Thursday, May 1, 2014

Braces Diary : Cabut gigi

Assalamualaikum dan shelamat datang! 
Braces girl cabut gigi, kenapa kena cabut gigi untuk braces, mahal tak braces, sakit tak pakai braces, budak gigi besi, berapa gigi yang perlu dicabut, hospital kerajaan, comel, braces sakit

           
           Sekarang ini, pakai braces ini macam trend semasa. Semua orang nak pakai sebab nak nampak cute. Tapi bagi aku, aku ini dahlah pakai spek mata tambah pulak kekurangan aku membuatkan aku terpaksa mengenakan pakai braces. Boleh spot tak ciri-ciri lengkap ugly betty? Ahaha, cuma aku cute sikitlah ahaha *lempang buaya*.



Ingat pakai braces ini mudah ke? Sakit jugak.
Kalau ikut yang prosedur yang biasa, kena cabut 4 gigi supaya ada ruang untuk gigi itu bergerak. Unless kalau ada ruang lebih untuk gigi bergerak. Macam kawan aku, dia tak perlu cabut mana-mana gigi tapi dia kena pakai alat lain untuk jarakkan gigi dia.



Cabut gigilah paling seksa. Sebab gigi yang dicabut dari mulut aku ni gigi geraham atas bawah. Masa jarum bius dicucukkan ke lelangit itu, menyengat! Even selepas cabut gigi, darah mengalir-ngalir keluar. Pastu rahang bawah aku bengkak sikit sebab melolong kesakitan.

"Meh doktor, mehh meehhhh!" *suara ceria


Kalau tengok balik kad appoinment, aku ada

Cabutan gigi pertama
Cabutan 2 GIGI SEKALIGUS (ni paling seksa)
Cabutan gigi terakhir


Okay, aku nak cerita pasal cabutan 2 gigi sekaligus.  Mula-mula dia letak bius atas bawah sebab nak cabut gigi bahagian atas bawah. Yelah, logiklah kan. Masa itu, aku pilih hari cuti sekolah. So, kalau aku merengkut kesakitan kat rumah pun tak adalah rasa bersalah sangat. Lepas dia letakkan bius, dia letakkan acuan untuk ambil sampel gigi kita. Dia macam, paste warna hijau untuk ikut bentuk gigi kita sebelum cabut 2 gigi tersebut. Sayang ohhh, sebab gigi aku itu still cantik!


Sayang aku tak ambil gambar gigi aku yang dah dicabut itu. Sobs, sobs selamat tinggal!
Dan masa doktor cina itu cabut gigi aku, aku baca bismillah dengan zikir. Tapi memang time cabut tak sakit sebab dah bius. Tapi lepas sejam macam itu, gusi kauorang akan menjerit kesakitan! Muahaha. Habis kapas aku guna, ish ish ish.


So, kalau cabut gigi aku cadangkan :
1- Membuat persediaan mental
2- Bergambar dulu ke sebelum cabut (kenangankan?) *optional*
3- Masa doktor nak cabut, bacalah bismillah atau zikir (bagi muslim)
4- Minta kapas lebih / beli daripada farmasi
5- Jangan makan makanan yang panas dan keras


Masa cabutan 2 gigi sekaligus itu, aku bantai je makan jagung. Ahaha, jangan ikut eh! Aku dah makan agak-agak separuh baru teringat yang aku tak boleh makan makanan keras. Hampeh. Dan, disebabkan doktor cabut gigi aku bahagian kanan masa itu, aku terpaksa kunyah makanan belah kiri.  

Tertelan darah itu perkara biasa cuma kalau boleh kurangkanlah sebab tak elok. Kang jadi Edward Cullen kang takpun nak lagenda sikit, Raja bersiung. Naya kang mak korang kena bawa supplier darah untuk korang. 



"erm erm, lazatnya darah." eeiyuw.


             Tujuan entry ini bukan nak takut-takutkan bakal pemakai braces ke apa, tapi ini kenyataan. Certain people kata tak sakit pun pakai braces ini. Tapi sebenarnya perlukan pengorbanan jugak weh. So, kat luar sana reconsider semua itu kalau gigi dah cantik, tersusun elok, rasanya tak perlu kut nak pakai braces. 




Also :
Hukum memakai braces 
Kenapa kena cabut gigi untuk pakai braces?


Sesiapa yang dah baca sejauh ini, korang memang tabah :p
Nanti, In Sha Allah aku update lagi pasal braces ini selepas Mid-Year Exam. Dear myself, jangan jadi malas sangat. periksa dah dekat dah ini :p



Dapat post entry ini pun sebab hari ini cuti umum, Hari Pekerja.
Kalau tak, hmm. 

18 comments:

  1. Moga apa yang diingini itu menjadi kenyataan..insyaAllah..cantikkan gigi,, cutekan iman..moga kita nampak comel pada pandangan insan dan molek pada pandangan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha, yep. Istilah iman cute tu InShaAllah cuba diterapkan meresap dalam diri wehehe

      Delete
  2. Wah wah.. Saya baca saja dah takut.. Memang banyak dengar cerita pakai braces ni sakit.. Huih, tabah sungguh siapa yang berani pakai braces ni.. Saya memang idak la lagipun gigi okey ja rasanya.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha, mungkin gaya post kat atas over sangat kut ahaha.. Over time, rasa tu dah tak sakit. Cehh untunglah gigi cantik :p

      Delete
  3. dah pkai braces belum ? good luck tau.kite geng ! yeahh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dah pakai dah. Yep, kita geng budak gigi besi ^###^

      Delete
  4. kawan saya ramaii yg pakai braces takdelah pulak dengar cerita seram nii*sebabtaktanya* hahaha
    apa2pon gudlakk examm :)

    ReplyDelete
  5. teringin nak pakai jugak T^T tapi macam tak boleh je, sebab kalau tak pakai pun tak ada mudarat pada diri, takut jatuh hukum haram T^T

    ReplyDelete
  6. haha,, i memang tak suka doktor gigi.. hahaha *motip?*

    ReplyDelete
  7. akak pernah ada kawan2 yang pakai braces, even kawan akk yang study dentistry pun tak galakkan pakai braces kalau gigi dah elok..huuuu
    tapi orang selalu cakap "nak cantik kena sakit" errr? betul ke?

    apa pun semoga selesai semuanya ya :)
    berapa tahun lagi kena pakai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun lagi. Dia bergantung jat gigi kut, ada kawan tu smpai 3 tahun kena pakai

      Delete
  8. nguekkkkkk. baru jee nak pakai braces T.T tapi kondisi gigi yang rapat2 nihh membuka peluang besar untuk dicabut, taksuka cabut gigi :'/

    ReplyDelete
  9. aduhai takutnya, dulu waktu sekolah memang tak gemar menjaga gigi, sekarang ni bila gigi sakit barulah tahu nikmatnya diberikan gigi yang sempurna >.<

    ReplyDelete
  10. CT singgah sini..
    jemput ke blog CT yang tak seberapa..

    www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. memang ada niat nak pakai braces sbb gigi yg tak seberapa.. tapi dah banyak org kata sakit.. macam seram pulak. tapi nak...haiss

    ReplyDelete
  12. sy baru first time kena bius gusi utk tampal gigi sbb ada caries T_T nak dapat balik senyuman tu, perghh, rasa awkward kena senyum senget. hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau niat betul betul nak buat, takut tuu boleh diatasi. Kan kan kan =) Hehehe Gigi saya pun senget sebelah sebab taring kena cabut masa sekolah rendah. Kahkahkah

    ReplyDelete
  14. Wajib ke cabut gigi untuk buat braces ni? Thx

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...