Wednesday, January 28, 2015

Girl's Perspective : Memasak


"Perempuan zaman sekarang mana reti masak!"
"Eh! ada apa yang reti"

"Bertuah betul tak tekan button cooking (kat rice cooker)"
"terlupa laa.."

"Dulu, mak dari darjah 6 reti masak!"

"Ni apasal telur dadar hancur ni?"
"Saya tak reti flip telur lah."



Assalamualaikum,


             Asal perempuan je memasak. Asal memasak je perempuan. Kalau ikutkan norma masyarakat dari zaman dulu sehingga kini, seorang gadis perempuan perlu mahir 3 perkara. Memasak, mengemas rumah dengan melayan anak kecil. Tak lepas 3 perkara itu, akan datang pelbagai tohmahan daripada ahli segenap masyarakat (terutamanya golongan yang lahir pada zaman dahulu). Cewah, ayat aku macam rindu nak tulis karangan SPM je.



Kadang-kadang tak puas hati gak. Habis tu laki buat apa? laki kena mahir apa? Jarang aku dengar orang bising sebab laki tak tahu jadi imam, laki tak pandai tukar paip, laki tak pandai jaga hati isteri (eh?) ahaha.




Tapi perempuan-perempuan sekalian, 
Nak tak nak, memang kita kena belajar memasak jugak. 




Satu hari ini, aku ada borak dengan seorang aunty dalam lingkungan umur 60-an. Masa itu, tengah borak pasal mak aku yang out station ke luar negara.


Aunty : "Aisyah pandai memasak?"

Aku : *ketap bibir* "Saya tak pandai masak sangat. Setakat telur dadar dengan masak kurma camtu jela."

Aunty : "Perempuan zaman sekarang memang aunty tengok ramai camtu."

Aku :  "Tapi ramai jugak kawan Aisyah yang reti masak." <- aku cuba mempertahankan

Aunty : "Yela itu kalau ada minat yang tinggi. Bagi auntylah, kalau perempuan yang tak pandai masak ni, salah mak."


Salah mak.. salah mak.. salah mak.. (terngiang-ngiang)

        Aku dah gulp! Kenapa salahkan mak saya! Salah saya, saya yang malas masak. Oleh itu, wanita-wanita sekalian, jom sama-sama beri semangat untuk aku memasak? Mungkin lepas ni, kalau aku dah terer sikit memasak, bolehlah aku share resepi ye tak. /tinggi angan-angan/ ahaha.






     
Zaman sekarang lagi ramai laki pandai masak kut? 


Sampai kawan aku kata, "Aku nak cari laki pandai masak jela."
Adeh. 





(My mother & Future mother-in-law dilarang membaca bawah ini)

P/s : Aku ni lepasan SPM yang menganggur je. Diberi tugas sebagai bibik di rumah. Kalau nak upah bibik pemalas, upahlah aku. Result SPM TT^TT 



19 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih.. tapi cemerlang utk apa? memasak ke?

      Delete
  2. sebenarnya kan dik, tak ada istilah yang tak pandai memasak. sebenarnya cakap je,

    "makcik, saya tak pandai memasak. cuba saya boleh memasak. alahh, google je resepi. kalau tak tahu buat, tengok youtube. lepas tu siap."

    hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHAHAHA! Nailed it. Tak pasal-pasal kena cop perempuan derhaka ahaha

      Delete
  3. semoga berjaya dlm spm miss xyz. hehe miss muda lg, keinginan memasak itu membuak2 selari dgn ptambahan usia selalunya =)
    #1509

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Wahhh serius baru tahu.
      Thanks ya, hanya Allah saja tahu debaran tunggu result

      Delete
  4. saya pun x berapa pandai memasak sgt. mak banyak kali dh kata "kau x pandai masak nanti dah kawen mak mentua kau kata 'mak hang x ajar masak ka dulu?', nama mak pulak yg dipersalahkan" hahaha. ada betulnya tu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler, saya pun dok reti masak gak. Rasa kesian lak kat mak-mak kita, ahaha

      Delete
  5. nasiblah yaya xpernah lg kena ckp macam tuh... gulp.. !!
    yaya pndai masak gitu2 ja.. tak reti sgt yg masakan lauk2 ni...

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak pandai masak sangat. Masak senang-senang bolehlah.

    Tapi, paling tak suka bila orang salahkan mak kalau anak tak pandai masak. Macam mak saya, mak saya pandai masak. Saya tak pandai sebab saya malas belajar memasak.

    ReplyDelete
  7. Saya memang pandai memasak.......



    maggi. hehehehe. Rajin memasak tapi masakannya ialah nasi goreng, maggi goreng, telur goreng, mee goreng :P

    ReplyDelete
  8. sy sendiri selalu rasa down dgn part masak ni. haha. kadang2 buat first time, memang pergh, sedap. *eh eh*, sekali buat lagi sekali, resepi sama je rasanya, terus rasa lain T_T

    kelemahan lain, tak pandai main garam gula. bila sy rasa okay dah org kata tawar ni. bila orang kata ahaa, cukup rasa, tapi sy rasa masin T_T

    saya rasa yg penting, rajin nak masak tu :) sama2 kita cuba yee. ye lah, nanti nak ada family, kesian kalau keluarga makan tak sedap or makan luar je. haha dah rasa mcm cakap dgn diri sendiri dalam cermin.

    ReplyDelete
  9. nanti makin lama mesti makin reti masak.. lagi2 dah sambung belajar..belajar jauh dari rumah. sebab masa tu dah takde sape nak masak selain diri kita sendiri haha

    ReplyDelete
  10. rasa bertuah diri ini, sbb bukan diri ini sorang je yg menganggur,ewah
    ala kita masak main campak-campak ikut sukehati punya resepi dahlah utk diri sendiri heheheh
    saya pun main campak je tiheheh

    ReplyDelete
  11. Sy masa budak n remaja mmg jrg sgt tlg mama masak.balik kmpng umah nenek je sekali sekala masak.tu pn masa raya. Tp bila dh masuk pertengahan 20 an bru berjinak2 ke dapur.n sekrg dh lewat 20 an ni, ari2 masak utk hubby n family.org kata dapur dan pempuan mmg xdpt dipisahkn.minat tu dtg sendiri lak.

    ReplyDelete
  12. Sampai masanya nanti, minat memasak pasti akan ada. :) Kita pun kategori malas dalam bab memasak, mengemas tu laju jer :)

    ReplyDelete
  13. nice blog .Jom blogwalking terdapat pelbagai info menarik tentang kesihatan ,kecantikan serta banyak lagi di sini...

    http://suppl3m3nt4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. akak duduk bujang, masak bila ade mood. kalau mood nak masak tu datang, ushh bukan main semangat nak masak itu ini. tapi kalau tiba time malas, nak masak air pun malas. hahaha ><

    ReplyDelete
  15. I am 20 oledi but tak tahu masak banyak benda pun. setakat goreng goreng/soup cendawan/pasta/and bake. InsyaAllah, sama sama la kita bersemangat untuk belajar masak :') sedih pulak hmm.

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...