Sunday, February 22, 2015

Kenapa nak Futher Study LOCAL?

Assalamualaikum & annyeong!


           Sejak ada whatsapp, berita scholarship/peluang melanjutkan pelajaran itu senang je pass pass dari satu group ke group yang lain. And, kalau ada yang sama batch 97, tak tahu sama ada korang boleh relate ke tak, diorang pernah hantar tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesiapa yang berminat untuk ke Jepun. Tapi biasalah, Jepun selalunya course engineering takpun berkaitan computer.


Ada kawan saya (tetibe saya) ini,  dia dapat pergi interview pergi Jepun itu. Wah wah, tapi dia jawab ala kadar je sebab dia nak jadi doktor. Pulak...


Ada sebab kenapa aku lebih prefer stay Malaysia tanah air-ku yang tercinta.
Sebelum itu, aku nak beritahu dulu apa cita-cita aku. Aku sebenarnya nak jadi doktor. Jeng jeng jeng. Mesti semua cam :


"alahai"
"aduh bosan asyik nak jadi doktor je"
"takde benda lain ke"
"kalau perempuan, mesti nak jadi doktor. Dah agak dah"
"ini mesti terpengaruh dengan FL" 




Well, kalau aku tak dapat jadi doktor, aku nak ubah haluan aku sikit, aku nak jadi optometrists. Sebenarnya kalau boleh nak je aku jadi doktor mata tanpa melalui proses pelajar perubatan yang penuh duri-duri tajam itu. Tapi dalam hidup ini mana ada benda yang mudah, tsk. Selamat tinggal bantal empuk dan masa lapang!


Tengok gambar sunbae-sunbae yang konvo. Bahagia betul, ahaha




Kenapa aku prefer stay Malaysia?

1- Mainly sebab family.
Ayah aku pernah cakap kat aku, takyahlah jadi doktor. Nanti tak ada masa untuk family. Tapikan, yang lawaknya, datuk aku memang support gila aku jadi doktor. Dulu, tiap kali datuk aku call ayah aku, dia akan cakap, "bagilah Aisyah jadi doktor." lawak pulak rasa ahaha. Sekarang, ayah aku pun setuju aku jadi doktor. Cuma, aku pilih Malaysia so, at least masa aku dengan family lagi banyak berbanding kalau aku study luar negara bertahun-tahun.


Maybe, sebab itu jugak kut aku tak mohon asrama. ?



2- Apa kurangnya universiti & suasana kat Malaysia?
Sekarang ini pun sistem pendidikan kita dah makin kompleks sampai nak terobek otak-otak pelajar. (Hiperbola yang disengajakan). Kalau kat Malaysia lagi senang nak adapt environment. Bahasa perantaraan pun tak ada masalah. Makanan (ini penting!) pun senang nak cari. Cakap je, nak makanan timur, barat, selatan, utara, barat daya, tenggara? Ngomong aja, semuanya ada!



3- Senang nak cari kawan
Kat Malaysia ramai kawan. Cuma tak confirm lah itu kawan susah senang ke tak, opps. Cuma yang jelesnya, selalu yang pergi overseas sama-sama bonding friendship itu lagi erat.



Apa-apa pun, aku tak boleh terlalu melulu cakap benda yang tak pasti. Ini belum tentu lagi aku dapat diterima ye dak? Macam mana kalau aku terpaksa berjihad belajar kat luar negara sebab dalam negara tak nak terima aku? Nauzubillah.


Kalau itu takdirnya... 
Aku terima. Sobs.
Biarlah niat study untuk Allah.



Awak-awak semua rasa camne? 
Study Malaysia ke overseas jadi pilihan? 



(aku nak gi obersi untuk melancong je, tak nak stress-stress ahaha)


21 comments:

  1. setuju..nak gi overseas utk travel jer..tapi orang kata sambil belajar boleh travel sekali lagi best..macam mana pulak tu aduhh pening-2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha, betulah tu. selalunya orang gi study overseas, peluang dia nak travel mmg tinggi. Mcm kalau dia study kat ireland, nnt diorg boleh gi trip pergi australia dll dgn geng study kat sana. Huhu

      Delete
  2. jgn kata study luar negara, yg dlm negara tapi bajet mcm oversea merentas laut china selatan ni pun dah rasa susah jugak. huhu. main reason family lah, bila fikir balik, org tua bukan muda lagi. yelah dah nama pun org tua kan.. kalau ada hal emergency, bukan senang macam kelip mata nak balik.. takut nanti tak sempat balik jumpa itu yg akan makan diri jadi penyesalan smpai bila2.

    tapi kan yg penting niat. kalau dh betul tekad nak belajar.. kat mana-mana pun boleh berjaya jugak. kalau niat dah terpesong kdg2 tak boleh jadi jugak. byk pros and cons nya ni, kena fikir masak2.. *alamak cm panjang je komen. hiks*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep betul2, sayang kat family punya pasal
      Takpe panjang2, lagi suka baca ahahaa

      Delete
  3. reason no 1 tu terbaikkk...bagi Sha family no 1..salute! hehe..anyway singgah sini blogwalking...1st time jejak sini..heeee..done follow #1530 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family comes first <3
      Ooh first time dtg sini.. Welcome to weirdland

      Delete
  4. Sebenarnya dua2 ada kebaikan kan.. Hmm, kalau study local macam yang akak list kat atas lah.. Kalau study oversea boleh kenal culture baru, boleh independent, boleh kenal dunia baru. Tapi tu lah.. Risau juga kalau jauh2 dengan family ni. Kalau jadi apa2 susah..

    ReplyDelete
  5. study oversea memang nampak best. tapi kalau homesick camne nak balik. hahaha. :D
    kalau kat malaysia ok je sebab dekat2. :D

    ReplyDelete
  6. study oversea la best ! sebab, 1) kita boleh belajar berdikari 2) dpt pengalaman di negara org 3) dapat travel ! zaman belajar la syiok travel. haha.. ehem,, dia ke yang pergi interview study dkat jepun tu.. ehem ehem..

    ReplyDelete
  7. hehehe. dulu masa kekecik memang teringin sangat nak belajar kat luar negara. tapi bila dah besar ni, rasa cam lagi best kalau dapat sambung belajar kat malaysia je. lagipun ayah tak kasi nak pi sambung kat luar negara T^T good luck ya nak jadi doktor! saya pun, insyaAllah kalau ada rezeki nak jadi physician ^^

    ReplyDelete
  8. M too, nak pergi oversea untuk travel holiday je. :p

    ReplyDelete
  9. Nak belajar local je. Oversea takut. Takut naik kapal terbang. Hahahah XD

    ReplyDelete
  10. alamak..mcm mana nak komen ehh...dulu waktu belajar sis JM kalau boleh nk futher study di obersea coz nak cari enviroment yg lain...cara pembelajaran yg lain dari msia tapi niat tak kesampaian coz result tak bagus...then skrg hanya mampu travel je ke oversea itu pun penat lelah jg kumpul duit utk travel...so it depends on you Aisyah...perlu buat desicion sendiri which is better to you ..tapi kalau boleh di putar masa ke zaman sekolah dulu sis JM akan pilih belajar di obersea heee

    ReplyDelete
  11. Teringin nak sambung belajar kat oversea >< Tapi parents suruh study local je and kalau boleh dalam negeri or sebelah negeri je, parents tak bagi pergi jauh2.. Alahai, penyayang betul parents saya ni.. haha XD

    ReplyDelete
  12. mana mana study pun ok je sebenanrnya. yang penting niat kita nak cari ilmu lillahi taala. ^^

    ReplyDelete
  13. hasben akk sdg study juga... akk suka hasben sambung di oversea... sebab akk tak pernah travel di oversea... huhuhuuu... tapi, apakan daya... hasben akk macam awk juga laa... family 1st.. so study di Malaysia saja laa... akk sebagai wife mithali.. ikut aje laa... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Study mana-mana sama je. But Allah knows best :)

    ReplyDelete
  15. Apa yg Allah rancangkan itulah yg terbaik utk kita.Tak kisah la dlm atau luar negara.Yang penting menuntut ilmu.Good luck for your spm result.Lagi 7 hari.Rasa macam semalam jer ambil paper ekonomi asas.Fighting batch '97.

    ReplyDelete
  16. ehehehe ni eden tngh fkir jgk nak sambung bljr kat mna.. kita sma bacth ahh xD

    ReplyDelete
  17. Baguslah kalau ada pemikiran macam ni. At the end of the day, semuanya bergantung dekat diri kita sendiri. Do whatever that makes us happy.

    For me, I prefer to further my study abroad (alhamdulillah, memang rezeki di bumi orang). Kalau nak buat masters pun rasa macam nak buat luar dari Malaysia. Mungkin sebab dah terbiasa dengan sistem pembelajaran dekat negara orang sampai takut nak belajar dekat negara sendiri. hehe.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...