Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Braces diary : Pakai braces


Salam Ramadan!

Assalamualaikum dan welkem ke blog gigi beshi.
Hehe.

Inilah warna braces aku yang pertama. 
Black.


            Kalau Orang Kaya Kaya (OKK) selalunya pergi pasang braces kat klinik swasta. Faedahnya, korang boleh buat braces dengan kadar terpantas asalkan korang hulur ching-ching! ($$$) Dan semuanya akan lebih pantas.



            Tapi aku adalah orang sederhana. Ibu dan ayah aku kerja kerajaan (Alhamdulillah untung masih ada kerja) jadi option aku adalah pergi klinik kerajaan. Tapi ingat, pelajar sekolah je boleh apply cara ini kalau rasa-rasa umur dah melebihi title pelajar sekolah, maaflah kena berbalik kepada cara pergi ke klinik swasta. Biasalah, kalau nak murah, mestilah lagi lama tunggu giliran pakai braces.



Appoinment pertama aku masa form 2. Bayangkan dah form 5 baru giliran aku pakai braces. Tapi masa proses menunggu itu, doktor bagi aku pakai retainer. Aneh bukan? Tapi eloklah buat something daripada tak buat apa-apa. Rujuk sini. 



Mula-mula pakai braces memang sakit. Korang hanya boleh makan soft foods like bubur, yogurt and whatnot. Tapi kalau korang jenis typical gagah perkasa macam seorang kawan sekolah aku ini, first day pakai braces boleh makan ayam goreng. Ayam goreng tu tau tak, kulit dahlah keras. Bagi first time pakai braces, even sayur pun dah dianggap keras. Gigi kami umpama bayi. *buat muka comel*



Dan, braces ada berus gigi khas. Nama dia, interdental brush. Nampak tak dia halus berusnya? Fungsinya untuk menyental dan menggelongsorkan segala kekotoran yuks yuks celah-celah antara  braces keluar. Awesome tak?


Actually, sesiapa yang tak pakai braces pun boleh guna Interdental Brush tau. 


Persoalan-persoalan famous tentang braces. Fakta atau Mitos?

1. Taknaklah, pakai braces nanti kena sambar petir.
MITOS. 

2. Magnet mesti melekat kat braces kan?
MITOS.

3. Eiii, braces nanti tak berkarat ke?
MITOS. 

4. Adakah braces akan dikesan oleh pengesan logam di airport?
MITOS. 

5. Adakah pemakai braces akan jadi pelat?
FAKTA.

Tapi tengok juga orang jugalah. Ada yang akan pelat bila sebut huruf-huruf S C X. Macam aku, Alhamdulillah aku tak pelat pun masa pakai braces. Bersyukur sangat sebab masa tu aku masuk bahas tau. Masa itu jugalah aku kena pakai braces. Kalau nak tunda, entah bila lagi aku boleh pakai braces.

For more and source, punch here. 


Akhir sekali,
selalunya kata orang,

6. Orang yang pakai braces ini nampak cute.

FAKTA ATAU MITOS?


Please cakap fakta. Please. Please. 


             

Kadang-kadang aku rasa, pemakai braces ini dah mengalahkan doktor gigi pulak. Kemain nauu, cerita pasal gigi. Macam aku, aku tak nak jadi doktor gigi. Nak jadi optometrist (mata). *gelak malu*
MITOS GIGI BESI, FAKTA GIGI BESI, BRACES, MITOS BRACES, ORTHODONTHICS, INTERDENTAL BRUSH, SWASTA KERAJAAN


*opps, trial dah dekat. Gulp.

Sunday, August 21, 2011

Aku pun ada sejarah giygiy

"Weyy, kau pakai braces ke? ;D "

" Hak'oh. ;) "

Assalamualaikum, jawabnya : Wa'alaikumussalam. haa, pandai pun.

Sudah lama tak bagi ceria ini blog, kau olang semua tak da rasa rindu ka sama gua? perghh, ayat serupa gangster. okay, enjoy-enjoylah baca entri, sementara aku nak bersihkan sarang-sarang, maklumlah spider dah bersarang dalam blog aku ni :p


nak tahu tak? Daddy titew kan dah beli angry birds ni dah. RM10 je XD ni yang nak bangga nih~

18/08/2011. Tarikh itu patut masuk & diblender secukup-cukupnya dalam kepala hot otak aku ni. Copp! Sebelum tu.. Sebenarnya, aku baru pakai appliance orthodonthic. Doktor kata kan, tu untuk bagi gigi yang senget benget berbelok belok ni teratur & bagi familiar kalau pakai breses sebenar nanti. hoo, gawat.


Inilah gambaran applians boleh tanggal ni.. Erm, macam braces gak kut. Tapi lain sikit.

Pakai appliance ni, yang susah nya, aku ni dah jadi semacam minah pelat. Nak sebut huruf 'S', 'C' & 'X' tak lepas kut. Sebut 'gengster' jadi 'gengshhsster'. Masalah lah camni kan. Tu belum air liur tersembur lagi. Tapi air luar aku tak sembur sembur, okay! Muleletu nak buat rancangan gelak beramai-ramai untuk aku.

Tapi aku rasa lama-lama masalah aku tu akan hilang. Sekarang ni pun, pelat aku dah semakin berkurangan. Practice makes betterlah kan. Tapi kalau aku buka applians ni, aku tak pelat okeyh? >.< Jangan salah faham, jangan salah sangka. Tak baik untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Ohh, ada lagi sebenarnya. Tapi aku bagitahu kat lain entri jelah eh. Khas untuk perkembangan gigi semasa :P

Till then, Got to study. Got to focus. Got exam 22 Ogos sampai 26 Ogos ni.
Tolong doakan aku tau ;) Thanks.


Monday, August 1, 2011

Pak Senin

Testlah mata korang still okay ke tak.



Assalamualaikum,

(ada sekolah cuti ek hari ni? >.< tak adil lah~)

Special tak special aku ni? Semua budak sekolah aku balik pukul 2.30 petang, aku balik pukul 1 petang. Special tak? hahahaktuih XD


Padahal takdelah special mana pun, aku pergi appoinment X-Ray gigi. Aku fikir kalau ada appoinment dengan doktor just cakap dengan cikgu kat kelas, then terus belah {sukahatiakuje} rupa-rupanya, kena tulis kat Buku Kebenaran Keluar Sekolah. Lepas ayah aku tulis-tulis semua tuh, baru pergi hospital. >erkk, semua benda aku nak cerita< *pengalaman kena tulis semua~

First time aku buat X-Ray kut ;)

Ni baru habis buat X-Ray. Smart kut "filem" X-Ray gigi aku. Senget-senget. Yelah, gigi aku kan senget. Nasib baik otak aku center, otak aku tak senget ok? Aku rasa fening-fening lalatlah, maybe X-Ray tu kut. Fakta mana aku jumpa? entahlah.


#Facty (khas bulan Ramadhan)

"Aku suka kira berapa jam nak buka puasa, sebab aku suka"

eleh, ngaku jelah, korang pun macamtu.. hekhek :P


p/s : ohh ye, baru je habis baca entri tentang kelebihan Solat Terawih, korang patut baca tau. Cubit sini~ >SELAMAT BERBUKA PUASA!< kiralah berapa jam lagi nak buka puasa :P

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...