Wednesday, December 17, 2014

Kereta khayalan zaman urbanisasi

Assalamualaikum 
Hola hola!



             Sejak SPM habis kemain aku macam membawa diri dari dunia blog. Sekarang ni buat comeback tetibe cerita pasal kereta. Dah mabuk ke apa. Selalunya lelaki minat cerita pasal kereta, perempuan tak sangat. Takpe, aku masih tipikal perempuan. Aku masih tak faham kereta dan aku masih tak faham kenapa lelaki suka sangat upgrade kereta, enjin baru, rim baru, sound system etc.


Tapi, biasalah lumrah manusia suka benda-benda cantik + exclusive. Aku dari dulu suka tengok tau kereta audi. Walaupun aku tahu, kereta audi tak mampu kalahkan buggati veyron takpun lamborghini (baca : lembugini - lawak hambar). So, perkenalkan my dream car!


*drum effects*



"wahh, so shexayyy"









AUDI R8
Harga dia nak mencecah RM 800,000 (bergantung pada harga semasa)




Mahal kan? 
Takpelah, aku bukan orang kaya. Dream car yang selayaknya untuk aku adalah kereta Perodua Axia. Itupun dah dikira mewah dah. 


Tapi, aku pernah baca kat blog somewhere. Serius dah lupa blog apa.  Kalau nak sesuatu macam dream house, car, cita-cita ke. Ada tips dia. (Believe-at-your-own-risk!) 


Tampal gambar benda yang kita nak kat bilik tidur. Takpun kat tempat-tempat yang kita selalu habiskan masa. 




Walaupun nampak macam kita ni over, obses dan terlampau bersungguh-sungguh. Tapi masuk akal jugak (baca : make sense). Sebab bila kita terpandang gambar itu, automatik dapat motivasikan diri untuk dapat apa yang kita nak. Maybe sekarang, rasa dapat kereta ni mustahil, tapi tak mustahil kalau kita usaha betul-betul dan akhirnya dapat apa yang kita impikan. 

Ya, menyentuh hati bukan? :P


Apapun, 
"Kehidupan dunia tak lebih daripada permainan dan senda gurau"
Tak kisahlah apapun dream house kita, dream car kita, dream clothes kita. Last sekali, 'dream house' kita kubur, 'dream car' kita kereta jenazah & 'dream clothes' kita kain kafan yang putih dan akhirnya beransur bertukar coklat sebab terkena tanah. 





P/s : Sebenarnya aku nak bangkitkan semangat aku untuk dapatkan lesen memandu. Semoga aku berjaya dapat lesen memandu one shot je. Eheh, ini semua duniawi! Ahahaha


Okey, okey ni last. 
Every girls' dream shoe closet! 
"Ini semua duniawi!" kbye.  







18 comments:

  1. Moga tercapai la cita-cita nak belik Audi tu. Insya Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha. InshaAllah. tapi sebenarnya post ni nak bgi smgt utk ambik lesen sbnrnya hehe

      Delete
  2. Nice entry. Hee anddd goodluck amik lesen tu all the best :D

    ReplyDelete
  3. kereta memang superb lawa! saya pun jadi minat. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan? Tula, rasanya kereta audi ni mmg ramai minat kut. Kutlaa

      Delete
  4. canteknya keta audi tu.kalau BV, minat tengok je. kalau nak beli sendiri mesti pilih yg biasa2 je kan. hahhaa. btw, usaha2 banyak2 nanti dapatlah dreamcar tu. hehe :)

    ReplyDelete
  5. wah sexy gila kereta tuu awww hahahaha goodluck utk ambik lesen. dont worry,dulu kite pun nervous kemain lagi bila nak pgang stereng . -.-

    ReplyDelete
  6. haha, good luck amik lesen ye. solehah tak tau lagi amik bila ni

    ReplyDelete
  7. oh spm .
    akak ni mampu berangan je la . nak beli mmg tidaklah , klau ada pluang utk beli pun taknak . mahal sangat pun . ekekeke

    ReplyDelete
  8. wakakkakaa...i LOVE audi..mmg bercita cita nak pakai AUDI pon....AUDI R8 tuh jaejoong pakai ..hahahaha.........

    ReplyDelete
  9. pergh, berair mata tengok kete style kat sini,haha
    inshaAllah, klu murah rezeki boleh la pakai kete tu suatu hari nanti. Amin

    ReplyDelete
  10. moga tercapai cita2 beli sebuah audi :)

    ReplyDelete
  11. semoga impian anda tercapai. nak bilik kasut macam tu jugakkkk..hewhew

    ReplyDelete
  12. kereta audi ni mahal2 tpi lawa. semoga tercapai cita2 tu ^^

    ReplyDelete
  13. Haha...terbaik la mempunyai impian sedemikian....buktikan pada dri sendri yg saudara mampu perolehi....sy da terbaca impian saudara, mgkin sy boleh tunjukan caranya...sy percaya, mgkin 5 tahun dri skrg saudara perolehinya...:)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...