Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 29, 2011

ye, ye, sah ni entri Raya

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal yang kita rayakan,
Dengan rasa gembira.

(Lagu ni bersepah kut, haha XD)


Assalamualaikum.. | Wa'alaikummusalam |

Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Lepas ni, dah takde dah pergi terawih solat berhimpit-himpit, takde lagi berbuka beramai-ramai, takde lagi sahur bersama-sama, takde lagi moreh, takde lagi macam-macamlah..

And.. syaitan akan kembali dilepaskan, meggoda manusia.

Aku dah habis exam,memang boleh golek-golek, guling-guling time raya ni. Raya sakan pun aku ada ole-ole homework. Ole-ole paling 'best' kedua selepas duit raya :P

" Baju raya kau tahun ni warna apa? "
Baju raya tahun ni, aku warna hitam. Bukan nak berkabung okeyh.. Cool apa warna hitam.

" Kau balik kampung hari apa? Berapa lama? "
Aku balik first day raya. Empat hari je ;'( Tapi still bersyukurlah kan, dapat balik raya kampung jugak.

" Tahun ni balik mana? "
errm, Perak.

" Nak duit raya boleh? "
Takde duit raya, pelempang pun berguna jugak. haha XD, amboi.. takdelah, sampul je ada.. Nak? Nak?

Soalan atas ni memang random & selalu jugalah kawan aku tanya. So, daripada mengelakkan orang tanya aku lagi, aku bagi jawapan jelah kat atas ni. Yelah, ingat artis je yang boleh bagi kenyataan atas ni kat surat khabar? aku pun boleh lah~


Haritu, bermuka buku, kak Sabella berpantun pantun dengan aku. aku servis balik dengan pantun aku kat sini jelah..

Bagun pagi tak gosok gigi,
Bau busuk gerenti pengsan,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Kalau ada salah silap, tolong maafkan.
Pergh, betul ke ni pantun? Muahaha, taramkromoh sajalah!

SELAMAT HARI RAYA!
Untuk semua pembaca blog ini!


Maaf ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kakiku yang 'wangi'! Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati mana-mana, ter-annoyedkan korang tak semena-mena, merepek tak tentu hala, tergedik-gedik mengada-ngada.

Aku jugak nak mintak maaf sebab guna 'aku' untuk orang yang lebih tua daripada aku. Kalau entri dulu, aku guna 'aku' sebagai 'miss'. Pastu, rasa macam tak selesa, aku tukar guna 'aku'.

Ohh ye, sebelum berpisah, ada sesiapa tak nak bagi aku duit raya? haha XD Hati-hati di jalan raya, hati-hati main mercun di hari raya, kang beraya kat hospital menyesal pulak!

p/s : Aku dapat duit raya awal. Nak tahu siapa tuan puteri yang baik hati kasi aku duit raya? My daddy n my momma pun belum kasi lagi tau.
(Klik sini. Ini bukan iklan nuffnang ke, heartbeat ke, jangan risaulah wey)

p/s/s : Hajatku tercapai, akhirnya Chocolate Cornflakes menjadi! oh yeah. Sedaaapp! delicious! Nak ke? Buat sendiri ye :p

Sorilah, post ni aku tak dapat nak bubuh gambar, ada problem sikitlah. Cadang nak bagi kad raya, tapi kat entri lain jelah kut, InsyaAllah..

Monday, August 15, 2011

Muka cute hati legend *tau takpe

Assalamualaikum,
Home sweet home. Ketenangan yang dapat dirasai. Kebahagiaan yang semakin menghampiri. *hiperbolanya ayat aku.  About berapa jam tadi sampai rumah, baru sempat nak update. Kesibukan yang melanda diri *apa kena dengan minah ni hari ni :P

Baru balik dari rumah Tok Wan & Tok. Semalam pergi, tidur kat sana, petang tadi baru balik. Penat & happylah jugak melayan kerenah dua makhluk Tuhan yang cute tapi agak naughty ni.

Segar lagi tak dalam ingatan wajah-wajah innocent ni? Pernah terpampang kat entri dolu-dolu. Sekarang nak bagi refresh sikit.

Diorang ni, sehari kalau tak gaduh, tak sah! sehari kalau tak buat orang pening, tak buat orang derita, tak buat orang geram, tak buat orang gelak, memang tak sahlah. Standardlah kan kalau budak kechik buat perangai camni. Harap-harap time diorang besar jadi anak soleh & bertakwa. Amin~ InsyaAllah ;)


Sepatutnya entri atas ni post semalam, tapi sebab terawih, buat karipap, jadi tak sempatlah pulak. hehe ^^

Time raya nanti, aku teringin nak buat Cornflakes Chocolatelah. Dah berkurun aku teringin nak buat. (teringin nak buat ke nak makan :P)


Ginilah rupa Cornflakes Chocolate tu.. Nak resepi? Klik gambar je. 


Korang dah beli baju raya? Beli kat mana ek? Murah tak? Sebab aku belum beli lagi, jadi nak minta pendapatlah, bukannya nak minta duit. Tapi boleh gak, sekali untuk hari raya terus.. muehehe ^^




Tak terjangka

Assalamualaikum dan salam ceria! Bila aku baca balik post aku sebelum ni, aku rasa betul la.. kita memang tak tahu apa akan jadi.  Aku dah h...