Sunday, February 15, 2015

Kenapa TAK guna Instagram?

Assalamualaikum semua,


      Hiks.
Memandangkan aku tak nak tinggal habuk bertebaran kat blog aku, jadi terpaksalah aku hidang idea yang tak semegah dengan header yang simple macam masak maggi. Rasanya, header sebelum ni lagi stylo kut? Tapi, takkan nak guna header SPM 2014 sampai bila-bila? K, melalut banyak lak. 



Zaman sekarang siapa tak kenal instagram?
Siapa tak kenal apps yang ada beribu-ribu gambar cowok-cowok henseng dengan cewek cewek manis drop dead gorjes. Walaupun hakikatnya banyak yang disaluti dengan make-up 360, touch-up filter dengan lighting mengalahkan studio artis. Kay, tak baik perli orang kan? ahaha, jangan terasa ye, gurau manje je.



Why I didn't use instagram?
This is why.

1. Biasa, ayat cliche. Aku sedar muka aku biasa-biasa je
2. Aku tak suka sangat bergambar.
3. Aku ada beberapa jerawat sukar hilang
4. Aku tak suka effect 360
5. Aku tak ada camera yang elok
6. Aku risau insecure tengok gadis-gadis cantik tsk
7. Kalau ada laki ngorat cane? Puih
8. Aku tak ada barang untuk dijual
9. Aku tak banyak travel
10. Aku selalu makan nasi dengan telur dadar (takkan nak post tu je kut tsk)



Saya tahu, (tetibe saya) instagram ini bukannya 99.9% tak bagus.
Ada orang gunakan instagram untuk berdakwah, ada orang gunakan untuk mencari rezeki halal, ada orang gunakan untuk mengeratkan silaturrahim, ada orang gunakan untuk ajar resepi masakan. Yep yep, tahniah sebab berjaya gunakan kemudahan yang ada untuk kebaikan.


So, beringatlah,
Tak kisah, instagram ke, mukabuku ke, tumblr ke, wechat ke, apa-apa jela, sebelum post GAMBAR, KOMEN, LIKE, RATE, HEART, REBLOG, RETWEET, fikir dengan rasional sesuai ke tak sebelum letak okey? For sure, ini semua untuk kebaikan korang semua sendiri. Takkan kebaikan iolls pulak kan?




P/s : Sebenarnya aku ada blogstagram tapi privated punya. Nak tahu ke? Tokleh! :p Matang betul perangai kan? Ahahaha




14 comments:

  1. dulu kite main upload gambar je, tak fikir. dulu la dulu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh, takpelah, yang penting siapa kita skrg, tak gituw?

      Delete
  2. hampir semua sebab sama dengan saya haha atau lebih tepat lagi tangan tak berseni nak amik gambaq lawa2 selfie pon tangan gigil hahaha

    ReplyDelete
  3. yeap instag ada kelebihan ada kekurangan, prons and cons gituwww :p

    ReplyDelete
  4. Saya pon tak main instagram :3 tengok banyak selfie je. yg saya aktif fb and blogger saja. myspace pon dulu sgt aktif tapi apakan daya. myspace sudah berkubur lama. RIP myspace.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah ada Instagram =) Dah delete dah akaun tuu. Heeeeeeee =)

    ReplyDelete
  6. bagitau la blogstagram tu...nak tau jugak......

    ReplyDelete
  7. Ahahaha, okeylah, sebenarnya blogstagram tu camni :

    Blog + Instagram = blogstagram
    Kiranya, blog yang letak gmbr. Tapi saya privatekan, haa gitu

    ReplyDelete
  8. wow nice. hheheh. terpulang kepada individu tersebut nak gunakan social network tu macam mana.. kena ingat, jangan salah gunakan je..heheh
    blogstagram... blog yg letak gambar sahaja yeee.. (:

    ReplyDelete
  9. Saya pulak tak ada instagram sebab saya sama dengan yang nombor 2 tu. Saya tak suka bergambar sangat. Kalau selfie pon boleh kira guna jari. Hihi.. Lagipun saya rasa macam tak tahu nak buat apa kalau saya ada instagram pon.. :D

    ReplyDelete
  10. Ada instagram tapi dah deleted semua gambar. Tak tahu kenapa. Rasa macam nak upload dekat blog je. Lagipun, masa buka blog balik, memang niatnya nak letak gambar dengan caption yang tak berapa nak berkaitan sangat dengan gambar. ehehe

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...