Friday, May 12, 2017

Menulis untuk May

Assalamualaikum & Salam cerios!


        Beri aku sedikit ruang untuk jari-jemari ini menari semula. Rindu betul nak menulis kat blog ini. Tapi kalau ikutkan, aku setiap minggu aku menulis cuma aku tak postkan kat mana-mana sebab oh well. Hari ini, aku nak listkan dengan cepat, gambar yang ada dalam phone aku secara random. Kisah bulan April, ditulis untuk bulan May.



Betul apa orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Ini kat Kg Tanjung Bako, tak jauh dari Unimas untuk program kesukarelawanan. Cantik kan? Tapi sejujurnya, kampung ini masih perlukan penjagaan kebersihan yang lebih tinggi sebab banyak penyakit boleh dapat kalau tak jaga kebersihan. Ha, mula dah aku membebel. 




Ini serum yang aku beli. Siapa yang gila korean skin care mungkin akan kenal serum yang famous ni. Setakat ini, nampak jugak perubahan. Kalau ikutkan, serum ini kena letak dalam peti ais. Tapi kat kolej mana ada peti ais??? Jadi aku bantai je, dan cuba habiskan dalam masa 3 bulan. 

Tahu tak, haritu serum ini tumpah, agak banyaklah jugak. Di sini tumpahnya duitku.



Dapat peluang melawat Cultural Village yang ditunggu-tunggu. Peluang ini pun dapat sebab masa itu, ada program pertukaran UKM-UNIMAS. Ini rumah orang Ulu. Tinggi kan? Banyak lagi rumah-rumah etnik lain yang kalian boleh melawat di sini. Siapa yang pelajar bawalah matriks kad untuk harga yang lebih murah. Sarawak Cultural Village area Pantai Damai. Lebih kurang sejam dari Kuching.





Kucing baru yang kat rumah tapi tak berpeluang lagi berjumpa sebab tak balik rumah lagi. Aku mampu picit-picit skrin je. 




Ramadan dah hampir tiba! Akak-akak yang tak ganti puasa itu tolong ganti. Ha yang lelaki yang ada tinggal puasa sebab-sebab tertentu jangan lupa ganti pulak. Ramadan kali ini, harap lebih bermakna, makin banyak ibadahnya, makin kurang dosanya, makin banyak Quran dibacanya. InsyaAllah, kalini aku bakal puasa penuh di Sarawak (dapat berbuka awal) ahaha gurau je. 


Image result for ramadan photography


Menulis sebelum discussion PBL
Padahal PBL tak siap lagi -.-'
Mana disiplin ni??