Thursday, April 30, 2015

Handphone Distraksi Terbesar

Assalamualaikum & aluu~


Handphone generasi ketiga, passing baton dari abang 1 ke abang 2, dan akhirnya ke aku. Kenapa aku cakap akhirnya ke aku? Sebab tak mungkin adik aku yang dapat iPhone 6 nak handphone ini. AHAHA (gelak simpati)



Handphone ini, dia memang ada masalah battery. Kalau battery tinggal 12% tup tup boleh je jadi 0%. Dan, kalau sesekali handphone ini nak beramal dengan tuannya, dari 68% boleh jadi ke 72% (dengan syarat tak guna phone). Tak kurang jugak, ada hari-hari malang kalau aku tak sentuh phone pun, dari 100% jadi 75%.

Itu belum cakap time phone ni kadang-kadang jammed atau keyboard asyik tenggelam.





Tapi,
Apa-apapun, phone ini memang tahan lama. Rasanya phone ini dari 2009. Believe me, phone ini dah jatuh banyak kali. (Dan ada beberapa kali aku campak phone ni sebab geram - emotional attack - panas baran tetibe). Aku bukan jenis panas baran, but when I do... AHAHA.






Kalau aura marah camni dah mula merasuk tubuh, berhenti kejap ambik wuduk / basuh muka.

Api kena dengan air dia kalah.



Benda yang aku paling suka dengan phone ini sebab dia ringan dan boleh dikatakan nipis. Bawa phone kat sekolah, memang cikgu tak perasan. Kadang-kadang aku fikir phone aku hilang, rupanya ada dalam poket AHAHA.


        Walaupun, phone ini problem, aku dapat masa tahun lepas, tahun SPM. Kiranya, ini handphone tercanggih aku pernah guna AHAHAHA. Aku leka. Masa ini, aku aktif betul, Tumblr, Pinterest, Sudoku. Tapi, lepas habis SPM tak aktif pulak semua benda ini.





Ada alternatif lain, supaya kita tak leka dengan handphone :



  1. Download apps "Locker for study". Apps ini boleh setkan jam & apps mana yang kita nak lock (especially Twitter, Insta, Whatsapp). Aku pernah tersetkan 8 jam tanpa whatsapp. Ye, bayangkan penderitaan aku.                                                                                                                      
  2. Switch off phone & letak jauh-jauh. (Jihad terbesar AHAHA)                                                                                                             
  3. Download apps Timer (yang bagi reminder) untuk hadkan masa kita dengan handphone.                    
  4. Download apps Waktu Solat supaya korang sedar waktu solat dah masuk, hah apa lagi, pergi solat. (Untuk Muslim)                                                                                                                                        

Masa kita study, phone akan jadi 200 kali ganda menarik. Aku, walaupun dah setkan locker for study itu, tapi still aku boleh lagi 'berjalan-jalan cuci mata' kat Apps Store. (Sebab apps store tak boleh di-lock). 



Apapun, 
Jangan salahkan phone kalau diri sendiri yang malas study. 
#EdisiAyatSentapHariIni



P/s : Benda yang paling aku regret tahun aku SPM ialah masa aku dengan handphone. Untuk bakal-bakal SPM semua, ikutlah cara aku leka dengan handphone kalau nak diri sendiri merenung jauh teringat masa lampau yang tak boleh diubah. 


 Oh! Dan Guru-App ialah apps PERLU download untuk pelajar SPM. Baik kau habiskan masa kat situ, dari merawang-merawang apps lain yang tak sepatutnya. 



Friday, April 24, 2015

HonestReview : Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash

Update 2016 :
Saya tidak lagi menggunakan Hada Labo


Assalamualaikum & aluu..


       Perasan tak aku jarang update blog April ini?


       Perasan tak blog ini macam menghampiri ke arah beauty blog?


So,
9 April yang lepas, aku telah membeli satu produk Hada Labo dengan kawan aku setelah kami buat beribu-ribu research tentang produk lain, antaranya, Simple, Oxy, Cetaphil, Tony Moly, AG2000 & Skin Food. Actually, nampak sangat propa beribu-ribu. Aku juga dah tanya beberapa kawan aku, tentang produk yang diorang pakai. Dan, aku telah memalukan diri dengan bertanya dengan seorang akak senior kat fb apa produk yang dia pakai. Seen tapi tak dapat reply. Oh well.


Jadi, aku dengan kawan aku nekad nak beli Hada Labo ini.


Actually, Hada Labo memang tak ada status Halal, tapi dalam web mereka kata, produk mereka memang bebas from animal extract. Hopefully, semuanya suci. Tapi kalau nanti heboh Hada Labo tak halal, sure, aku tak akan teragak-agak untuk cari pencuci muka lain.





Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash




Bagi aku,
Lepas cuci muka dengan Hada Labo, kulit rasa bersih sangat. Rasa 'clean after effect'. Tak ada rasa muka milky/berminyak lepas guna. Masa mula-mula pakai kulit jadi kering semacam, tapi dah lama-lama dah okay, tak ada kulit kering dah. Actually, lepas pakai pencuci muka kena pakai moisturizer. Hada Labo ada jual lagi satu produk panggil lotion tetapi dia sebenarnya moisturizer/toner.


Tetapi, saya tak beli produk itu sebab entahlah macam risau pakai moisturizer masa ada jerawat AHAHA. K, sebenarnya rasa macam tak cukup duit masatu kahkahkah. Tapi kalau tengok review dalam kebanyakan blog, semua suka dengan lotion itu.



Harga : RM22.90 (exclude GST)


Harga dia berpatutan. Untuk packaging macam ini, rasa tahan 3-4 bulan (bergantung kepada cara seseorang pakai).




Picit banyak ini pun dah cukup untuk satu muka. (even ada lebih)




Hada Labo ada banyak jenis pencuci muka. Gokujyun, Tamagohada, Shirojyun dan ada beberapa lagi (nampak sangat pemalas nak cari). Memula aku dengan kawan aku dah naik pening nak pilih mana satu. Dahlah masa itu kena cepat nak balik. Last-last, kitaorang buat keputusan cari porduk yang tiada ingredients "Paraben". 





Ingredients of Hada Labio Deep Clean & Pore Refining Face Wash


Yang best, Hada Labo ini free fragrance, colorant (pewarna), alcohol & mineral oil. Bebas mineral oil okay! Kalau muka berjerawat, elakkan produk yang mengandungi mineral oil.


Okay, berbalik kepada isu "Paraben", ia sebenarnya pengawet untuk produk tahan lama. Tapi tak bagus untuk kesihatan (boleh google). Tak pasti kalau produk yang kitaorang beli ini betul-betul tak ada paraben atau dia tipu atau dia guna bahan lain untuk mengekalkan produk tahan lama. Saya pernah baca Paraben boleh menyebabkan fast-aging, tak pasti dah dibuktikan secara saintifik atau tak.


Yang pasti, kita semua takut dengan perkataan fast-aging itu. Terutamanya perempuan ahahaha.



BEFORE
8 APRIL 2015





AFTER 
24 APRIL 2015


Jerawat dan minyak makin berkurang. Jerawat masih belum pulih sepenuhnya. Tapi dah kurang sebab kulit bersih. 




Produk yang aku tengah guna. 

Dari kiri : Floral mask, Hada Labo, Magic Jelly.

Semua DAEBAK!




Kawan aku yang beli Hada Labo sekali itu, Rai. Mesti dia kembang masa baca ini sebab aku femeskan dia. So, dia tanya aku, 

"Kalau pakai Hada Labo ini, lama-lama blackheads & whitehead berkurang tak?"


Aku jawab, "Tak tahu, sebab aku guna floral mask. Dah tak ada blackhead dah. Walaupun muka aku berjerawat tapi pores aku kosong" (maksudnya bersih). 



Sesiapa nak order floral mask, boleh tengok non private ig : @floralmasku.
Pakai seminggu sekali je, tak susah pun caranya.

Harga RM39.90 + Postage 10 SEN SAHAJA! 








Wednesday, April 8, 2015

5 sen? 10 sen? Tak pandang pun

Assalamualaikum & aluu..



        Serius, seriously.

Kalau dulu, nampak 5 sen kat tengah jalan atau tengah jalan-jalan tetibe 10 sen jatuh dari poket (poket berlubang kahkahkah) aku akan buat tak tahu dan teruskan jalan. Takpun, kalau masa tunggu kat bus stop, kan kalau 10 sen jatuh sampai ke jalan raya aku just pandang.. Keluarkan lagi 10 sen dari poket.


Masa itu memang tak pandang langsung!



Amboi, diva betul Llama ini.



Sekarang ini, 1 sen pun berharga untuk aku.
Actually, sekarang baru rasa faham kenapa Rasulullah s.a.w menggalakkan untuk menjalankan bisnes. Bila kau mula berbisnes, sebenarnya ada banyak cara untuk kau dapatkan keuntungan. Sama ada cara itu baik atau sebaliknya. Kalau nak rezeki melekat lebih lama kerana lebih diredhai Pencipta, lebih baik guna cara halal so rezeki yang dapat kat kita itu diberkati, ecewah.



And...
Semalam aku baru terfikir yang sebenarnya sifat Rasulullah s.a.w bukan sahaja boleh apply untuk kehidupan seharian / dakwah dan sebagainya. Tapi boleh guna untuk berbisnes jugak.


Siddiq (bercakap benar)
    > Bercakap benar dengan produk atau barang yang dijual

Amanah (jujur)
    > Jangan songlap duit atau menipu pelanggan

Fathonah (bijaksana)
    > Bijak merancang strategi bisnes

Tabligh (menyampaikan)
    > Memberitau orang ramai tentang barang yang dijual



Rasa nak huraikan lebih lanjut tapi macam tak sesuai dengan tajuk post pula. But you get what I'm talking here? Lagipun aku bukan jutawan, mana layak bagi tips-tips berniaga.


Apa yang aku nak cakap, 10 sen atau 5 sen atau 1 sen sekalipun, duit itu masih ada nilai. Kalau tak cukup 5 sen untuk pos barang ke seluruh Malaysia, takkan dapatnya barang diposkan. Kalau tak cukup 10 sen masa bayar tol, sampai bila pun kereta tak dapat lepas palang puaka (ish macam jahat pulak sebut puaka) yang ada kat tol itu.


Even, pengasas floral mask sendiri pernah sampaikan apa yang dia dengar dari Dr Azizan alah yang selalu bagi talk untuk usahawan itu..


Dia kata,
Kita jangan sombong dengan rezeki yang Allah beri.
Walaupun 10 sen, itu tetap rezeki yang Allah beri kepada kita, dan tolonglah hargai.
Kalau duit 10 sen jatuh itu jangan SOMBONG untuk kutip duit yang jatuh itu.


Lebih kurang gitulah pesannya.
(kecuali kalau duit syiling jatuh dalam lubang paling dalam ke, yang boleh membahayakan diri kita untuk mengutip duit syiling itu, takpelah. Mungkin bukan rezeki kita.)





P/s : Ai charge 10 sen je untuk postage ke seluruh negeri Malaysia untuk Floral Mask. Jangan lepaskan peluang ye! 




Masih menunggu blogger untuk order floral mask... 



Thursday, April 2, 2015

Floral Mask - One Step to Flawless Face



"Flawless tak muka I?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


            Aku paling jeles kalau nampak orang yang kulit flawless ya ampunn~ Gi mana ya bisa flawless gitu? Lagi-lagi kalau yang flawless itu lelaki. Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa muka kita boleh timbul jerawat. Sebab tidur tak teratur, pemakanan yang pelik-pelik, banyak toksin dalam badan dan yang paling utama sekali..


 Pori-pori tersumbat.



Pori-pori ini macam lubang-lubang kecil yang ada pada muka kita. Selalunya, orang yang tinggal kat kawasan sejuk, pori-pori muka lebih kecil berbanding tinggal di kawasan panas. Ya, dah faham bukan kenapa orang Korea kebanyakkannya muka flawless (walaupun diorang pakai banyak produk kecantikan). 



Pori-pori ini selalunya tersumbat dengan BLACKHEAD & WHITEHEAD.


Okay, saya mengaku saya dulu noob sangat. Saya ingat bintik-bintik hitam itu blackhead, bintik-bintik putih itu whitehead. TIDAK SAMA SEKALI! Muka saya kebanyakkannya blackhead yang tumbuh, sobs sobs.




Dulu saya terpinga-pinga, ingatkan komedo itu nama haiwan. Takpun yang saya tahu tornedo. Rupanya pasal muka pun ada komedo -..-



 #TAHUKAH ANDA?
Blackhead ini komedo terbuka. Blackhead tak selalunya hitam. Boleh jadi warna putih atau kuning. Warna putih itu sebab dia belum teroksida. Kalau blackhead putih dah teroksida akan bertukar warna jadi kuning/hitam.


Contoh blackhead
(Rasanya paling susah nak hilang kat dagu)




Whitehead ini komedo tertutup. Whitehead buat kulit terasa kasar dan ada benjolan-benjolan kecil. Kalau bakteria membiak, boleh jadi jerawat. 

Contoh whitehead




APA PENYELESAIANNYA?



Yang ni? No. BIG NO NO.



Apa kata cuba floral mask?




Tara~ 
Ingat tak dulu blogger-blogger femes pernah buat review pasal floral mask? Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Fatin Suhana, sebenarnya ramai lagi. Tak kurang jugak Izzue Islam pun pernah guna floral mask ini!





FUNGSI PRODUK :

*melindungi kulit dari pencemaran
*lembut tanpa menipiskan kulit
*EFFECTIVE UNTUK MENGHAPUSKAN bintik hitam & kekotoran yang degil *MENGAWAL MASALAH KULIT muka berminyak !
*MENYAH TOKSIK PADA WAJAH yang jadi punca jerawat
*SANGAT DI GALAK KAN UNTUK KULIT muka sensitif & berjerawat


7 BAHAN AKTIF PRODUK :

terdapat 7 bahan aktif yang berfungsi untuk membersihkan serta mencantikkan kulit anda
* Mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam
* Vitamin A, B3, C, E untuk merawat kulit jerawat dan jeragat
* Q10 berfungsi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan
* HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi UV


KEISTIMEWAAN UTAMA PRODUK

Mask ( peel off) yang berwarna 'purple' dengan haruman lavender merupakan satu - satunya dalam pasaran Malaysia

99.99% pasaran mask Malaysia harini adalah mask berwarna hitam atau putih dan tidak mempunyai sebarang bau. 





Review sendiri,


       Ini masker pertama yang saya pakai, sebelum ini tak pernah pakai yang lain. Floral mask ini kena ikut step dia, baru berkesan dan kena konsisten pakai setiap minggu sekali supaya blackhead & whitehead dapat dibuang. 


Lepas tarik floral mask, kulit rasa lembut sangat macam kulit baby. Jerawat pun mengecut. (Yang ini serius tak tipu okey). Kadang-kadang, kalau geram sangat dengan jerawat, malam-malam saya letak floral mask kat tempat-tempat berjerawat. Best tidur dengan bau lavender. Esoknya dah kecut! 


Tidaklah saya berani berkata-kata dusta.









Buat apa pakai masker yang lain, kalau dah ada floral mask yang siap ada collagen, bau lavender lagi. Biar purple sementara, flawless selepasnya!




P/s : Sebenarnya, ini bisnes yang aku tengah usahakan. Mesti korang rasa entri ini penuh dengan ayat-ayat manis kan? Ahaha, entri ini aku dah buat tawar habis dah ini. Macam dah tak ada rasa dah. Sebab seboleh-bolehnya, aku nak jujur dengan apa yang aku jual. Sudi tak awak membeli? 


Other links :-

Sumber inspirasi post whitehead dan blackhead - Here
Untuk makluman lanjut pasal floral mask click here and here


Do follow my blogshop dan igshop (yang dikongsi bersama kawan). 


Oh ya, GST tak dikenakan kepada customer! (ini bukan ting tong tapi kenyataan)


"Biar purple sementara, flawless selepasnya."

Jom beli? >.< Kesian kawan aku jadi model ni.
Kawan aku pengguna dherbs dan floral mask.




Berminat? 
Boleh wsapp/sms - 0182070322
Kalau Sabah & Sarawak nak mintak kurang harga, boleh runding. 
Siapa yang overseas pun boleh.
Dapat saya belajar cara pos ke luar negara ;)