Saturday, November 10, 2012

Aih, dah cuti sekolah dah?

Assalamualaikum



Hari ini hari pertama permulaan cuti sekolah. Aku macam tak percaya sekolah dah habis. Apa semua ini? TT^TT Aku sebagai makhluk redha jela dengan ketentuan ini. Ceh, macam kes berat kanun keseksaan.




Peliks tak budak macam aku ini nak pergi sekolah tak nak cuti?
Nanti bila dah nak start sekolah mulalah nak sambung cuti. Ingat tak post dulu pasal last day sekolah tahun lepas? Tahun ini last day ending dia tak berapa nak best. Banyak sangat berlaku aksi perpisahan. 




Lagipun tahun depan mungkin ramai form 3 yang akalnya bijak bestari pindah sekolah bertebaran di muka bumi ini. Apakan daya daya daya (gaya Zizan) aku nak menghalang kejayaan kamu semua? 



Aku doakan kau kejayaan dunia dan akhirat, kawan.



Tahun ini best sebab ada program Lepas PMR. Pelajar form 5 pung pang pung pang hentak kepala kat dinding belajar, kitaorang pelajar form 3 main gula-gula dalam tepunglah, futsal, BBQ. Lepas itu, mulalah dialog drama swasta antara budak SPM dengan budak PMR. 


"Heh, budak PMR kena baca topik form 4. Get ready untuk SPM."
"Alah, lek ah. Jeles eh?"


Buang segala dengki, tingkatkan prestasi.





P/s : Perpisahan itu menyakitkan. Dan ia tetap akan terjadi. Ecewah! 


Oh tak lupa juga kepada budak SPM yang masih belum 'mood bercuti',




Ganbatte Kudasai
"Tolong berusaha" something like that XD
inilah padah kalau biarkan aku tengok anime.


Tolong doakan abang saya, dia SPM. Kesian dia. 


All the best! Buat yang terbaik demi masa depan yang cerah sampai silau. Jangan risau pelajar form 5, cuti anda lagi lagi lagi panjang nanti. Tapi masa itu, mesti ramai yang rindu sekolah kan? eceh, jangan tipulah. 




Saya akhiri post ini dengan Assalamualaikum dan sebutir noktah.