Sunday, July 31, 2011

Super Sunday



Assalamualaikum semua,


Ni baru habis edit blog Sab, hehe ^^ padahal bubuh blockquote untuk dia je. Suka tak Sab? >cakap suka sekarang<


okay, esok dah nak mula puasa.  Siapa yang tak ganti-ganti lagi puasa tu, aku tak taulah nak cakap apa?Seingat aku, aku dah bagi warning awal-awal kat post dolu-dolu.


Harap gambar ni tak meloyakan korang, muahaha XD

Esok jugak aku ada appoinment dengan dr. gigi. Buat X-ray je. Rasanya tak membatalkan puasa. Maybe. Kalau dia nak check gigi, aku awal-awal nak refuse lah, aku nak puasa. {sebab check gigi, mesti ada je yang jolok-jolok kat mulut aku ni. Jolok emas kut :P} Lagi-lagi hari pertama puasa esok.



Aku tak sangka & tak dijangka-jangka followers aku dah 200+. Jadi sebagai ucapan "Syukran", aku nak bagi kad sikitlah. Sorilah, buruk sikit. Tapi kad ni special sebab dia #SS. Syok sendiri? Super simple? Sweet Simple? Arghh, lu pikirlah sendiri (harap Nabil tak perasan aku guna tag line dia harik-harik :P)


Click kalau rasa nak save kat lappy or komputer. (mesti takde sapa nak haha XD)

(+) tambah (-) kurangkan
Dah macam baterilah pulak XP


Aku tau kad aku ni seems very very peliks & terlebih simple. Sebenarnya aku nak lukis kat bahagian 3 bulat tu. Memandangkan yang aku ni sedar tangan aku tak berapa nak seni, so, jadi camtula.. Ohh ye, semua tulisan tu, tulisan tangan aku~




Status : Currently siapkan homework <-- biggest lie ever :P 

Saturday, July 30, 2011

Checklist Ramadhan

Assalamualaikum,
Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik-celik {erk?} Kita dah nak hampir puasa dah ni. 


Sebagai seorang muslim yang beriman, kita tertunggu-tunggu kedatangan bulan yang penuh keberkatan & mulia iaitu bulan Ramadhan. {ke korang tak sabar nak raya je :P} 


Ok, tak mau bebel panjang-panjang. Straight to the point ok?


Checklist Ramadhan
Tekan gambar, nak bagi besaarrr! (save or whatever. Nak share pun boleh)
Credit : sini


Aku rasalakan, InsyaAllah hari Senin {natang apa tuh? Isninlah} kita start puasa. Tapi tak sure sangatlah! Senang, senang, kita tunggu pengumuman raya start puasa esok malam je lah ye! Sabar, "Time will tell" <-- entah bila aku belajar ayat super genius bijak nih..



Alamak! aku tak start satu habuk pung folio sejarah! Oh Ya Allah! Leka & lalainya aku nih?! ni tak boleh jadik nih! Aku kena start buat jugak!

3 saat kemudian, *still depan screen komputer

ha'ahlah, esok kan ada..

Amaran : Jangan tiru perbuatan di atas ^^


p/s : insaf semalam tengok jenazah. Rasa kesian pulak kat keluarga dia. Raya tahun ni tanpa mak apa rasanya? Mestilah sedih.. ;'( Anak dia baru darjah 2 & yang bongsu still menyusu.. Kesian kan? huhu ;'(


Friday, July 29, 2011

#Facty Friday

Assalamualaikum, hey, how's going guys,
Hari ni hari pertama, buat #Facty ni,  semalam perasmian. Hari ni kenyataan! haha XP



"Kadang-kadang, aku lupa apa yang aku komen kat shoutbox orang :P"


Hakhak, aku pun /takpastisangat/ nape aku cepat sangat lupa. Muda-muda cepat lupa. Apakah??? Aku rasa ingatan aku ni jenis short-term je kut. Kena makan kismis bebanyak ni XD ada sesiapa yang nak tolong supply?


p/s : Lately, aku busy gilak. Dengan folionya, homeworknya, appoinmentnya, blend semua boleh buat aku pengsan~ ohh ye, tetibe aku teringin nak buat stuff T (tumblr).

Countdown puasa : Untuk impak yang lebih maksima, saya mencadangkan anda jenguk calendar sendirik! Takkan takde kut? Kalau takde, check google boleh maa.. 

Thursday, July 28, 2011

Fact. Reality.

Assalamualaikum & hey guys..



Renovation is over, tu yang cantik tu. Cehh, pearasan! senang renovate awal-awal, nanti time dah nak raya, takdelah kalut-kalut nak hias untuk raya :P Okay, maybe takdelah cantik sangat macam blog awak, awak & awak. Lagi mantop! But from time to time, aku renovate jugaklah. Aku ni kan tak pernah puas :P













Perasmian Facty.

Assalamualaikum, mesti terkejut kan? tuba-tiba je nih kan. Facty tu apa benda ek?

Fact + Reality = Facty
Fact & Reality, puff jadilah Facty! Tak pun, Fact, Reality, bergabung meletop! POM~ (overlah ni)

Dengan lafaz Bismillah, saya Miss Xyz ingin merasmikan #Facty yang akan diadakan setiap kali saya bohsan melampaui batas & tiada modal nak tulis apa. 

Yeay! Sekarang mana ribbon? aku nak potong ni? >.< ok, ok.. aku tak nak potong mana-mana ribbon yang ada kat blog aku ni XP



p/s : Adakah aku ni peminat ribbon? Yela kut, comelah~ tak caya? refer gambar atas


Tuesday, July 26, 2011

not to be read.

This post is not to be read, but to take action. <-- pebenda aku cakap ni?

Assalamualaikum & ello,

Today, agak boring. boring~
Post pun boring. boring~
Blog pun boring. boring~
Jadi bagi menghilangkan boring, aku nak mengedit blog kejap.
Nampak buruk je, jangan kutuk auu, buat derk je.

InsyaAllah, nanti cantik :P


oh, kepada sesiapa yang tinggalkan jejak kasih kat shoutmix, aku minta maaf, sangat-sangat sebab rasanya aku x dapat nak balas jejak for a while. keshian korang. tapi nak buat camne kann? >.<

Mood : Boring. Nak edit blog.

Monday, July 25, 2011

Masuk surat khabar? Bagi aku normalah tu.

Assalamualaikum & hello everibodehh,

Aku bukak  Facebook  semalam. Boring en. So, nak tengoklah notifications tersayang. (hampeh)



And guess what? Kawan aku kata aku masuk surat khabar.  yeah, but surat khabar semalamlah. Nasib baik keluarga aku tak minat surat khabar tuh. Muahahaha XD

(tak mau beritau surat khabar apa :P kang tak pasai-pasai korang serbu kedai kang) 

"cececeh....gambar natasha, aisyah n abg hadira kat dlm surat khabar...bangga la tuh :)"
^ Ni status yang kawan aku tulis kat facebook. Tak mau aku printscreen. Malehlah.. (privasi diutamakan, malas didahulukan (?) 

WHAT?!! Arghh, aku TAK MAU masuk surat khabar. 

Sure gambar aku hancuss. Oh yea, kenapa aku tiba-tiba boleh masuk surat khabar ni? Nak tau tak? Nak tak?

Aku rasa sebab aku duduk sebelah kawan aku, dia cantik. Entah macam mana, mungkin kamera man tu syok kat kawan aku tuh #buruksangka. So, aku kena tempias-tempias jela. Aku ni bukannya cantik sangat. Cute je

SEGALANYA KEBETULAN JE KUT

Eleh, kecoh je kan aku ni. Baru first time masuk surat khabar dah kecoh sana sini. Padahal retis & beribu orang lain boleh nak dikatakan tiap-tiap hari orang tatap muka dia, rileks je.






So, kepada sesiapa yang teringin sangat-sangat nak masuk surat khabar, aku bagi tips sikit jelah eh, mana leh banyak-banyak nanti takde chance aku masuk surat khabar lagi :P

"Berjalan dekat-dekat orang yang korang rasa berpotensi akan ditangkap gambar"

Korang rasa tips ni betul ke tak ha? hentam sajalah. Kang aku bagi tips terjun KLCC, korang buat, aku lak yang dosa. Bagi ajaran sesat. :P



P/s : Ada tak orang tersentap tengok gambar aku dalam surat khabar? ohh ye aku memang suka kucing, cute sangat :3 


Countdown puasa : seminggu je lagi kut ( 7 hari)



Saturday, July 23, 2011

tak cukup 10 000 langkah

Assalamualaikum, how's your Saturday? lalala~


Siput ku lari, gagah berani.. ayuh lari.. 

huh, adeh, adeh.. kaki rasa nak tercabut pun ada ni..
Nasib baik dah balik..
Maisyarah kasi tumpang.. Alhamdullilah.
Thanks kawan ;)

Aku jumpa ramai orang kat 10 000 larian tu.. (lepas habis larianlah)
cikgu, kawan lama,  mak cik auntie-auntie yang aku kenal andd... termasukla
....
....
....

....
....
....


....
....
....


kak AIN MAISYARAH!

Siapa sangka dapat jumpa dia? dulu aku jeles dengan Rai sebab dapat tanda tangan dia. Sekarang dah dapat face to face dengan dia & tanda tangan dia..

Aku cam caya tak caya je.. Nasib baik time tu aku tak hentak kepala aku kat dinding kasi percaya. Heh, kalau aku buat pun, by that time dah wassalam dah aku rasa XP 

Tapi kena jawab soalan dulu baru dapat buku dari PTS. Aku kan terer bab-bab menjawab ni. (terer la sangat) and mestilah aku dapat.. Buku apa?


Aku memang BUKAN minah bunga pun. Terkejut jugak aku, ingatkan dapat buku Ain Maisarah sendirik.. Tapi tak pelah.. Alhamdullilah ;)


Pasal larian tadi.. rasanya tak sampai 10 000 langkah kut. Ramai yang guna shortcut termasuk aku.. Ahaks.. Sampai orang yang jadi juru yang cakap tu kata :

"Ni tak sampai seribu langkah ni"

Nak je aku cakap, okaylah daripada yu tu, membebel je, asal tak nak lari jugak? ambik kau sebijik.. haha XD. Tapi aku tak sanggup lak nak ngomong gitu -.-"



Nota kecik : Rugi korang tak pergi :P heh, saja je. 





Friday, July 22, 2011

It's Friday !

Assalamualaikum & hai readers sekalian..



lalala, saja nak tunjuk gambar-gambar menggoda. For your information, I'm die-hard fan of chocolate.

 I heart chocolate <3

Alhamdullilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah..

Semua orang suka hari Jumaat, termasuklah aku.
Penghulu Segala Hari.
Permulaan Hari Cuti.

Aku bersyukur tak terhingga.. Alhamdullilah..

Aku still sempat post sebab Allah still beri kesempatan untuk aku hidup.
Aku dah beli buku Twitter BM baru.
Aku dah jumpa buku English aku.
Aku okay, okay je kawan dengan semua orang.

Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Alhamdulilah..

Ohh ye, kan cikgu Natasya last day hari ni, so, budak-budak kat kelas ajak main bowling and blaa..bla..blaa.. kat Alamanda.. Aku memang tak lah.. Tak minat jalan-jalan dengan kawan, lebih suka shopping dengan keluarga. Takdelah duit pokai camtu je. Lagipun nak jalan-jalan kat blog orang a.k.a BLOGWALKING!


Aku rasa aku banyak lalai. Asyik lekat dengan blog je. Bila aku nak belajar ni?


P/s : tu je laa kut hari ni. Aku ada "Pertandingan Perang Kuali" kat bawah ni.. Sebagai anak dara mithali (weikk) aku kenalah tolong en XP


P/s/s: Esok aku ada larian 10 000 langkah.. rasanya 1 langkah pun dah berat.. muahaha

P/s/s/s: Prob betul kalau ada mouse yang memang dah disabled right-click, padahal mouse rosak. 


Thursday, July 21, 2011

2 in one?

Assalamualaikum & ello ello~


 <-- takde apa pun sebenarnya -.-"



Lega, seleganya.. 
Projek sains 3D serba hebat dah habis.. Rasa lega sangat, fuhh.. Siap jugak projek sains tuh.. Rasanya prentation okey,okey je even Aida & Sab pergi DeCare tuh.. So, jadi aku dengan 2 orang budak laki tu takyah nyatakan pun takpe jelah yang present.. Sabo je laa~


Habis je peresentation,
cikgu memang pandai timming, buat terkezut.. cikgu cakap jangan main-main semua tu.. nasihat, nasihat.. Pastu cikgu kata "Hari ni last saya masuk kelas ni." Nak tersentap aku.. sentap mak nak.. Time tu nampak cikgu macam terharu & sedih (sebab mata nampak berair kut). Rupa-rupanya cikgu kata "Takdelah, mana ada, cikgu sema-sema je" -.-" cikgu Natasya kena sambung belajar, dia cuma guru ganti je, tapi dia SUPERB kreatif.. Dia? ermm, tak.. BELIAU. Bertuah punya anak murid.. haha


Math, tolong jangan suruh aku cari 'X' kau lagi, terimalah kenyataan. 
(ayat ni memang aku akui, bukan aku je, KSH pun setuju. Apa tu KSH? Kementerian Suka Hati.)
Aku kan tak datang hari Selasa, cikgu dah masuk tajuk baru.. Muka blurr, blurr je.. Dahlah time tu tengah hujan, angin sempoi je suruh aku tidur, ke Syaitan? arghh, lantaklah.. nasib baik aku sempat catch up tu pun Atirah yang tolong tangkapkan.. (?)


Homework? Ada~ >.<


Countdown puasa : 10 days ahead! *kalau salah beritau, aku tak terer sangat Math ni

WARNING! Siapa yang rasa ada hutang puasa tu, jangan buat-buat lupa, buat-buat tak tahu, buat-buat tak reti ye. Cuma nak ingatkan je.

(perasan tak semalam aku tak buat countdown sebab aku baru perasan.. Lalala~)



Yang baik hati   




JAP!
Sempena spontaneus Thursday, nak buat lah jugak
THANKS FOR EVERYTHING >.< CIKGU! HARAP DAPAT JUMPA LAGI!~
InsyaAllah, kita yang merancang, Allah yang menentukan ;)

Siapa ada ice-cream? Jom buat exchange! Ambik yang ni, tukar dengan ice-cream betul, barulah sistem barter -.-"


Wednesday, July 20, 2011

Post kat makmal sekolah :p

(rasa-rasa illegal tak?)

Assalamualaikum & holaaa...
Time post ni, tengah kat makmal sekolah, tapi tak illegal.. Sebab cikgu Puteri Islam suruh buat blog, padahal aku & siti dah ada blog.. LOL (tiru ayat mirah jap)



 
Weikk :P motif? saja buat sakit hati.. 
......
...

Okay, korang boring kan? pergi kat link ni eh,
 http://panitiapismkp8-1.blogspot.com

Sebab cikgu sebenarnya suruh bukak link blog ni.. Tapi aku buka sekejap je, buka blog je yang lebih-lebih.. Siap edit-edit blog lagi.. Dah tambah reply to comment dah, hehe ^^  (tu pun nak beritau)

okay, mirah nak guna plak, meraung-raung dia.. Ish3.. sesiapa yang stapler? (gurau jelah mirah..)

:D Nak try blockquote baru.. ngeh ngeh XP

Tuesday, July 19, 2011

urm, Gigi? (tak sesuailah pulak, lantaklah)

"Kenapa nak pakai braces" (soalan jenis apa ni ? -.-")
"err, tak tau" (jawapan random aku +.+)

Rasanya lepas ni memang kena kurangkan benda manis-manis kut.. 


Assalamualaikum & hello shemuahh,
Hari ni tak datang sekolah.. Bukan memonteng eh, tapi ada appoinment.
Tak nak cerita banyaklah.. Sebab tak penting sangat pun.. (lupa banyak sebenarnya)

1.8.2011 - Ada appoinment jugak.. X-ray gigi (petang)

8.8.2011 - Ada appoinment jugak.. huh.. -.-"

Perasan tak ni time bulan puasa tapi rasanya tak membatalkan puasa kut.. Oh, tolong ingatkan aku tarikh-tarikh ni okay? Kalau tak kenapa Ana Raffali buat lagu "Tolong Ingatkan Aku"? hehe ^^



Sorry kalau korang tak minat Ana Raffali.. Sebab aku pun tak minat sangat..
Just buh video je, suka tekan, tak suka takpe..  lalala~


Oh ye? >.< tak lama lagi nak puasa, nak buat countdown boleh? Ala, boleh lah..

Countdown untuk puasa - 12 hari lagi (start puasa - 1 Ogos 2011)



Blog ni memang kena ubahsuailah..



Monday, July 18, 2011

Perasaan itu bila...

Assalamualaikum & happy holiday semua..
(haha, padahal sekolah aku hari ni cuti.. sekolah lain? tak yah sibuk-sibuk.. lalala~)


  • Perasaan itu bila.. Macam aku seorang je cuti hari ni



Muahahaha! *dah mai dah gelak evil, Hari ni cuti sebab Hari Sukan sekolah yang aku tak pergi tu.. Dengan gila kuasa time ni.. Officialy, aku control komputer sekarang ni.. give me Y-E-A-H!!! tu yang buat post tu,.. semalam dah lah tak sempat, sebab ada orang lain yang '"gila kuasa" -.-"

  • Perasaan itu bila.. Pergi taman bunga yang indah-indah tiba-tiba ternampak bunga layu, cis! 



Hari Sabtu (16.7.2011) seramai 2 pelajar (aku& adik aku) bersama 2 "guru" pengiring  pergi melawat Floria, Putrajaya.. Tengok bunga-bunga.. ada laa juga bunga-bunga yang dah layu..  *siapa suruh datang seminggu lepas tu?  Tapi still cantik & gorjes-gorjes gitu... 

Aku tengok bot berhias & bunga api berlip-lap lip lap.. OHSEMM! Nak terjuling mata aku! Kalau Floria malam-malam cantik! Tapi kalau pagi terang sikit, takdela pijak lecak or termasuk dalam air or wtv.. 


Salah satu gambar bot yang "diimport" dari google..


Ni pun aku cilok dari Mr.Google.. 


Time pagi (google punya picture)


Malas nak bubuh gambar hasil tangan sendiri.. Upload bagai.. Lagipun time bot berhias tiba-tiba kamera habis bateri.. "pandai" dia timming.. Oh, ye.. sebenarnya banyak lagi gambar, tapi gilo ke nak upload semuanya? agak-agaklah.. Kalau korang kempunan sangat nak pergi, lupakan jelah.. Tahun depan ok? Tu pun kalau ada.. :P

  • Perasaan itu bila.. Dapat hadiah! 



Semalam, terdetik nak buka email.. Check punya check, kak Mel kasi button free-of-charge lah.. kak Mel,.. This is for you.. 

ohh, ye.. THANKSS SO MUCHH!!!
Akak dah selalu baik dengan saya, tapi saya asyik ucap terima kasih je.. Serius saya tak tahu camne nak balas jasa baik akak.. Terima kasih sekali lagi! :D

Siapa kak Mel? Dialah yang buat header cute mute kat bahagian atas blog ni.. Click sini..


  • Perasaan itu bila.. Baru perasan terpanjang entri!
Sorry, entri panjang, sure takde siapa yang baca..





Projek Science dah memanggil aku...




Saturday, July 16, 2011

Hilangkan stress pagi-pagi ni.. (petang ke, malam ke, baca jelah)

Assalamualaikum & morning semua..
Eh, ada air liur laa kat mulut awak.. tu laa.. tu, kat tepi bibir, bawah sikit.. tengok cerminlah senang..

My mom dah balik Singapore & bawa balik kit kat dengan benda-benda lain..
Tapi sempat melantak kit-kat jelah pagi tadi, sorry dah habis..
Yang makanan lain family aku dah habiskan semalam time aku tidur.. nyesal pulak tidur awal sikit semalam.. Nasib, nasib..

Kalau nak kit-kat rajin-rajinlah pergi ke kadai Pak Man Kit-Kat ye.. kid & cat korang jangan makan pulak


Kalau aku jumpa kerusi ni, dah lama aku ngaaappp! tapi rasanya ni dari kayu, aishh, rezeki anai-anai lah ni.. 



Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak. (^.^)
Jom semua, elok kalau nak hilangkan stress and tension dengan result or problems :)


i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Manchester United
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~ :D ingat tau ? komen jawapan anda ;) (aku pun nak tau gak)


Nak tahu my jawapan?
Aku muntah depan patung barbie sebab aku single 
Hahahaha, lawak tul XD

Aku jumpa benda ni dalam facebook.. So, credit to empunya yang post ke facebook.. :D

p/s : Esok malam Nifsu Syaaban~ nak tahu tentang malam Nifsu Syaaban dengan lanjut.. click sini! Hari ni ada hari sukan, berdebar jugak nak tahu rumah sukan mana yang menang walaupun tak pergi Hari Sukan hari ni.. ohh, ada homeworklahh.. Nasib baik Isnin cuti... Oh yeahh XD

Friday, July 15, 2011

Macam-macam -.-"

Lama tak jenguk rabbit belakang rumah, entah-entah dah jadi gemuk camni.. Horror nya~ Eh, cute jugak! boleh buat bantal.. haha XP


Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang penuh mulia ni, saya pun nak buat post jugak jugak..
berani halang ke? Jumpa kat padang petang ni.. Kita kasi "settle" XP

Tengahari tadi balik lambat,
Adik merengek-merengek nak balik, nak balik..
Nasib baik aku ni kakak Mithali (kunun-kununnye laa, loya arr plak)
Last-last abah sampai lepas solat Jumaat -.-"
Nasib baik time tunggu tu makan nasi ayam (dapat dari seminar B.Arab *free lak tuh)
Tapi kongsi jelah,
Sebab ada satu je..

Seminar tadi not so badlah.. bagus gak ada seminar tu, tak yah join raptai hari sukan.. Esok hari sukan, aku tak pergi. Aku memang suka memendamkan bakat yang teserlah(?) Ahad ni pun ada Laman Seni, Floria (Putrajaya) Aku ada peluang pergi, tapi aku tak pergi jugak.

APA KENA DENGAN AKU NI?
BUKANNYA AKU BUAT APA-APA PUN KAT RUMAH
heh, its too late to regret for now.. kut?

p/s : tunggu chance yang lain untuk aku join.. berikan aku peluang yang kedua.. *alahai, cam putus cinta lak, padahal tengah putus fius XP Malam ni mama ai balik rumah lah, ye ye! harap-harap ada ole-ole dari Singa berpura-pura.. just wait n see..

Thursday, July 14, 2011

Science ni awesome jugaks

Tahukah anda bahawa ?
aku tak pernah bergambar dengan harimau ni, 
sebab hari-hari aku ambik gambar-gambar dari google :P


Assalamualaikum & hi shemuah, *eh, gedik pulak dia ni

Tugasan experiment *yang aku kena watlah, korang tak yah sebuk-sebuk (jokes)

1. Tajuk : Acids & uses
2. Kumpulan : no.3 --> Me, Aida, Sab , Syahmi, Hasiff
3. Ketua kumpulan : Semua bajet jadi ketua kumpulan *bagus gile
4. Buat pembentangan berdasarkan tajuk dalam bentuk 3D di atas cardboard *alamak! gulp*

3D! Bunyi cam susah! okay, sebenarnya kiatorang kena buat benda-benda dia & lekatkan pada cardboard. Contoh:

Buah oren *tak yah yang betul-betul punya, over plakk buat guna kertas & lekatkan pada cardboard. Seems easy, like kopek kacang cap tangan, terus ngaappp but its NOT.

       
Tolong ajar aku camne nak buat buah oreng bergigi emas camni?

Tujuan :
entahlah, maybe cikgu bosan dengan pembentangan guna kertas Mahjong. Bosan kataku. Yelah, cuba bayangkan, baca je semua isi yang tulis kat kertas mahjong dengan suara ala ala Donald Duck *sorry a lot Haiyaa, siapa nak dengar? Cakap sekarang or ELSE?! eleh, cam takut en?

Konklusi : Cikgu sambilan memang kreatif, fikir luar kotak pemikiran aku :p

Kalau sempat aku tangkap gambar, nanti aku show off pembantang hebat aku kat korang eh.. c;
tata guys!

Eh, jap.. hang out lama-lama sikit kat blog ni.. Bukan selalu apa..
...
...

Agak-agak, cikgu kasi tak buat experiment camni? Alaa, boleh laa :P


Cikgu Natasya memang kretip!


Wednesday, July 13, 2011

#Wednesday Special

Assalamualaikum & hello semua,

2 hari tak update..
Takde modal nak update apa.. Layan okeyh?

When I was blogwalking, I found this video in anyone's blog which I can't remember which blog.. Fuhh, berhabus english habis.. ehehe, bajet je.. padahal english haprak! So, layan je video nih..

I"M NOT ONE OF JUSTIN BIEBER'S FAN..
Tapi aku tak pernah halang sesiapa pun nak minat dia

Cheese :D



yeah, video nih lawaklah.. Perempuan gemuk, erh, I mean berisi sikit tuh sebenarnya staff program ni je...  Dia volunteer nak berlakon.. so, jangan salah faham ye.. XP



P/s: Nasib baik perbarisan a.k.a kawat dah penuh dengan manusia, tak yah aku dipaksa lagi untuk join.. 

Don't forget to start your day with a smile & always smile :)

::Senyum tu kan sedekah::

Monday, July 11, 2011

Click kalau boring

Assalamualaikum & hello guys,

Siapa boring kat sini?! >.<

Okay, meh nak kurengkan sikit rasa bosan, bosan .. bosan tu.. senang je.. Click-click sana, click-click sini je.. Semua orang ada facebook kan? Mesti ada punya kan.. alelelele, jangan nak tipu laa :P



First-first, pergi facebook.. Search>> ITNM atau klik sini..



Then, tekan butang [Like]


Lepas tekan Like, tekan bahagian Video



Next, pilih video yang gambar depan dia camni.. Enjoy tengok video nih..




Lastly, lepas tengok video tu.. Tolong tekan butang [Like] :3



Sorrylah, bukan nak belagak boss yang mengarah pekerja-pekerjanya.. Saya just nak tolong sekolah saya.. Nak berkorban sikit untuk sekolah saya.. Terpulanglah kepada  anda nak like video tu ataupun tidak (heh, ayat skema habis) Tiada paksaan, just ikhlas diperlukan :)

Mungkin kalau hari ni, korang tolong saya, InsyaAllah, satu masa nanti orang akan tolong korang balik.. aminn~


Assalamualaikum, nak cau dulu!




Tuesday, July 5, 2011

#Freebies 1

Assalamualaikum & ello ello everybodehh,

Fuhh, fenat.. fenat lari untuk sukantara tadi.. Nasib baik hari ni miss takde homework.. fuhh.. fuhh.. Disebabkan hari ni miss agak baik sebab tengok dah ada 100+ follower, teringin laa jugak nak bagi hadiah.. sebagai ucapan terima kaseh.. Jangan anggap ni rasuah pulak.. betul, serius ni hadiah.. :3

Apa hadiahnya? Eleh, tak sabar le tu.. 

Tekan double-click okeyh.. Sorrylah button follow je.. 
Tak reti nak guna? Tengok tuto di sini ;3
Buat sendiri tau, tu yang buruk sikit tu.. err, sori kalau gambar ni cam tak senonoh sikit XP

Nak freebies lagi? Apa tak dengarlah?!
Okey, okey.. kalau nak lagi tunggu sampai miss ada mood baik cam hari ni tau.. :D

Itu sahaja untuk hari ni.. nak blogwalking! yeah~

-Miss Xyz-
Kudaku lari, gagah berani!

Sunday, July 3, 2011

Math Error

Assalamualaikum.. hey, buat apa tuh?

Teringin nak naiklah C:


Fuhh, finally online.. Dah siapkan homework Math dah.. Alhamdulillah..

Pagi tadi, sejuk & hujan bintik-bintik.. Rasa macam nak tidur balik. tapi, baru ingat...
Kalau tidur selepas Subuh, pintu rezeki tertutup
(if I got this wrong, tell me okay)
So, buat jelah the LAST homework yang miss ada iaitu MATH

First-first punyalah semangat kian membaralah konon..
Sekali.. COMPASSES TARAK! "Oh NOOO!" ni mesti kes tertinggal dalam locker ni... Ya Allah, camneleh lupa nih.. Nanyok ke hape? Then, miss soal siasatlah my abangs, "Ada tak compasses?"
Sebenarnya, kalau tak tanya pun miss dah tau, jawapanya tak lain tak bukan "TAKDE" -.-"

This thing is called compasses.. yeah, kerjanya kangkang untuk buat bulatan XD


Nasib baiklah, *resources miss adalah kedua terbesar dalam rumah, kedua selepas resources pertama terbesar di rumah milik Momah (Mama).*Fakta nih. Punggah sana, punggah sini.. Sekali jumpa 2! Wow! tak sangka resources aku banyak sekali! hahahahaXD yang sakit hatinya, lagi satu tu jumpa dalam pencil box je.. haishh.. buat penat je.. T.T

And then, cam biasalah sambung buat Math. Spoil mood aku. Banyak kali buat Math Error. Nasib baik dapat buat jugak-jugak.. Lega rasanya.. takde homework dah sekarang nih.. fuhhh~ *kesat peluh kat dahi

kisah mak cik bebel,
Miss Xyz

Saturday, July 2, 2011

Contest : Saya Blogger Kreatif

Assalamualaikum & helo helo semua..

Tekan gambar di atas! Untuk apa? Untuk tahu syarat tu semualah.. aiseh man..

Okay, miss mengaku, miss tak se-kreatif korang.. Miss main pakai join je contest ni.. tentang blog kak Atika eh..

Blog kak Atika ni :-

  • Comel, sedap mata memandang, sejuk perut ibu mengandung & daripada blog akak, kita tahu yang mungkin dia ni salah satu kipas (fan) BoBoiBoy di TV9 (dekat di hati) pukul 7.00 petang, setiap hari Ahad.. Camne miss tahu? cause I'm one of the 'kipas' jugak.. tapi cuma jarang tengok jelah..  hehehehe kantoi! ^_^" Lagi-lagi gambar cute Yaya :3
  • Kita boleh dapat banyak benefit baca blog akak Atika ni.. sebab..
- Ada info agama *PENTING! bagus apa mengingat-ingatkan sesama muslim bukan ke..

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
- Ada tutorial, senanglah sesiapa yang tak tahu camne nak adit blog or whatever
- Ada info-info yang kita tak tahu.. & lepas baca baru kita automatikly Ooooo

  • Load dia agak cepat.. Siapa yang pakai berukband takdelah terus tekan butang [X] kat tab.. Tak caya? Tengok bawah ni..
URL:http://atikaahmadiah.blogspot.com/
Load Time:0.5191 seconds
Page Size:88.15 kb
Kalau korang nak jugak, boleh lah pergi melepak kat sini.. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ... err?

  • lagi.. apa dia ek? yang penting blog dia mudah dibaca & mudah difahami .. Kita pun tahu apa mesej yang dia cuba sampaikan.. 

Tag 5 orang? Mak aii, mana nak cari lima orang nih? hentam sajalah..





Raihana (nama cam kawan misslah)

Okaylah.. That's all.. korang pun joinlah contest ni.. tak rugi sesen pun.. 


Friday, July 1, 2011

Me In Ten Years

Assalamualaikum & aluu~

Anta(awak untuk lelaki), anti(awak untuk perempuan), unta(nama haiwan kut) sihat semuanya? hahaha XD Ana(saya) di sini sihat sihat walafiat bukan wafat eh..

Bestkan hari ni, dahlah hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. 1st day of July pulak tu.. Alhamdulillah.. :]

Petang tadi pergi ambik report card. Yeahh, dapat nombor top 10.. oklah jugak... :> bangga arr tu? :p hehehehe, alhamdulillah... Ohh ye kembali kepada tajuk sebenar.

Pagi tadi miss fikir tak belajar, rupanya belajar jugak.. Alahai, cikgu tak busy ke? okay, okay, memang ada PMP. Tadi time English, cikgu BI suruh buat mind map tentang "Me In Ten Years" dalam masa 10 minit. Mana sempat doh.. So, semua yang miss buat tu hentam kromo je lah... so, bawah ni is the real one :) <-- ni kalau buat essay BI ni, confirm fail.. hahahaXD
ME IN TEN YEARS

- I want to be a ophthalmologist doctor
- I want to buy bungalow for my parents (if I was rich enough)
- I want to finish my study in medical course
- I want to work at famous hospital
- I want to memorized surah-surah in Al-Quran
- I want to buy my own car
(hybrid car Toyota or maybe other than that)
- I want to have my own laptop, so, I can update and upgrade my blog regularly
- I want to have a camera although I rarely use camera

Tu jelah kut.. Terima kasih kepada Google atas bantuan google translatenya.. hahaha, kantoi! BI pun miss B. Camnilah gayanya.. -.-"

Dalam kelas tadi cikgu suruh buat 5 je, tapi nape sekarang miss lebih-lebih ni? Apa pasal dalam kelas tadi miss tak terfikir nak tulis semua kat atas ni? hahaha XD Lu Pikirlah Sendiri :P

Alamakk! Esok ada Larian 1 Murid 1 Sukanlah.. tengoklah esok, miss pergi ke tak.. Ohh ye, hari Isnin cutilah weyh.. AWESOME!!! ni yang best ni.. homework ada 2 je. Wow! ni yang bertambah best (akunakbuat, akunakbuat, tapi tak buat-buat.. bak kata Rai, "Aku lempang kang" hahahaha X)

Sorry eh, post ni takde gambar.. ni pun bukan guna komputer. habis tu guna apa? Guna jari pun boleh.. (aku tahu, tak ikut kehendak soalan)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...