Tuesday, October 22, 2019

HonestReview: Deodorant Dr. Mist vs Smelly No More

Assalamualaikum & Salam ceria!


        Hidup kat Malaysia ni, aku rasa aku tak boleh hidup tanpa deodorant. Tapi, aku jenis memilih. Tak boleh sangat pakai deodorant yang jenis ada perfume. Nanti deodorant tu tak mewangikan tapi menambah bau yang pelik untuk aku. 


So, aku start jumpa dengn deodorant Smelly No More produk dari Total Image.

Image result for smelly no more

Produk dia macam batu / ala-ala kristal. Cara nak guna dia, kita kena basahkan kristal tu dulu dan baru sapu kat kawasan ketiak. Tapi sebelum simpan, basuh semula & keringkan sebelum tutup.



                Pros / Kelebihan              

  1. Jimat. 1 botol deodorant ni memang tahan lama, boleh katakan sampai 4 bulan dan lebih.
  2. Memang berkesan buang bau-bau acem tu
  3. Tak ada pewangi atau bahan-bahan yang bahaya


                 Cons / Kekurangan          


  1.  Kalau dia jatuh (sangat mudah jatuh especially bila dah nak habis), boleh pecah
  2. Ada macam garam-garam terbentuk kat tepi-tepi botol tu 
  3. Kalau dia pecah kalau still nak guna, kristal tu tajam & boleh cederakan kulit 
  4. Kekadang macam nak cepat terpaksa jugak cari sumber air sebab dia tak boleh pakai masa kering. 

Disebabkan aku punya kulit dah sensitif tetibe (maybe sebab deodorant tu terjatuh tapi aku sayang nak buang ahaha), aku terpaksa stop pakai jenis ni walaupun sebenarnya jenis ni dah menjimatkan banyak duit aku.



Then, aku beralih pulak pada Smelly No More jenis mist. 

Image result for smelly no more
Aku beralih pulak pada mist sebab kulit aku sakit lepas kena kristal tajam. Yang jenis mist ni pulak, okay aku bagitau apa pro cons dia.


                   Pros / Kelebihan              
  1. Senang nak pakai
  2. Tak buat kulit sensitif


                  Cons / Kekurangan          
  1. Mahal bebenor (harga lebih kurang RM20-30 untuk 1 botol 75ml) 
  2. Cepat habis
  3. Efektif dia kurang daripada jenis roll yang kristal
  4. Masa awal-awal semburan rasa macam tak selesa sikit area ketiak (sebab rasa macam letak something - tak dapat explain camne rasa dia)


Disebabkan aku tak tahan dengan kemahalan dia, aku pun ternampaklah 1 jenama ni, which is deodorant Dr. Mist. 


Image result for dr mist
Dr Mist ni ada banyak jenis, ada yang biasa macam gambar atas, ada cool mist dengan ada bau lavender. Yang jenis lain semua tu aku dah try tapi yang lain aku tak gemar sebab awal-awal semburan memang rasa macam aku letak something kat ketiak. Tak selesa. 

So, aku nak review yang jenis biasa macam gambar atas tu je.



                  Pros / Kelebihan              
  1. Senang nak pakai
  2. Tak buat kulit sensitif
  3. Rasa macam letak air je (Selesa sangat sangat)
  4. Efektif untuk sepanjang hari 
  5. Murah daripada smelly no more (harga lebih kurang RM10-11 untuk 1 botol 75ml)


                  Cons / Kekurangan          
  1. Cepat habis
  2. Kita tak nampak dah tinggal berapa banyak, sedar-sedar dah habis ahaha




So, Dr Mist vs Smelly No More?
Of course Dr Mist. Even though aku dah lama pakai smelly no more, tapi aku rasa harga Dr Mist lagi berbaloi.


Apapun, just sebagai peringatan, walau berapa mahal atau banyak pun letak deodorant, paling utama kena ingat untuk clearkan bulu-bulu jugak untuk elakkan bau-bau yang tak sepatutnya.


Done, honest review :3



3 comments:

  1. menarik, tapi mahal betul harga dia 😂 bv suka brand lady speed stick sebab tahan lama dan scent pun sedap 😅😂

    ReplyDelete
  2. Suka smelly-no-more. Memang hilang bau pelik itu hehe. Yg jenis spray memang a big no untuk akak.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...