ceriaa


Yay, dah tukar header baru!


           Harini aku nak share beauty products yang aku teringin nak cuba. Dan post ini boleh jugak dijadikan sebagai product recommendations untuk sesiapa yang tak tahu nak beli product apa. Kalau sesiapa yang dah pernah try produk-produk yang kat bawah ini, boleh gak komen share pengalaman. 

Sebelum itu, nak bagitau :
Jenis kulit aku : Combination to oily skin
Skin concern : Acne Scars (Post Inflammatory Erythematosus = in simple words : parut merah)

Kebanyakkannya jenama Korea sebab tengah hot sekarang.

1. Cleanser
Currently use : Dermalogica Special Cleansing gel


Good Morning Cleanser (CosRx)
Harga pun affordable
Personally lebih suka gel type daripada foamy sebab foam ni selalu keringkan muka. 
Kenapa teringin? Sebab Low pH & Gentle



Neogen Green tea cleanser
Okay, sebenarnya ni foam tapi pernah tengok review, dan katanya sangat gentle.


Both product atas ini tak ada paraben.
Paraben = bahan pengawet untuk skincare yang ada kontroversi



2. Toner
Currently use : Benton Aloe BHA toner

Huxley Toner; Extract it
Sejujurnya toner ni mahal. Tapi Huxley punya brand somehow I can't resist. ahaha. 


Klairs Supple Preparation Toner
Yang ni ramai yang kata best. 


Tapi aku masih suka toner yang aku guna sekarang ni, so.. ni just wishlist kalau dah bosan dengan toner yang sama. 

  • Fungsi toner : Untuk bersihkan lebihan kotoran kat muka (kalau ada) selepas cuci muka 
  •  untuk prepare step untuk seterusnya. 
  • untuk balancekan pH muka lepas cuci muka



3. Moisturizer
Currently use : The Face Shop Aloe Vera gel 

Benton Snail Bee High Content Steam
Selain Huxley, I cannot resist Benton either. Tapi sesiapa yang ada alergik dengan ingredients dia, better jangan pakai. 

Apapun, kena tunggu current mosturiser habis dulu.. Haipp jangan bazir hehe. 

  • Moisturizer penting untuk hyrdatekan muka. Oily skin pun kena pakai moisturizer okay. Kulit berjerawat pun kena pastikan muka well hydrated so jerawat itu senang sikit nak basmi.




4. Oil
Masih tak guna oil setakat ini, tapi kalau diberi pilihan, nak beli Tamanu oil atau Squalane oil. Tamanu oil sebab bagus untuk healing parut. Squalane pulak bagus sebab dia minyak yang selamat letak kat muka sebab badan kita pun keluarkan minyak ni. Arghhh, confuse nak beli yang mana satu. 


5. Scrub
Currently use : None 


Yellow Gorgeous Scrub
Ingredients dia best-best, claim to heal acne scars. Macam menarik tapi masih lagi berfikir nak beli ke tak. Banyak positif review kata best. 


Neogen Green Tea Bio Peel
Sejenis Physical + Chemical exfoliator. Ada lagi 2 jenis : Wine dengan Lemon. Tapi rasa macam green tea okay sikit kut. Dalam ini ada dalam, 30 pads. Harga dia pun sebenarnya agak mahal sikit bagi seorang setudent macam sayeww *sigh* 



6. Micellar water 
Currently use : Eucerin Micro-micellar cleansing water

Garnier Micellar Water

  • Micellar water = make up remover. Apply kat cotton pad. Guna ni sebelum ambil wuduk & sebelum cuci muka waktu malam untuk bersihkan make up dan sunblock kat muka. Supaya pori-pori muka tak tersumbat. Kebanyakan sunblock ni water resistant so kena pastikan muka boleh kena air untuk ambil wuduk. 



Kalau korang confuse nak beli produk yang mana satu, boleh pergi cosdna.com. Laman web ini akan beritahu ingredients yang ada kat dalam produk itu bahaya ke tak. Then, korang pilihlah yang mana satu produk yang ada kurang harmful ingredients. 


Kadang-kadang ada kawan-kawan aku yang tanya & minta pendapat nak beli produk apa. Sejujurnya, aku akan rasa serba salah sebab aku selalu nak recommend product Korea je ahaha. Banyak produk drugstore aku tak cuba lagi, jadi aku takut nak bagi recommendations kat orang. 

---------------------------------------------------------------
Untuk sesiapa yang berminat nak belajar pasal skincare, boleh rujuk :

Banyak lagi rujukan lain, tapi yang ni yang best dan selalunya lengkap.


----------------------------------------------------------------

Apapun,
Nak habiskan dulu apa yang ada ini baru nak beli produk baru. 
Baca review-review kat google dulu sebelum beli produk supaya tak menyesal. Buat research dulu. 





P/s : Beritaulah holy grail product yang korang rasa semua orang kena tryy sebab best tak hengaatt & kalau ada produk kat atas ni yang tak best, share jugak takut menyesal pulak aku beli nanti uhuhu





Thursday, August 24, 2017

Header baru 2017

Assalamualaikum & Salam Ceria!








             Setelah aku download semula photoshop dalam laptop, misi buat header baru bermula. Kalini, header banyak menggunakan gambar untuk ceritakan blog ini. Berbanding header sebelum ni yang ada tulisan Aku Memang Ceria, aku dah tak lagi tulis tulisan itu sebab aku rasa macam tak kena. Tapi aku masih nak kekalkan Aku memang ceria kat bahagian tab sebagai nama blog sebab nak pastikan reader-reader lama masih boleh kenal blog ni ahaha


Banyak ambik gambar dari google saja uhuhu. 


Lepas dah siap edit, serius tak boleh stop tengok header ni. I can't stop staringg!


Ini beberapa penjelasan tentang header yang baru ni (memandangkan aku sedikit obses dengan header baru ni) :

  • Produk-produk dijadikan sebagai bangunan menunjukkan blog ni akan bercerita pasal beauty products                                                                                                                                                               
  • Syringe / bahasa Melayunya : Picagari menunjukkan akan ada entri blog ni berkaitan dengan life sebagai pelajar perubatan                                                                                                                                                  
  • Kereta sebab entri blog ni pasal JPJ itu ramai orang baca ahaha                                                                    
  • Signboard menunjukkan jalan airport menunjukkan yang aku akan cerita pasal life aku sebagai student Unimas                                                                                                                                          
  • Belon-belon menunjukkan warna-warni kehidupan dan kalau dalam bahasa Sarawak belon maksudnya kapal terbang (?).                                                                                                                       
  • Pokok itu aku nak tonjolkan kepentingan ilmu. (Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah). Banyak lagi perumpamaan lain yang boleh kaitkan pokok dengan ilmu.                                                             
  • Bendera yang ada logo braces menunjukkan aku pernah pakai braces dan sekarang dah bebas braces. MERDEKA!                                                                                                                                                   
  • Jalan yang lurus sebab susah tau nak edit jalan bengkang-bengkok untuk menunjukkan betapa pentingnya ayat ke-6 Surah Al-Fatihah (Alhamdulillah).                                                                                                      
  • Senja menunjukkan dunia ni berlalu sekejap je macam waktu senja 

Tema colourful macam budak tadika sebab blog cerialah katakan hewhew, gigih betul nak kekalkan identiti blog. 


Untuk Team Atlet-atlet Malaysia Sukan SEA, tahniah dan teruskan perjuangan bagi yang belum beraksi! 



Friday, August 18, 2017

Tahun 1 Medic Unimas

Assalamualaikum & Salam ceriaa



           Berakhirnya exam EOB (End of block) year 1, kami sekelas, 144 orang bergambaq sebagai kenang-kenangan. Setelah 5 block kami harungi, malam yang berganti siang, jadual kelas yang selalunya hingga ke petang, akhirnya tamatlah jua tahun 1. Hek eleh, baru tahun 1 (templak senior-senior year 3, 4, 5). Ye, cabaran yang lebih hebat bakal mendatang. 

Bagi readers-readers yang dah biasa baca blog aku, harap-harap dapat bertahan baca cerita budak medic pula lepas ni ye. 


Batch 2016/2017
Masih menunggu kalau-kalau ada nama batch.


Kenapa melepasi tahun adalah 'big deal' bagi pelajar perubatan?

         Pernah tertanya-tanya tak? 
Aku pun tak tahu sebelum aku melangkah masuk fakulti, rupa-rupanya.... 
Kalau tak cukup markah melepasi year 1, kena repeat year. Repeat the whole year. Tak cakap lagi medic ni selalunya 5 ke 6 tahun. Repeat silibus yang sama, dengan classmate yang baru. Moga diberi kekuatan untuk sesiapa yang repeat year medic. Your dream is bigger, your intention is pure, go get it! It may be a long journey but everyone's journey is different anyway. 


Alhamdulillah, aku dah melepasi year 1. Dan cuti lama lepas year 1 ini banyak memberi peluang untuk aku fikir balik, apa kelebihan dan kekurangan aku. Apa sebenarnya style belajar aku. 


Untuk junior-junior yang terjumpa post ini, ada benda yang guwe nak pesan.

          Tak semua orang dapat peluang macam yang awak dapat ni. Saya ada ramai kawan dan jumpa dah ramai orang yang nak ambil medic tapi Allah dah takdirkan mereka tempat yang lebih baik. Awak dah mulakan chapter baru sebagai pelajar perubatan dan nanti satu hari nanti sebagai seorang doktor InsyaAllah. Always be humble sebab kita ni tetap hamba Allah. Dan nanti, kita akan dikerjakan macam hamba ahaha. Cara belajar akan berbeza masa awak SPM / asasi / matriks. Semuanya akan laju jadi jangan lupa ambil nafas dalam-dalam. Doakan jugak kawan-kawan seperjuangan terutamanya yang sekelas. Tiada lagi istilah nak berebut tempat sekarang ni. Sekarang ni semua nak berganding bahu nak graduate untuk jadi at least safe doctors untuk pesakit-pesakit. Kalau nak hebat lagi, jadilah doktor untuk ummah.



Kalau nanti dah masuk belajar medic, mesti ingat akan belajar je kan 24/7? Tak... 
Jangan terkejut kalau jumpa kawan yang sempat je keluar sana keluar sini (outing), jalan-jalan sana sini. Sebenarnya ada je masa. Masa yang terluang itu, kalau boleh join usrah ke dengar ceramah ke join program ke. Kalau ""tak ada"" masa terluang pun, luangkan masa untuk perkara-perkara macam itu. Kalau tidak, hati rasa kosong. Mental rasa rabak. Fizikal rasa penat. Kalau rasa-rasa depression dah mula munculkan diri, get some help, dapatkan orang untuk dengarkan masalah. 


Ada kawan-kawan aku yang pelik, 
Tak busy ke nak belajar medic lagi, nak join program lagi? Definisi program : pergi usrah, pergi bermalam ramai-ramai untuk qiamulail, pergi rehlah (jalan-jalan) sambil belajar sesuatu yang baru dalam agama, pergi kem sambil jumpa kawan baru & ilmu agama baru, pergi ceramah agama dsb.

Jawapannya, Allah yang permudahkan.
Niat yang baik, Allah yang permudahkan segala yang baik-baik, jadi untuk itu, jangan risau akan perkara-perkara yang tak pasti. Kita belajar ilmu duniawi yang banyak, apa salahnya ambil ruang untuk belajar ilmu akhirat gak kan? 


Terlebih deeplah pulak. 


Untuk junior-junior yang nak tahu lagi lanjut pasal year 1, boleh baca post ini dari blog lagi satu aku, blog bosan yang cerita pasal medic. Blog ini, blog personal jadi tulisannya agak berbagai. Lagipun, aku takut readers rasa muak baca pasal life medic ahaha. 



Dah nak masuk year 2 ni, cuaklah pulak. 
InsyaAllah boleh! boleh! 

pengalaman medic unimas, perubatan unimas, medical student year 1, tahun 1 perubatan unimas


Tuesday, August 15, 2017

Typewriter

Assalamualaikum & salam ceriaa!


View KLCC yang aku tangkap masa aku melawat pameran Archidex 


              Sekarang ini aku masih cuti sem, dah berbaki beberapa minggu je lagi. Ramai terkejut kenapa aku masih kat sini (semenanjung), well, aku pun tertanya kenapa aku masih belum lagi di Sarawak? Tak apalah, enjoy dulu sementara ni, cett. Padahal sepatutnya aku kena revise balik year 1.


Bila cuti, macam biasa, aku mesti tak kerja. Dan, aku tak buat apa-apa kat rumah melainkan terlebih ganti tidur-tidur yang kurang masa kat universiti. Teringat pesan murabiyyah ; sebenarnya sibuk itu pun satu nikmat. Kita tak sempat buat benda-benda lagha macam masa kita ada banyak masa. Kekadang ada jugak rasa nak belajar masak, tapi sebabkan aku tak ada teman so macam malas. Lagipun aku kena keluar lagi kalau nak beli bahan-bahan uhuhu. Itulah, kalau malas itu ada saja alasannya. 


Sekarang ni, aura nak menulis itu membuak-buak lagi-lagi bila tengok Chicago Typewriter. Aku rasa aku tak layak lagi kalau nak menulis cerpen / novel hebat bila tengok drama ni. Skill aku banyak lagi nak kena asah. Pengalaman pun kurang. Nak expect apa sebab aku pun jarang keluar rumah, memang sahlah kalau tulis novel pun orang akan bosan baca. 


So.. ada beberapa benda aku nak update : 



Ini skincare routine aku sekarang ni. Start dari 1 August. 

Cleanser > Toner > Essence > Serum > Moisturizer >
[Day time] Sunblock > Micellar water

Masih jauh lagi perjalanan kulit aku untuk jadi okay. Tapi dah banyak perubahan Alhamdulillah daripada dulu aku ada jerawat batu kat pipi yang susah nak basmi. Sekarang ada parut. Parut ni macam tugu peringatanlah yang kulit aku pernah bermasalah. 


Braces? 
Aku dah buka.. Nak update post khas untuk itu tapi masih tak terbuat sebab nak tunggu mold gigi. Haritu dentist janji nak bagi aku masa next appoinment. So, harap-harap dapat muncul lah post baru itu, InsyaAllah..


Aku ingat nak tukar headerlah. Rasa sayang pulak kat rabbit ni, tapi kita perlukan nafas baru ye dak?!



Thanks baca post ni