Showing posts with label kawad. Show all posts
Showing posts with label kawad. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Kita akan dapat hasil selepas kita BERUSAHA.

Assalamualaikum,
ada kaitan dengan entri berjela ni.

Peribahasa pernah mengata-ngata ;
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyai pun"
Kalau tak berusaha, manakan dapat hasilnya.


Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. <3 (apa jadah aku bubuh love ni?)

Secara officialnya Pertandingan Kawad Peringkat Negeri sudah tamat & dah dapat keputusannya. Keputusan dah umum hari Selasa. Tetapi, aku sengaja lambat nak umumkan sikit. Keputusannya agak memuaskan, kitaorang dapat nombor TIGA. Tiga je? Okaylah, sekurang-kurangnya hasil kitaorang selama ini takdelah sia-sia.

Terima kasih kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan yang bekerjasama dengan aku, dan guru-guru terutamanya yang sanggup berkorban masa, tenaga, wang dan air liur EMAS cikgu yang tak ternilai tu haa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak secara langsung {cehh, macam dah menang Olimpik plak.

Kawad memang ada banyak risiko. Risiko hitam, risiko pengsan, risiko sakit dan risiko penat. Tetapi risiko itu apalah sangat.

Tujuan post ini bukan nak MENUNJUK-NUNJUK tetapi nak bagi semangat kepada anda-anda supaya berusaha. Dan bagi semangat supaya korang berminat nak join mana-mana aktiviti kawad ;]


p/s : Hari Senin ni ada penyampaian hadiah. Nak tengok piala kita tak? Uish, mana boleh~

Sunday, October 23, 2011

Relaku berkawad

Assalamualaikum dan salam cerious,

--- Pembaca post ini memerlukan kesabaran dan ketekunan ---

Hari Sabtu ni, aku terpaksa mengorbankan masa cuti emasku dengan berlatih kawad kat sekolah. Takyah cakaplah macam mana feel dia sebab aku terpaksa tinggalkan bantal dan game aku semata-mata nak berkawad, BERKAWAD.

Aku berkawad LUAR BIASA sekali. Sangat luar biasa. Berbeza dengan kawad yang aku pernah masuk sebelum ini. Yelah, dulu kawad yang aku masuk kawad cincai a.k.a taik-taik ayam.

Apa yang luar biasanya?

Sorry ek, gambar ni dilukis oleh budak tadika TAK BERTAULIAH. Serius malas nak lukis cantik-cantik. Eh, aku kan tak reti lukis cantik? :O

1. Okay, untuk pertama kalinya, terulung kalinya. Aku berkawad bersama-sama PEREMPUAN. Kategori perempuan. Nasib baik perempuan tak ada yang GEDIKS GEDIKS. 

2. Pakai kasut ladam. Tak pernah pakai lagi sebelum ini. Nak tau feeling pakai kasut yang 'special' ini? Try sendiri maa..

3. Mungkin gambar yang ketiga ini korang tak ada idea apakebenda aku lukis tu kan?

Macam ini..
Bila kitaorang try test pakai kasut ladam dan berkawad, ada yang hentak kaki tak sama, apalah.. blaa3. Jadi cikgu yang ajar kawad (panggil cikgu bomba jelah senang) suruh kitaorang :

- ikat tali kasut dua-dua belah kasut ladam.
- gantung dekat belakang leher
- lepas itu, kawad dengan kasut ladam tergantung kat belakang leher
(aku kepit kat ketiak kasi lebih wangi kasut tuh! Muahaha!)

Dahlah busuk, berat pulak tuh. Hailaa, tahan jelah ;) Dugaan~

4. ***Pink = Ladies / Blue = Boys***
Haa, yang ini aku suka. Ye ke suka? Erm, sikit.
Best sebab main air dengan lumpur lecak tanah. Gabungan nescafe 3 dalam 1 tuh.

Cikgu bomba suruh kitaorang bukak kasut a.k.a kaki ayam (hakikatnya kaki aku kaki manusia) dan cikgu suruh kitaorang berkawad tanpa kasut dekat atas padang yang penuh "nescafe 3 dalam 1".

Budak lelaki berdiri belakang perempuan sebab perempuan punya kawad lebih bagus jadi cikgu kiranya nak jadikan kitaorang ini panduan gitulah.

Kau bayangkan budak lelaki SENGAJA hentak kaki kuat-kuat kasi percik-percik kat orang lain. Diorang main-main time kawad sampai entah keseribu keselatut kali kena ulang semula. Habis baju aku T^T. Haih, nasib kau ini laki kalau tak dah lama aku lempang.

------------------------------
Time balik aku suka. Boleh rehat kat rumah. Lepas itu, cikgu Anita offer tumpang. Rezeki jangan ditolak beb. Lagipun kalau tunggu lambat, lambat aku dapat tidur. lalala~



Doakan Aku & Mereka berjaya dalam pertandingan kawad hari Selasa ini tau ;)
korang kan baik.. aku bodek ni..




Okay, bunyi post ini macam aku ngada-ngada je kan? Tak adalah. Cuma share pengalaman. Aku tau korang punya pengalaman kawad lagi mencabar lagi advancedkan? Kalau ada ceritalah sikit. Nak tau jugak ohh..

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...