Showing posts with label frust. Show all posts
Showing posts with label frust. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Urat Tersimpul

Assalamualaikum semua,

Exam Math esok. Math takyah cakaplah wey, aku ni lemah sikit bab-bab mengira. Dengan otak aku yang dah berkarat sebab dah lama tak gunakan untuk math. Slow je buat kiraan.

Bila tak dapat jawapan. Aku dah rasa fed-up. Tapi aku ingat kata-kata ini :

"Orang yang lemah ialah orang yang MUDAH PUTUS ASA"


So, aku gigih gigihkan jugak even aku tak tau. Aku cuba banyak kali. Time ni aku tengah nak relax jap. Kepala otak aku cam pening sikit so, tengah stabilkanlah ini. Aku tengok kat fb, classmate aku semua tak online. Belajar math kut?

Semalam, aku and family aku makan ikan bakar sempena Birthday aku. Sedap. yums yums :3

Tuesday, September 27, 2011

Surely I can't.

Assalamualaikum,

Hari ni, aku TAK NAK english english. Tunggu sampai mood tu hadir tanpa diundang. Hadir tanpa bagi kad jemputan. Aku ni memang melayu sejati.

Ye,
mungkin cuma 75% sejati. Aku tak boleh sangat cakap bahasa Inggeris ni. Aku tak pernah anggap bahasa ni bahasa penjajah, tapi aku rasa bahasa ni bahasa international.
(Bahasa Arab lagi dahsyat bukan setakat bahasa international, bahasa Al-Quran, bahasa Akhirat)

So, korang kiranya, faham jelah kan, kenapa aku post camni?
Ni tak lain tak bukan fed-up dengan exam English lah nih. Halamak aih. Essay tu aku geram. Air paling mahal (idea) takkeluar time exam. Semuanya salah aku jugak! Aku tak makan time rehat. Jadual pulak asyik-asyik tukar. Lempang kang?

Bukan setakat aku je, Amirah budak paling BRILLIANT pun setuju. Essay susah. Tapi, aku rasa dia masih ada chance, sebab isi dia banyak.. Aku sikit. Sab lagilah. Punya konpiden dia kata aku buat banyak je isi. Well, kau pandai English kan.. No wonderlah.

Dia boleh lagi kata, aku ni cakap je lebih, english susahlah, isi sikitlah. Nanti aku jugak dapat highest. Isy, ni pun aku rasa paling kurang pun aku dapat B! Ya Allah. Aku tak doa, tapi perasaan benci itu sebenarnyaa.. okay, stop.

Sab, Amirah and semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Aku tak marah korang. Aku marah pada diri sendiri. Tengah salahkan diri sendiri. Tak belajar bab essay. Aku cuma nak let go semua feeling yang tak bagus ni. Dapat menjejaskan periksa aku yang lain. Serius.

p/s : Aku harap bahagian essay minta-mintalah okey. Apa lah aku ni? Nampak sangat macam minta keajaiban. Teruk betul~ Mana usaha aku? Mana? Mana? huh!


Sorry ye guys! Ma'assalamah.

Wednesday, September 14, 2011

Hari yang.. erhh..

Assalamualaikum.


Complicated. Kadang-kadang life ni complicated. Kita kena tabah.

Tabah mengharungi hujan dengan berpayungkan baju sukan.
(tapi aku still pakai baju ; baju lagi satu).

Tabah naik bas. Tapi, takdelah pernah yang teruk sangat.

Tabah bila takde duit. (mak lupa kasi duit, takpe dimaafkan)

Tabah bila dah nak dekat Peperiksaan Akhir Tahun.

Ya Allah, kau berikanlah ketabahan kepada hamba mu ini.. Amin~ ;)
Kadang-kadang, aku terfikir. Banyak lagi orang yang kurang bernasib baik daripada aku.

Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah. Bersyukur kepada Allah. Praise to Allah.

Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...