Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Urat Tersimpul

Assalamualaikum semua,

Exam Math esok. Math takyah cakaplah wey, aku ni lemah sikit bab-bab mengira. Dengan otak aku yang dah berkarat sebab dah lama tak gunakan untuk math. Slow je buat kiraan.

Bila tak dapat jawapan. Aku dah rasa fed-up. Tapi aku ingat kata-kata ini :

"Orang yang lemah ialah orang yang MUDAH PUTUS ASA"


So, aku gigih gigihkan jugak even aku tak tau. Aku cuba banyak kali. Time ni aku tengah nak relax jap. Kepala otak aku cam pening sikit so, tengah stabilkanlah ini. Aku tengok kat fb, classmate aku semua tak online. Belajar math kut?

Semalam, aku and family aku makan ikan bakar sempena Birthday aku. Sedap. yums yums :3

Wednesday, October 5, 2011

Kesian kena amnes.

Asslamualaikum,
Sekarang ni musim orang nak study hard-die. Aku tengok kiri kanan atas bawah kat facebook aku semua cerita pasal PERIKSA PERIKSA P E R I K S A.

Aku rasa perkataan tu, semua orang fobia. Aku kan, kalau nak exam, aku rasa aku dah jadi semacam terkena penyakit amnesia. Aku banyak lupa formulae Math, experiment shiense, definisi2 agama, istilah2 kh, pengalaman2 sejarah.............. amnes sudah.


OKAY! TIME to I N G A T kan balik segala memori 'indah' aku bersama pelajaranku yang terchenta. eceh, sarkastik betul ayat. Sarkastik tu apa? Google translate kan adoo :p

Tuesday, October 4, 2011

Sudahle nasib nak buat camne...

Asslamualaikum,

Baru balik dari sekolah ni haa.. Baru habis exam kertas BM dengan PJK. Nasib PJK senang, pergh, PJK tu tak penting pun. Tak caye? Tanya semua budak kat sekolah aku. Tak taulah kalau kat sekolah korang kann. BM boleh tahanlah, tak shushah sangat. Ayat serupa shisha.

Exam akan didelayed and dibawa ke hadapan.


Bagusnya, aku boleh belajar. ("belajar")

Tak bestnya, tempoh exam makin lambat, sure adik aku gelakkan aku guling-guling. Ada aku kesah? Lagi satu.. exam sepatutnya HABIS SEBELUM BIRTHDAY aku. Tapi apa kebagus sangat nasib, exam time BIRTHDAY aku? No wayyy man. Tak pernah lagi dalam sejarah, aku stress time birthday aku. Sampai je tarikh birthday aku, aku rasa GUMBIRA walaupun aku rasa aku dah makin tua. Tua ke aku? -.-"?

Semalam pulak, doktor ketatkan besi kat applians aku. Sakit woouuu. Sebenarnya petang ni ada kelas KKQ. Tapi sebab gigi aku rasa tertekan and sakit sangat, tu yang aku tak datang tu. huhu. dahlah hari ni bincang apa yang nak masuk exam.

Tapi takpe.. aku dah tugaskan kawan aku yang tersangatlah amanah tolong catitkan apa yang masuk or apa-apa yang patut. Really counting on her.





okaylah FINE. Aku cuma nak lepaskan apa yang dibukukan di dalam dada je. Aku nak makanlah, lapoorrr bebenor. Pastu, nak "belajar". Oh ye, guys. Kerja kayu KH aku dapat dah markah nak tau? RAHSIA antara kita :p

Friday, September 9, 2011

Running out of time...

Update sesaja :
Aku baru tukar dashboard baru untuk blogger aku. Sebenarnya dah banyak kali sekodeng pasal layout baru nih, sekarang baru terlintas nak guna. Tak naklah ketinggalan zaman sangat.


Assalamualaikum,
How's school? Everything is not fine! Semuanya tak teratur sangat. Kenapa heh? Kenapa perlu awalkan Peperiksaan Akhir Tahun? Nampak sangatlah kan aku ni study hard time exam je. hoh -.-".

Time nak periksa, time tulah feeling nak main game > The Sims 3. Aku rancang nak kumpul duit banyak-banyak kasi kaya beli kereta, upgrade rumah and ohh ye, perlu ke cerita everything pasal game tu? haha XD

Cakap pasal running out of time,
Ada orang jugak senasib dengan aku iaitu kelassmet aku. Perlu ke citer? tak yah kut.. Malas aku nak catatkan semua benda temeh yang agak semak dan tak indah. Nanti aku jugak yang nak baca.

Today, aku bertugas. Ada yang TAK NAK DENGAR arahan aku. Aku ingat lagi cikgu pengawas kata "Kita jadi pengawas ni bukan untuk mengubah orang". Kalau korang berimaginasi tinggi, korang akan faham maksud ayat tuh. Ayat kejam pulak aku nih..

Tadi berfacebook for about berapa minit je. Serius boring online lama-lama kat facebook. Dayana balas messages aku.. Gud kawan, Keep In Touch and stay cute with me :P


p/s : Apasal aku guna bahasa rojak nih? Aku ni perosak bahasa ke? Sorry ye semua. Tapi ni lah dunia realiti. Aku rasa semua orang mesti pernah punya guna bahasa "perosak" ni dalam kehidupan sehariankan? Tak kiralah perbualan, persmsan atau perfesbukan.

Aku rasakan kalau Aida tak datang kelas jadi DIAM dan SUNYI. Macam rugi kalau ada dia, rugi jugak kalau takde dia. Macam pepatah.... okay, LUPA!

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...