Saturday, May 30, 2015

Mentaliti : Tak apa, Masih Sempat!




Assalamualaikum & aluu..



           Sekarang, budak-budak matriks dah lama masuk. Universiti-universiti lain pun sama, ada yang dah masuk. Aku masih di sini, tinggal beberapa sahaja lagi sebelum 'honeymoon period' aku habis.


Walaupun tinggal beberapa hari lagi nak masuk universiti, aku masih lagi tak pack barang. Haah, satu barang pun! #Tak apa, masih sempat!  Beg aku besor sangat sangat. Sebenarnya, mak ayah aku suruh beli laagi besar, nasib baik anak dia yang segan ini sempat menghalang, kehkehkeh.


Sedarlah saya bahawa, saya pergi itu bukan travelling sekejap-sekejap. 


OH!
Ada beberapa orang lagi yang belum tuntut hadiah.

Perhatian kepada pemilik blog :
  • http://miraesukamakan.blogspot.com/
  • http://adriana-contestga.blogspot.com/
(sila tinggalkan komen nama, alamat, no wsapp di bahagian komen. Saya tak akan appearkan komen anda. Ke tak nak hadiah? AHAHA)

Untuk pemenang buku fixi dan baju, hadiah anda sedang diorder. 
Untuk pemenang floral mask & facial mask yang lain kecuali blog ini, hadiah anda telah dipos pada hari Khamis, 28/5/2015 yang lalu. 


Bloglist akan dibuat malam ini.
Review blog akan dibuat pada bulan Jun. 


#Tak apa, masih sempat!




Sebenarnya, aku nak buat entri ini lebih awal, tapi asyik "tak apa, masih sempat" sedar-sedar dah nak penghujung bulan Mei. Aku memang ada sindrom suka tangguh-tangguh. Kadang-kadang "nanti kejap" menjadi "tak pernah terjadi" dek aku terlupa setelah kumpul segunung semua perkara yang aku perlu buat.


Bilalah, simptom aku yang satu ini akan diganti dengan kerajinan dan ketangkasan?





"Allah, takkan ubah nasib sesuatu kaum,
melainkan,
kaum itu mengubah nasib mereka sendiri."



Hmm, baiklah.
Ganbatte buat diri sendiri!



Tuesday, May 26, 2015

PENGUMUMAN Pemenang Jom Join 1st Giveaway Ceria!

Assalamualaikum & aluu...



Alhamdulillah, akhirnya tamat juga giveaway ini. 
Terima kasih banyak-banyak bagi semua yang sudi join ^^,


Walaupun saya rasa sangat-sangat sayang sebab sikit lagi nak capai 100 orang peserta, tapi takpela 97 is my favourite number too! Apapun, saya ada tambahkan sedikit hadiah. Maafler, hadiah pun biasa-biasa aje, uhuhu.



SENARAI HADIAH
  • 6X Floral Mask untuk 6X Pemenang
  • 1 Baju (pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 1 Buku Fixi (Pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 4X Bloglist sehingga May 2016 untuk 4 orang pemenang.
  • 3X Blog review untuk 3 orang pemenang
  • 3X Simple Facial mask untuk 3 pemenang 



SENARAI PEMENANG GIVEAWAY

Pemenang telah dipilih menggunakan random.org > sequences
https://www.random.org/sequences/


Tolong hebohkan pada pemenang Giveaway ini dengan ucapan Tahniah! 




Kepada Para Pemenang, 
Sila komen pada entry ini di bawah, 


Nama : 
Nama blog :
No. whatsapp : 


Saya takkan appearkan komen anda dan menjaga privasi anda. 





Sesiapa yang join giveaway ini dan tak menang, jangan risau. Ini bukan bermakna saya benci blog awak. Oh tidak sama sekali. Cuma nasib dan rezeki belum menyebelahi. Apapun, saya tetap letakkan blog-blog yang join dalam bloglist selama sebulan, sebagai tanda penghargaan :3 


Terima kasih sekali lagi,
Hanya Allah saja dapat balas jasa kalian. 


:') terharu jap




Monday, May 25, 2015

Jom Join Ceria 1st Giveaway!

* This is sticky post, please scroll for new entry 
Ini ialah entry melekat, sila skrol ke bawah untuk entry terbaru 


PENGUMUMAN!


  GIVEAWAY SUDAH TAMAT.  

Assalamualaikum & aluu..

Setelah sekian lama menunggu hari nak buat giveaway, baru hari ini dapat terlaksana. Harap-harap ramai yang menyertai giveaway ini. Sebab bukan apa, ini jela caranya tuan blog ni nak bagi penghargaan kepada reader, silent reader, blogwalker & blogger-blogger lain.


And..
Giveaway ini sebagai menyambut tahun ke-4 blog ini wujud!




Syarat-syarat penyertaan :

  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog ini.                                                 
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!                                                                      
  3. Letak banner di bawah dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.                                                                                                    
  4. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.                                                                        
  5. Setelah selesai menaip post tersebut, komen di entry blog ini.                                                               
  6. Kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) & kelebihannya, kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.                                                                       
  7. Tarikh tutup giveaway ialah pada 25 MEI 2015.                                                                                     
  8. Pemenang akan dipilih melalui random.org

Syarat dia mudah je kan? 





Senarai Hadiah yang ditunggu-tunggu! 


  • 5X Floral Mask untuk 5X Pemenang
  • 1 Baju (pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 1 Buku Fixi (Pilihan sendiri) untuk 1 Pemenang
  • 3X Bloglist sehingga May 2016 untuk 3 orang pemenang.
  • 2X Blog review untuk 2 orang pemenang
*Psst, hadiah mungkin bertambah kalau ramai penyertaan.  




Hadiah sesuai untuk lelaki & perempuan! 


Milik siapakah hadiah-hadiah ini?
Mungkin boleh jadi milik anda tau, *kenyit mata


Jangan lepaskan peluang!





Thursday, May 21, 2015

#3 Bahan Favourite Skincare

Assalamualaikum & aluu..

MasyaAllah sistur, flawlessnya!

            Jujurlah, aku sangat merindui kulit flawless aku dahulu. Kini, aku sering dicemuh oleh abangku, "eii jerawat". Mana taknya, lepas habis sekolah, aktiviti bersukan pun tak buat. Toksik bertakung dalam badan dan keluar jerawat. (logik tak pemikiran camni?) Tambah pakej lagi, aku ini kurang minum air kosong. Memang mengundanglah kan jerawat-jerawat itu.


+ hormon-hormon semua tengah aktif keluar masa umur remaja ini.


Ada top 3 bahan yang aku suka untuk skin care. SUSAH untuk cakap TAK NAK!


#1 Aloe Vera

Comel kan aloe vera ini?



#2 Olive oil (Minyak Zaitun) 


Minyak zaitun, disebut dalam Al-Quran & Hadis. Sesuai juga untuk rambut.


#3 Honey (Madu)

Madu disebut dalam Al-Quran. Sangat sangat sangat bagus. 
Ada 1001 penggunaan madu. 


          

              Sesiapa yang ada kulit flawless itu, untunglah. Bersyukurlah kamu. Yang ada masalah kulit, jangan pernah putus asa dan bersabar untuk memulihkan kulit. 



Psst, sesiapa yang dulu ada masalah kulit, apa rahsia? 
Sudi-sudilah share dengan saya ini, ehehe.



Saturday, May 16, 2015

Situasi yang SELALU terjadi kepada Lepasan Sekolah



Assalamualaikum £ aluu...


Di dalam kelas....
"Kamu ini, bila dah habis sekolah, mesti dah tak ingat cikgu. Selalu budak-budak kelas depan jarang datang sekolah, jumpa cikgu. Salam cikgu. Semua sombong." 





Bila dah habis sekolah....


Reaksi Guru 

"Eh, kenapa kamu datang sekolah ini?" 

"Okaylah, cikgu tengah sibuk ini." 

"Alamak, cikgu ada kelas lepas ini." 


Reaksi pelajar sekolah (junior) 

"Ehh, akak ini asyik datang sekolah je." *bisik kat kawan*

"Dah habis sekolah, buat cara habis sekolah." *sambil siku kawan*



Ahaha. 
Entri ini entri bergurau je. 


Kita kena faham, cikgu sentiasa sibuk. Takkan nak melayan kita aja kan? Tak cukup ke 5 tahun cikgu layan kita, dah habis sekolah pun takkan nak layan kita lagi kan? (apsal ayat ini macam sedih rasa tersisih pulak ahaha). 


SELAMAT HARI GURU,
BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA!

Guru bukan sahaja ada di sekolah, guru mengaji, guru tadika, guru tuisyen, guru universiti (pensyarah lah bijak), make up guru, dan apa-apa jenis guru (dah habis idea). 


Nah, video favourite aku pasal Hari Guru. 




Terima kasih yang tak terhingga kerana mengajar saya dari tak tahu kepada tahu. Dari tak faham jadi faham. Teruskan perjuanganmu, sebagai lilin aroma terapi yang sangat mahal harganya yang tak ternilai. (cewah suka hati aku je).




P/s : Harap-harap cikgu sekolah aku tak baca blog ini. Kalau ya, saya minta maaf cikgu. Halalkan ilmu dan makan minum saya ;) 



Dah berapa banyak kali aku ke sekolah lepas SPM?
Lebih dari 5 kali,
Sampai aku segan dah nak datang sekolah ahaha.


Cikgu, kalau saya tak datang lama itu bukan maksud melupakan.

Dia bukan di sini *tuju kat mata*,
Tapi di sini *tuju pada hati*.




Wednesday, May 13, 2015

Buku Biru - Dokumen Perjalanan Terhad

Assalamualaikum £ aluu..



Dokumen Perjalanan Terhad - Buku Biru


Dulu ingatkan dokumen perjalanan terhad (DPT) ini macam dokumen-dokumen yang kena letak dalam fail. Ayah aku pula ingatkan ia sejenis kad. Rupanya, bila baca kat blog, dia macam buku passport tapi bezanya, warna biru.




Aku buat DPT kat Jabatan Imigresen Melaka sebab kebetulan mak tengah kursus kat sini. Sekali, baru perasan, 7 minit dari hotel, ada UTC. #sabojela. Nasib baik, Jabatan ini cantik. Dia terletak kat kompleks Kementerian Dalam Negeri. Besar & tak ramai orang sangat (masa itu).


Apa benda tu DPT?

Untuk apa?

  • Perlu apabila penduduk semenanjung hendak pergi ke Sabah & Sarawak dan tinggal di sana untuk tempoh lebih daripada 3 bulan.

Dekat mana boleh dapat?

  • Dekat pejabat imegresen cawangan negeri masing-masing. Kalau saya, ada di Bangunan Wisma Persekutuan Negeri Sembilan (Tingkat 2).

Berapa bayaran dikenakan?

  • Hanya RM5! Murah kan?

Sah laku berapa tahun?

  • 5 tahun. Nak sambung lagi, tambah RM1 setahun.

Apa dokumen penting yang harus di bawa semasa memohon DPT?

  • Salinan IC dan 2 keping gambar terkini.

Apa proses yang akan dilalui?

  • Ok, hanya pergi ke cawangan pejabat imegresen berdekatan, minta borang nak mohon DPT di kaunter pertanyaan, isi, ambil nombor, tunggu giliran, dah siap kutip di kaunter kutipan pada masa yang telah ditetapkan. Senang bukan? ;)

    Credit step-step ringan dan berkesan ini kepada blogger ini


        Okay, ni maklumat tambahan.

        Kalau sesiapa yang belum 17 tahun, (macam penulis blog ini) walaupun kalau ikutkan dah 18 tahun tapi belum birthday, anda dikehendaki bawa mak/ayah/penjaga bersama. Gigihlah aku tunggu, mak dari kursus datang lari ke sini sekejap sebab nak siapkan DPT ini.


                  Pastu. Ada pegawai itu tanya,
        "IC ini masa umur berapa?"
        "Err 12 tahun."
        "Eh, ini kena buat IC baru ini."
        Aku dengan sedikit 'SHOCK' kat situ, aku jawab, "Eh mana boleh. Sebab birthday saya lambat lagi bulan 10 nanti."

        Pastu, nasib baik dia minta surat lahir. Kalau dokumen ini tak boleh buat, nampaknya aku tak sambung belajar ahaha.


        Untuk yang bawah umur, ini yang perlu anda bawa :

        1. IC atau Mykad
        2. Mak atau ayah atau penjaga (bawa ic bersama)
        3. Bawa surat lahir
        4. Bawa 2 keping gambar yang terbaru (Gambar DPT lain sikit dari passport) 
        5. Bawa RM5 (ahaha DPT ini RM5 je untuk 5 tahun. Setahun RM1 XD) 

        Susah jugak jadi bawah umur ini. Nak buat akaun bank semua kena ada mak / ayah sekali. 


        Ada pernah, seorang pak guard office mak aku bertanya masa aku tengah tunggu mak kat tingkat bawah ofis.

        "Adik tak pergi sekolah ke hari ini?" 
        "Err saya dah habis sekolah." 


        Wakaka.


        P/s : Teringin jugak nak penuhkan buku Merah, tsk

        Sunday, May 10, 2015

        Braces Diary : Only people with braces will understand


        Gambar ini nampak comel lah pulak


        Assalamualaikum £ aluu~


        So, I purposely write the title of this entry in English, but the full content will be in Bahasa Malaysia. I'm sorry for any convenience. If we Malaysian can learn English, why don't you try learning some Malay language? Ehehe.


        Okay, ayat kat atas acah-acah ramai foreigners je baca blog aku. So, aku dah pakai braces sejak tahun lepas lagi. Bulan lepas aku terlupa nak datang appoinment. Habislah kalau nurse doktor semua marah. Aku cuba call klinik untuk set appoinment baru, tapi line (pihak klinik) selalu problem.

        1. ^ Terlupa tarikh appoinment doktor gigi / Malas nak pergi. #manusia-pelupa                                                                                                                                                                                                                           
        2. Makanan kadang-kadang tersangkut celah-celah braces. #manusia-tak-sempurna                                                                                                                                                                                                                              
        3. Kalau dapat getah warna putih, jangan haraplah nak kekal getah putih. (Terutamanya kalau makan masak Lemak & rendang & senang cerita semua yang ada kunyit). #manusia-qu-kuning-langsat?                                                                                                                                                                                                   
        4. Besi cucuk pipi (yang bahagian dalam mulut) #manusia-suka-sakitkan-diri                                                                                                                                                                                                                                                 
        5. Interdental brush hilang & malas nak beli #manusia-pemalas                                                                                                                                                                                                                                                           
        6. Besi putus / getah putus / bracket tercabut (braces rosak senang cerita). Alhamdulillah setakat ini aku tak pernah lagi. #manusia-buat-silap                                                                                                                                                                                                                                                   
        7. Soalan macam "sakit tak?" "mahal tak?" "awak pikir awak comel?" itu adalah normal ahaha. #manusia-ingin-tahu                                                                                                                                                                                                                                                                                           
        8. Senyuman kami penuh sinaran (boleh silau). #manusia-pemalu                                                                                                                                                                                                                            
        9. Kalau makan makanan panas, besi rasa panas. Kalau sejuk, besi rasa sejuk. (Tapi tak ketara sangat rasa dia) #manusia-ada-perasaan                                                                                                                                                                                                                                                             
        10. Susah nak kunyah makanan masa awal-awal pakai braces / lepas ketatkan wire besi. #manusia-banyak-alasan                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
        11. Kalau orang macam aku ini, yang kena sambung belajar kat Sarawak, macam mana nak pergi appoinment? Adakah doktor akan referkan ke klinik kesihatan / hospital di Sarawak pulak? #manusia-itu-adalah-aku


        ** Pendapat di atas adalah pendapat penulis sendiri semata-mata. Pendapat di atas tidak mendapat persetujuan seluruh pemakai braces di seluruh dunia. Lain orang lain pendapatnya.


        Sebenarnya, yang nombor 11 itu, masalah aku je ahaha. Tak pasal-pasal nak suruh pemakai braces lain rasa benda yang sama.


        Mengikut apa yang aku perhatikan, ramai yang pakai braces bila dah bukak, rasa rindu nak pakai braces. Aku macam mana? Rindu ke tak nanti? Kalau ikutkan, apa yang doktor kata, tahun depan aku dah boleh bukak braces. 



        Angkat tangan sapa yang nak jadi doktor gigi? 

        Thursday, May 7, 2015

        TheDecision : Sambung belajar

        Assalamualaikum & aluu..


                Tergempar 6 Mei 2015, sampai sistem UPU laman web rasmi crashlah. Lagi dahsyat berbanding masa keluar result Matriks dulu. Nasib baik ada orang share link lagi satu yang tak berapa femes tapi boleh check keputusan permohonan.


        Let me fly~ Let me fly~
        (nyanyi nada lagu tema Frozen)


        Rewind sekejap~ 


        Beberapa hari yang lepas, aku mengalami tekanan nak memilih tempat belajar manakah yang patut aku sambung. Sama ada, nak yang paling dekat, jauh sikit, jauh sangat / jauh gila. Biasanya situasi camni, orang akan nasihat "buat istikharah". Dan, pernah aku terbaca, "Jangan ditanya pada akal yang terbatas." Jadi, berbalik kepada Yang Maha Mengetahui, aku temui jawapannya. < pls jadikan ini tajuk buku ahaha. 


        Pilihan apa yang aku kena buat? 

        Perdana University / Matriks N9 / IPTA / Mesir
        (Paling dekat / jauh sikit / jauh sangat / jauh gila)


        Cuba teka, dalam pilihan itu mana yang aku paling beeeerat nak lepaskan?


        Ye, Mesir. Mesir itu aku dapat cantik pakej dia, belajar medic + hafal Quran + mantapkan bahasa Arab. Cantikkan pakej dia? Tapi, aku tolak bukan sebab faktor Mesir tak aman. Bukan. Bukan sebab faktor itu. Tapi faktor pembelajaran untuk Medic. Dan sebab pakai banyak duit walaupun Mesir ini paling murah untuk medic. 



        So, bila dah keluar keputusan UPU..
        Aku buka laman web crash. Hantar sms tak jawab. Pastu mak aku call, dia cakap, aku dapat Unimas, asasi sains hayat. Perasaan? Masa itu okay lagi. Pastu, bila dapat tahu ada kawan aku ini, Husna dapat UPM, aku dah mula terkilan. Aku teringin UPM itu sebab ada banyak haiwan (kahkahkah) tapi aku letak UPM tu bawah-bawah masa UPU sebab tak yakin dengan diri sendiri. Takpelah, takde rezeki dengan haiwan-haiwan itu XD


        Kenapa cepatkan tarikh tutup giveaway? 
        Jadi camni, aku mungkin akan ke Sarawak dalam awal bulan Jun. Disebabkan hal ini, aku terpaksa cepatkan tarikh akhir Giveaway Ceria itu. Sebab kalau aku dah kat Sarawak, sapa nak uruskan hadiah? Ke uolls tak nak hadiah itu? Ahahaha. 





        Ingat lagi tak post pasal 'Kenapa nak futher study local?' yang aku pernah postkan dulu masa sebelum result SPM? Pergh, bila baca balik tergelak aku. Sebab akhirnya 3-3 faktor itu hancuss sebab aku nak pergi Sarawak. (Kecuali yang faktor kedua itu masih bertahan). 


        1- Aku akan berjauhan jugak dengan keluarga.

        2- Bahasa perantaraan?? Ahaha, aku tak tahu langsung loghat bahasa Sarawak. 

        3- Aku akan pergi berseorangan (tak ada kawan sekolah aku yang dapat unimas ini, setakat yang aku tahu). 


        Ini hujah lawan post yang aku pernah terbitkan dulu. 
        Lawak pula lawan hujah post sendiri.... ok, mungkin tak lawak. 



        So, dont take too seriously dalam post-post yang aku pernah buat. Ingat tak post pasal instagram itu? Akhirnya aku ada instagram untuk berniaga. (Sebenarnya kawan aku yang buatkan). 


        Akhir kata, 
        Kita takleh predict future. Fullstop. 



        Angkat tangan meletops sikit sapa yang study kat Unimas?
        Batch 97, sharelah awak sambung mana pasni? Nak tahu jugak, ehehe




        // Mak saya kata, pergi Sarawak itu maknanya pergi obersi //

        Saturday, May 2, 2015

        Senarai Peserta Giveaway #JJCG

        Assalamualaikum & aluu

        Giveaway dah TAMAT.
        List di bawah boleh digunakan untuk LIST BLOGWALKING

        Jemput blogwalking ke blog yang sempoi di bawah ini.

        (Semua yang join giveaway ini akan diletak dalam bloglist untuk sebulan setelah giveaway tamat)

        1. http://juetoinktoink.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        2. http://melodiheroin.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html 
        3. http://joeincorrect.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        4. http://saintiskuno.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        5. http://imamimoth.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        6. http://anis-diyana.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        7. http://honeykinokuniya.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        8. http://umikasum.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        9. http://luvmia97.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        10. http://inisemuapoyolaaa.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        11. http://raihanabintiramlan.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html

        12. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway_2.html
        19. http://myownlifemyself.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        20. http://be-readers.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        21. http://kieyrah97.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        22. http://whenitshining.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        23. http://ehhzafirah.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        24. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        25. http://husnamujahidah.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        26. http://leenerurazi.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveway.html
        27. http://ckecilberbicara.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        28. http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        29. http://gadisgenits.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        30. http://duniamisskepeng.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        31. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        42. http://farahsyamimi.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        43. http://creamylittlediary.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        48. http://budaksukavanilla.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        49. http://msermzni.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        50. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        51. http://syazrim.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html

        52. http://kisahatifahzulkifle.blogspot.com/2015/05/ceria-1st-giveaway.html
        53. http://tomodachilavendra.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        54. http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        55. http://yeorinbaramdo.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        56. http://85mutiarabeauty.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        57. http://fiqahhamed.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        58. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        59. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        60. http://amysigadisweird.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        61. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway_14.html
        62. http://duniazumal.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        63. http://blogcikbelbel.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        64. http://syaza-applemints.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        65. http://mineko-ira.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        66. http://cikash.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        67. http://cerita-sigadiskecil.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        68. http://aidilastory.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway-d.html
        69. http://www.blogparihh.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        70. http://theieraziera.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        71. http://jindrisska.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html 
        72. http://ummi2m2s.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        73. http://belongtomee.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        74. http://theathra.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        75. http://mimirheem.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        76. http://adna2029.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway_19.html (terlupa tag)
        77. http://yanishak.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        78. http://cikhudahassan.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        79. http://inilamanblogsayalah.blogspot.com/2015/05/saya-sertai-segmen-jom-join-ceria-1st.html
        80. http://lyanasstudio.blogspot.com/2015/05/ceria-1st-giveaway.html


        81. http://fakmal0.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        82. http://www.ayuzan.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        83. http://rienna-mishcandy.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        84. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        85. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        86. http://honeyoyeke.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        87. http://dairisally.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway-by.html
        88. http://mininominomi.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        89. http://beloggadisbiru.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        90. http://iffahhazwani.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html


        91. http://naframedina.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        92. http://thestoryofyayalife.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        93. http://wanyyminho.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        94. http://nurain-syahirah.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        95. http://amrhnjhh.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html
        96. http://soshesay.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html (terlupa tag 3 orang rakan)




        2023 - A comforting but struggling year

        Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...