Thursday, December 24, 2015

2015 : What a year!

#Edisi-hitam-putih #Edisi-tanpa-gambar


Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul!


        Dah selawat? Jom jap?
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad, wa a'la sayyidina Muhammad.


Fuh fuh fuh, alhamdulillah.
Tinggal baki beberapa hari saja lagi nak menuju 2016, aku masih lagi dalam keadaan tak boleh terima kenyataan yang aku akan menuju ke arah kedewasaan. Atau maybe, young adult. Ke belum lagi? ke aku masih rebellious teenager?


Ini adalah fasa-fasa aku semasa tahun 2015.


January - May
       Ini adalah fasa 'lifeless', fasa yang aku menghabiskan banyak masa di rumah, dalam bilik menjadi vampire, menjadi ummah yang tak menjana bangsa, sambil-sambil itu aku mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes online. Waktu ini, tak perlu kira berapa banyak drama / movie / anime yang aku dah tengok. Dari Korea ke Jepun ke Melayu ke English ke Thailand. Masa ini jugak aku asyik keluar dengan gegirls lain untuk main ice skating.

Dan, fasa ini fasa aku tension sebab tak tahu nak belajar kat mana. Seriously, korang yang dah habis SPM nanti taulah rasa dia camne. Rasa macam kau risau sangat masa depan kau.


June - July
       Mula masuk belajar. Mula kenal orang dari seluruh pelusuk negeri. Yelah. sebelum ini, aku dari tadika ke sekolah menengah kat area sama je. Tak berkembang langsung ahaha. Mula kenal usrah dan tarbiyyah. Aku mula mengenal negeri bumi kenyalang dan bahasa-bahasanya. Walaupun sikit, tapi adalah jugak tambah vocab kamek dalam kelakar (cakap) Sarawak.


July - November
Dah mula dah busy, tapi ada jugak jalan-jalan kat Sarawak dan pergi appoinment gigi. Mula kenal rasa macam mana berpuasa jauh dari keluarga dan camne nak handle masalah besar tanpa merisaukan orang lain. Dah kenal rasa kesunyian masa hari raya korban dalam bilik makan biskut kering dan baring atas katil cuba untuk mimpi perkara yang indah. Fuhh, awal bulan November akhirnya aku pulang sebulan ke rumah untuk cuti semester 1.


Sedar-sedar dah Disember guys!
Aku pun datanglah ke Sarawak semula , untuk mula semester 2.


Summary untuk 2015,

2015 bagi aku peluang dan pengalaman yang sebelum ini aku takde. Dan, Allah bagi peluang untuk aku membesar tahun ini. Membesar dari segi kematangan mental, kalau dari segi fizikal nampaknya, badan aku dah mula berhenti proses pembesaran.




Q : So, how's your 2015?


Monday, December 14, 2015

Driving and fear!

Assalamualaikum dan salam ceria!




          Ye, aku di sini menaip sedangkan sepatutnya malam free ini aku patut isi dengan belajar atau simply tidur selepas sepetang aku menghabiskan masa melawat FSPK. FSPK itu apa? Fakulti sains perubatan dan kesihatan. Ingatkan nak tulis pasal itu, tapi macam tak banyak gambar diambil so, lupakan jela! Lawatan tanpa bukti gambar macam sia-sia tulis dalam blog ahaha. Tengoklah kalau rajin nanti eh..


- Sesi bebelan tamat -
*****************


        Perasan tak post popular aku pasal lesen JPJ. Uhuhu, ini aku nak habaq mai. Aku tak pernah anggap memandu kereta itu macam satu benda yang aku teringin sangat-sangat. Aku anggap memandu kereta ialah SATU KEMESTIAN dan SATU KEMAHIRAN yang wajib semua orang ada. Sebenarnya, pemikiran aku salah. Tak ada lesen pun bagus jugak sebenarnya. Kau boleh suruh orang jadi driver.


Memandu kereta ini satu kemewahan. Pakai banyak duit.

Nak ada lesen kena ada duit, nak bawa kereta kena bayar minyak, nak kena guna duit setiap kali servis kereta. Bayar kereta bulan-bulan. Itu belum kira kalau kereta rosak atau accident, nauzubillahiminzalik.

Agaknya...
Sebab itulah eh menteri suruh naik basikal pergi kerja, LOL.



Aku sebenarnya... Macam fobia dengan memandu. Aku dah tak boleh bawa kereta dengan berani macam masa mula-mula fresh dapat lesen dulu. Aku dah jadi berpijak pada realiti. Lagi-lagi aku sangat-sangat risau kalau masa memandu di laluan sempit atau jalan licin. Kau akan tau orang itu macam fobia bila ada sesuatu terjadi kat orang itu. Ye, sesuatu terjadi. Tapi... Tak sanggupku menulis di sini apakah situasi itu. Uhuhu



Nak tahu, kereta apa yang aku selesa?
Kereta kelisa. Tapi sayangnya kereta kelisa kat rumah ayah dah jual.
Tapi aku selalunya sewa kereta kelisa lah.


Dan, kalau satu hari nanti aku nak beli kereta, aku akan beli yang ada safety feature. Macam brek sendiri kalau tak sempat brek sebab ada sensor. Kereta yang saiz agak kecil supaya muat parking dan supaya muat jalan sempit sebab aku takut laluan sempit.


Tapi apapun.
Alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh lagi memandu tapi kalini dengan lebih berhati-hati. Ada kawan saya yang ada lesen tapi takut nak bawa kereta. Ikutlah, bawa kereta kalau berani dan rasa mampu lakukan okay?  Kalau rasa takut-takut itu, mungkin kena ada orang berpengalaman kat sebelah sampailah rasa berani itu muncul okay?



Jaga diri di jalan raya.