Monday, August 29, 2011

ye, ye, sah ni entri Raya

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal yang kita rayakan,
Dengan rasa gembira.

(Lagu ni bersepah kut, haha XD)


Assalamualaikum.. | Wa'alaikummusalam |

Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Lepas ni, dah takde dah pergi terawih solat berhimpit-himpit, takde lagi berbuka beramai-ramai, takde lagi sahur bersama-sama, takde lagi moreh, takde lagi macam-macamlah..

And.. syaitan akan kembali dilepaskan, meggoda manusia.

Aku dah habis exam,memang boleh golek-golek, guling-guling time raya ni. Raya sakan pun aku ada ole-ole homework. Ole-ole paling 'best' kedua selepas duit raya :P

" Baju raya kau tahun ni warna apa? "
Baju raya tahun ni, aku warna hitam. Bukan nak berkabung okeyh.. Cool apa warna hitam.

" Kau balik kampung hari apa? Berapa lama? "
Aku balik first day raya. Empat hari je ;'( Tapi still bersyukurlah kan, dapat balik raya kampung jugak.

" Tahun ni balik mana? "
errm, Perak.

" Nak duit raya boleh? "
Takde duit raya, pelempang pun berguna jugak. haha XD, amboi.. takdelah, sampul je ada.. Nak? Nak?

Soalan atas ni memang random & selalu jugalah kawan aku tanya. So, daripada mengelakkan orang tanya aku lagi, aku bagi jawapan jelah kat atas ni. Yelah, ingat artis je yang boleh bagi kenyataan atas ni kat surat khabar? aku pun boleh lah~


Haritu, bermuka buku, kak Sabella berpantun pantun dengan aku. aku servis balik dengan pantun aku kat sini jelah..

Bagun pagi tak gosok gigi,
Bau busuk gerenti pengsan,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Kalau ada salah silap, tolong maafkan.
Pergh, betul ke ni pantun? Muahaha, taramkromoh sajalah!

SELAMAT HARI RAYA!
Untuk semua pembaca blog ini!


Maaf ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kakiku yang 'wangi'! Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati mana-mana, ter-annoyedkan korang tak semena-mena, merepek tak tentu hala, tergedik-gedik mengada-ngada.

Aku jugak nak mintak maaf sebab guna 'aku' untuk orang yang lebih tua daripada aku. Kalau entri dulu, aku guna 'aku' sebagai 'miss'. Pastu, rasa macam tak selesa, aku tukar guna 'aku'.

Ohh ye, sebelum berpisah, ada sesiapa tak nak bagi aku duit raya? haha XD Hati-hati di jalan raya, hati-hati main mercun di hari raya, kang beraya kat hospital menyesal pulak!

p/s : Aku dapat duit raya awal. Nak tahu siapa tuan puteri yang baik hati kasi aku duit raya? My daddy n my momma pun belum kasi lagi tau.
(Klik sini. Ini bukan iklan nuffnang ke, heartbeat ke, jangan risaulah wey)

p/s/s : Hajatku tercapai, akhirnya Chocolate Cornflakes menjadi! oh yeah. Sedaaapp! delicious! Nak ke? Buat sendiri ye :p

Sorilah, post ni aku tak dapat nak bubuh gambar, ada problem sikitlah. Cadang nak bagi kad raya, tapi kat entri lain jelah kut, InsyaAllah..

Sunday, August 21, 2011

Aku pun ada sejarah giygiy

"Weyy, kau pakai braces ke? ;D "

" Hak'oh. ;) "

Assalamualaikum, jawabnya : Wa'alaikumussalam. haa, pandai pun.

Sudah lama tak bagi ceria ini blog, kau olang semua tak da rasa rindu ka sama gua? perghh, ayat serupa gangster. okay, enjoy-enjoylah baca entri, sementara aku nak bersihkan sarang-sarang, maklumlah spider dah bersarang dalam blog aku ni :p


nak tahu tak? Daddy titew kan dah beli angry birds ni dah. RM10 je XD ni yang nak bangga nih~

18/08/2011. Tarikh itu patut masuk & diblender secukup-cukupnya dalam kepala hot otak aku ni. Copp! Sebelum tu.. Sebenarnya, aku baru pakai appliance orthodonthic. Doktor kata kan, tu untuk bagi gigi yang senget benget berbelok belok ni teratur & bagi familiar kalau pakai breses sebenar nanti. hoo, gawat.


Inilah gambaran applians boleh tanggal ni.. Erm, macam braces gak kut. Tapi lain sikit.

Pakai appliance ni, yang susah nya, aku ni dah jadi semacam minah pelat. Nak sebut huruf 'S', 'C' & 'X' tak lepas kut. Sebut 'gengster' jadi 'gengshhsster'. Masalah lah camni kan. Tu belum air liur tersembur lagi. Tapi air luar aku tak sembur sembur, okay! Muleletu nak buat rancangan gelak beramai-ramai untuk aku.

Tapi aku rasa lama-lama masalah aku tu akan hilang. Sekarang ni pun, pelat aku dah semakin berkurangan. Practice makes betterlah kan. Tapi kalau aku buka applians ni, aku tak pelat okeyh? >.< Jangan salah faham, jangan salah sangka. Tak baik untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Ohh, ada lagi sebenarnya. Tapi aku bagitahu kat lain entri jelah eh. Khas untuk perkembangan gigi semasa :P

Till then, Got to study. Got to focus. Got exam 22 Ogos sampai 26 Ogos ni.
Tolong doakan aku tau ;) Thanks.


Wednesday, August 17, 2011

Wordless lah sangat..


Assalamualaikum,

Hari ni nak ber-wordless sikit boleh *kebil-kebil.
Maklumlah "budak-busy" kan? >.< eh, aku budak ceria lah :P



Aku tak menafikan, time aku boring, aku selalu menconteng XD



Exam just merry go around the corner beybeyh! Study smart, study hard! Tolong doakan kejayaan aku ye ;)


p/s : See, tak rupa word-less pun kan? Mungkin post terakhir sebelum aku periksa. Mungkin jugak aku sempat buka blog, tapi cuma balas jejak kasih & bw je kut.. ;D



Monday, August 15, 2011

Muka cute hati legend *tau takpe

Assalamualaikum,
Home sweet home. Ketenangan yang dapat dirasai. Kebahagiaan yang semakin menghampiri. *hiperbolanya ayat aku.  About berapa jam tadi sampai rumah, baru sempat nak update. Kesibukan yang melanda diri *apa kena dengan minah ni hari ni :P

Baru balik dari rumah Tok Wan & Tok. Semalam pergi, tidur kat sana, petang tadi baru balik. Penat & happylah jugak melayan kerenah dua makhluk Tuhan yang cute tapi agak naughty ni.

Segar lagi tak dalam ingatan wajah-wajah innocent ni? Pernah terpampang kat entri dolu-dolu. Sekarang nak bagi refresh sikit.

Diorang ni, sehari kalau tak gaduh, tak sah! sehari kalau tak buat orang pening, tak buat orang derita, tak buat orang geram, tak buat orang gelak, memang tak sahlah. Standardlah kan kalau budak kechik buat perangai camni. Harap-harap time diorang besar jadi anak soleh & bertakwa. Amin~ InsyaAllah ;)


Sepatutnya entri atas ni post semalam, tapi sebab terawih, buat karipap, jadi tak sempatlah pulak. hehe ^^

Time raya nanti, aku teringin nak buat Cornflakes Chocolatelah. Dah berkurun aku teringin nak buat. (teringin nak buat ke nak makan :P)


Ginilah rupa Cornflakes Chocolate tu.. Nak resepi? Klik gambar je. 


Korang dah beli baju raya? Beli kat mana ek? Murah tak? Sebab aku belum beli lagi, jadi nak minta pendapatlah, bukannya nak minta duit. Tapi boleh gak, sekali untuk hari raya terus.. muehehe ^^




Saturday, August 13, 2011

Contest : Template Unique *tekan je bukan rugi pun

Assalamualaikum,

I believe i flyy~ *papp! adehh

Pagi-pagi dah buat menyemak dashboard. }aku letuww{


heh, kata busy. Sibuk laa hape laa. Tapi aku buat post jugak. Manusia ni kena pandai atur masa. Macam kak Yuyu Zulaikha. Se-busy-busy dia, dia still buat post. Kiranya aku ni follow her steplah. huahuahua. Kesian jugak kat kak Sabella, dia tak baca post aku sehari, boleh menggelupur dah. Tak gitu kak Sabella? :P

Hari ni, aku terfikir join contest je lah. Ramai yang join contest ni. Biasalah kan, blogger feymes ni, kalau buat contest, semua orang berebut-rebut nak join. Bukan nak perli ke apa, tapi rasanya ni satu realiti dan kenyataan yang harus kita terima. *ayat makin lama makin tak boleh belah je.

Walaupun aku tahu, "harapanlah" kalau nak menang. Berzillion-zillion lagi hamba Allah yang ada blog yang menarik & unik ni. Ai, maklumlah blog aku ni tak berapa nak unik sangat. Tapi untuk mengelakkan Mr. Spiderman buat spider web kat blog aku ni, aku gagah beranikan jugak.

Alamak, terbebel pulak -.-"

Pergi sini atau sini.

Contest ni dianjurkan oleh dua orang blogger hebak hebak, meletop-letopz iaitu 
kak Nazihah & kak Niesya

Orang bertuah untuk tag :

# Sab  


# Sesiapa yang berminat ;D

Sorilah kalau korang tak ditag, bukan nak pilih bulu ketiak ke apa, tapi sebab kedua-dua link blog ni yang paling aku hingat & kedua-dua hamba Allah ni classmate aku. Senang nak inform ;)

 Kepada sesiapa yang ingin aku tag lepas ni (if aku join contestlah, sila inform tau ;)

Gotta continue my work... To be continued.

Thursday, August 11, 2011

In the making of..


Apa kena dengan laki ni hah? heh, abaikan -.-"


Assalamualaikum,
Tak dapat nafi nafi lagi, minggu ni have been busy week for me.

#Bulan ni ada Ujian Bulanan Ogos. So, tau-tau jelah kan.


#Aku memang dapat jadi calon pengganas pengawas & kena buat itu ini itu ini.


#Aku ada folio Sej & homework yang lain

So, kepada sesiapa yang jejak kasih kat sshoutbox aku thank you very much lah.. takdelah aku rasa blog aku ni forever alone. Tapi, dukacitanya, aku maybeline new york akan lambat balas jejak kasih korang yang tersangat berharga tu.. "busy" lah katakan XD

Stay tuned, InsyaAllah nanti free-free aku update je sesuka hati. lalalala~


Wednesday, August 10, 2011

Review blog dapat Ka-Ching!

Assalamualaikum,
Ramai orang duk berwordless, tapi rasanya hari aku tak nak berwordless, nak berwordmore boleh? Semestinya boleh, dah blog aku kan :P

Okay, tujuan aku masuk contest ni, bukan semata-mata nak dapat $$$. Tapi kalau dah dapat tu, rezeki Allah kasi lah kan muehehe ;D

Tujuan utama aku masuk contest ni, sebab aku nak balas jasa baik kak Salwa sebab dia promosikan blog aku selama 5 hari berturut-turut, siap buh kat setiap entri lagi. Tak ke superb tu? Lagi satu aku join sebab nak menceriakan lagi contest yang kak Salwa buat tu.

eh, ter-review diri sendiri pulak -.-" Fine! Fine! aku mulakan ye.

Aku start jumpa blog kak Salwa ni, secara blogwalking yang berjela-jela. First impression, aku dah tertarik sampai mouse-mouse aku sekali tertarik tekan butang follow.




Macam menarik je kan? Sedap mata memandang, sweet je :3
Tidak salah kalau perempuan blognya pink, eleh ada jugak lelaki yang minat pink. Muka legend hati cute?


Bukan sebab blog je yang sweet, tapi entri kak Salwa semua berkualiti & konsisten.  Tak percaya, sila baca. Antara entri yang paling aku suka kat blog kak Salwa ni ialah tentang Tips : Tingkatkan Traffic. Sebenarnya banyak lagi, tapi yang ni lah yang aku hingat.  #termakan.seangkatan.askar.semut

Picit gambar atas kasi besar punyaaa ;)
Font pun senang nak baca. Entri pun kemas & susunan entri sangat menarik!



Tengok header dia? So sweet & simple! Rasanya ni akak buat sendirikan? Ohh jelesnya, sebab header kat blog aku ni, aku tempah je. Aku tak pakar sangat photoshop ni.. huhu ;'(



Blog akak pun tak semak dengan widget-widget yang tak penting. 
About & iklan Nuffy. Iklan kat blog kak Salwa tak berselerak. Strategik je ;D




Blog archive. Simple & kemas. Yang penting ada scrolling apa benda entah.



*Klik je

Magik kan? Kemas & tak menyemak sangat tak macam blog ni.
Kalau korang nak buat camni juga, cubit sini ;)




Blog kak Salwa ni pun laju. Tengok ni, laju kan? takdelah orang duk sumpah-seranah kat internet.

URL:http://salwaismail.blogspot.com/
Load Time:0.3014 seconds
Page Size:81.73 kb



Ketika disekodeng atau dipandang secara jarak jauh, kak Salwa pernah tulis kat entri dia :-

"Saya mula berblog akhir bulan april 2010. Seriously, memang masa tu blog ni tak hidup langsung. semua cerita pasal pergi sekolah, balik sekolah je. Biasala, budak sekolah kan. Kalau tak silap, masa tu saya guna domain Lmeanloser.blogspot.com. Masa tu Nuffnang pun tak tau benda apa. Kenal Nuffnang dari blog Fatin Liyana. Baru je guna domain Salwaismail.blogspot.com sejak 6 bulan lepas. Bila dah kenal Nuffnang, barulah mula berblog dengan giatnya sebab nak duit dia. --"


Semua entry lebih kepada personal life saya. Sobs. Okay, semua entry memang tak mendatangkan faedah dekat orang lain langsung. Dah dua kali anjurkan contest. Blog ni naik hasil blogwalking, mula dari bawah. Malangnya sekarang dah tak boleh bw sebab kena banned. arghh!


Bila dah berani sikit dengan dunia maya ni, saya buat lebih dari satu blog. Empat. Yelah. Tamak kan? tapi semua terbengkalai macam cacing mati kering je. Tetap setia dengan salwaismail.blogspot.com sampai hujung bulan lepas. Akhirnya dia dah di-dua-kan. belogsalwa.blogspot.com dah jadi madu dia. --"

Aku pulakk.. (sibuk je nak buat jugak)
  • Aku pun asyik cerita pasal life sekolah je. Mesti korang boring kan? 
  • Aku dah buang mr. Nuffy sebab aku rasa aku ni still junior dalam berblogging ni. So, faham-faham je laa ;)
  • Aku pernah buat banyak blog sampai ada lima! Hamekk kau. Tapi sekarang ni tumpu kat blog cikai ni je. Cikai-cikai pun aku sayang hehe ^^


SILA ke blog kak Salwa & join contest ni! >Melayang sini<
Cepat join sebelum 27/8/2011!


p/s : Aku dapat jadi calon pengawas. Calon pengawas ke calon pengganas? argghh, apa-apa jelah ^^


Monday, August 8, 2011

Double the X-Ray

Assalamualaikum,
perut semua okay? nampak kecut semacam je. hekhek mesti lepas berbuka dah tak kecut dah. No worry okay? Jangan perut pecah sudah.

Aku datang sekolah lambat hari ni. Jangan terkezut, pukul 9.45 pagi baru sampai sekolah. Dasar V.V.I.P (Very very idiot person)tapi bersebab okay. Aku kan girl with an attitude, weikkk. Aku pergi appoinment gigi lagi. Guess what? aku buat X-Ray kali kedua. Sekali lagi! Kali ni, untuk X-Ray tulang gigi yang lebih tiny pulak. -.-"

Aku rasa aku ni dah hyper-radioactive dah ni. Kena makan pisang & betik banyak-banyak ni, time berbuka. Of courselah kan. Ayah akulah kata "Makan kulit pisang dengan kulit betik je" -.-"

okaylah, tak boleh nak post panjang-panjang. Tak terpost jugak nanti. entahpape punya post. Sorrylah dah terbuangkan waktu korang baca post ni.

Apa-apa pun, joinlah blog review kat blog >ini< kalau anda boring. Nanti InsyaAllah kalau tak busy, aku pun nak join jugak.

p/s : Selamat Berbuka. *Aku meme suka post time dah nak berbuka. Jom pergi terawih ^^


Sunday, August 7, 2011

Buah yang tak bertangkai

Assalamualaikum,

Semalam aku tak hapdet. Gigih tarah homework of gunung Kinabalu. Thanks kepada sesiapa yang bagi nasihat suruh aku rajin buat homework. Kata-kata anda berjaya membawa titik perubahan kepada saya. Daripada malas, terus don't belok-belok pergi rajin. *ayat skema habis. Almaklumlah, baru habis buat homework karangan Bahasa Melayu semalam.

Ni baru habis buat buah Melaka a.k.a onde-onde kat bawah. Dah jadi dah. Nak bawa kat surau untuk berbuka nanti ;)

Nampak sedap tak? ok, kalau nak try, >Resepi<



p/s : Selamat Berbuka Puasa. Korang berbuka juadah apa? Nak tahu jugak hehe ^^




Friday, August 5, 2011

Layu ke aku?

Aku tak tau aku ni layu ke tak, tapi apa yang aku tahu, aku ni ayu. kedebushh! adehh :P


amboi, mentang-mentang puasa, jangan asyik nak tidur sepanjang hari. Makruh tau. 


Assalamualaikum,
Breath in, Breath out.. fuhhh.. Alhamdullilah..

Tadi rasa nafas tersekat-sekat, hati berlubang-lubang bagai dipuncture beribu-ribu penebuk lubang. Alhamdullilah, sekarang ni dah lega, lubang semua telah tutup dengan jayanya bila dah check it out perkara sebenar. Tak sangka aku ni perah keluar santan.


Dari hari Isnin hingga hari ni (Jumaat), aku tak habis-habis buat pengumpulan homework BESAR-BESARAN. Then, bila dah longgok-longgok macam gunung Kinabalu, mulalah malas nak buat. heh, aku ni laahh..

Aku pernah dengar "MALAS itu lebih manis daripada MADU". Macam ada betul jugak kalau di-cabelkan (dikaitkan) dengan aku en.


Cikgu aku pun pernah cakap, yang Melayu ni layu. Nama pun meLAYU. Bunyi belakang pun layu. So, aku kena tepis semua tu! Korang bantulah aku sekali! Meh, kita angkat maruah MELAYU! tak mau layu, layu dah.. ada rupa menteri berkempen tak? heh, aku ni cakap je lebih, buatnya tidak. aiyoyo..

Malam ni, InsyaAllah aku dengan family buka puasa kat surau untuk 3 hari berturut-turut. Hari Jumaat, Sabtu & Ahad. *Woww! Macam aku cakap kat entri ni, buka puasa ramai-ramai memang besh! So, tak yahlah aku terangkan over-over lagi eh..

Kalau korang teringin jugak nak pergi buka puasa kat surau, mailah Putrajaya. Kalau jumpa aku, tolong buat-buat tak kenal.. haha XD kejam jugak aku ni..


FINE! aku nak siapkan homework dalam masa 3 hari ni, Jumaat, Sabtu, Ahad. Mampukah orang seperti aku buat? nantikan di episod akan datang. (bunyik cam seram naik bulu roma, padahal tak pun)


Mula-mula bersemangat waja tak hingat.


Sampai je soalan pro-pro..
"Err, apa eh jawapannya?" macam tunggu jawapan jatuh dari langit ketujuh.


Bila malas nak tanya, mulalah sesat (malu bertanya sesat jalan tau)



Akhirnya, terbuat homework taik mata . Pastu nanti, buku homework jadi peta dunia.. wahh!

Source : Mr. Google carisebijiksebijik


p/s : Masalahnya, sekarang ni mood aku BW bukan HMWK. Camne ni? haha XD

Notes : Friendship tu memang ada bayak likunya. Kita kena banyak bersabar. Lagi-lagi bulan puasa ni kan..

Thursday, August 4, 2011

Ramai-ramai baru besh

"Alamak, berat aku tak turun-turun, macam mana ni?!" *muka gelabah
"Padan muka" Selamberrr :P


Assalamualaikum,

Macam mana perut? okay?

Lama blog ni menyepi, takde keceriaan langsung. Bila cakap pasal keceriaan, teringat yang kelas aku tu tak ceria langsung! Ketua keceriaan dia duk busy ceriakan blog je, kelas? haprakk pun takda. akusudahfed-up!


Hari Selasa hari tu, aku buka puasa kat surau, besh ai kata kat yu.. beshlah jugak! rugi yu alls kalau tak pernah try #mai.dah.ayat.gedik Nak tau kenapa besh sangat bukak puasa kat surau ni?

 Ramai orang
Sebab ada ramai orang yang buka puasa sesama. Meriah kut. Takdela rasa diri ini forever alone (:P)


 Malu *ngeee (malu bertempat itu perlu)
Ouhh, kalau kat rumah, kemain melantak ayam sensorang. Tak pandang kiri kanan dah macam nak lintas jalan je 

Kalau kat surau, kan ramai orang, so demi menjaga kesopanan & kesusilaan, sure-sure korang macam sopan sikit time makan. Takdelah gelojoh sangat macam ni.

Source : Tumblr ni
Gelojoh kemain. taksenonoh betul.


 Makanan  *banyaaknyaaa
Yup, memang betul! Bayangkan seorang bawa 1 or 2 jenis makanan. Terus bayangkan. So, kita dapat try yang itu, yang ini. Takdelah terikat dengan satu jenis makanan je.  ohh yeah~

Contohnya, hari tu mak aku bawa agar-agar pandan yang of course, of course sedap manakala jemaah lain bawa roti john, karipap, sandwich, aish macam-macam lagilah! kang aku sebut lebih-lebih kang korang terliur pulak.


 Syukur
Yang ni paling penting. Time korang melantak sensorang diri tu, perut penuh pun kadang-kadang terlupa nak syukur bukan? Kalau kat surau, kita automaticly rasa bersyukur #bukansebabbanyakmakanan sebab kita akan rasa dapatlah jugak kita makan daripada takda. 

Kalau kita makan kat surau, aku rasa kita makan takdelah banyak sangat. Sama ada kita malu, atau makanan tak cukup. Got the point? I feel good (?)


 Bersederhana
Kita takdelah makan banyak sangat kat surau. Orang dah nak solat Maghrib still nak makan lagi ke haa? So, automaticly kita akan belajar untuk berserderhana. Stop,stoplah makan tu, perut macam nak pecah tu haa.. 

 
SELAMAT BERBUKA PUASA!
Hey, dah tak sabar nak buka puasa le tuu. Jom berbuka kat surau  nak? Dapat mengimarahkan surau.


p/s : Alamakk! ada orang tu touching dengan titew lah. Sorrylah eh, aku tak bermaksud pun. akuguraujelah Aku ni kan suka gurau gurau manja aww :P 



Monday, August 1, 2011

Pak Senin

Testlah mata korang still okay ke tak.



Assalamualaikum,

(ada sekolah cuti ek hari ni? >.< tak adil lah~)

Special tak special aku ni? Semua budak sekolah aku balik pukul 2.30 petang, aku balik pukul 1 petang. Special tak? hahahaktuih XD


Padahal takdelah special mana pun, aku pergi appoinment X-Ray gigi. Aku fikir kalau ada appoinment dengan doktor just cakap dengan cikgu kat kelas, then terus belah {sukahatiakuje} rupa-rupanya, kena tulis kat Buku Kebenaran Keluar Sekolah. Lepas ayah aku tulis-tulis semua tuh, baru pergi hospital. >erkk, semua benda aku nak cerita< *pengalaman kena tulis semua~

First time aku buat X-Ray kut ;)

Ni baru habis buat X-Ray. Smart kut "filem" X-Ray gigi aku. Senget-senget. Yelah, gigi aku kan senget. Nasib baik otak aku center, otak aku tak senget ok? Aku rasa fening-fening lalatlah, maybe X-Ray tu kut. Fakta mana aku jumpa? entahlah.


#Facty (khas bulan Ramadhan)

"Aku suka kira berapa jam nak buka puasa, sebab aku suka"

eleh, ngaku jelah, korang pun macamtu.. hekhek :P


p/s : ohh ye, baru je habis baca entri tentang kelebihan Solat Terawih, korang patut baca tau. Cubit sini~ >SELAMAT BERBUKA PUASA!< kiralah berapa jam lagi nak buka puasa :P

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...