Tuesday, December 31, 2013

Entri terpilih sepanjang 2013!

Assalamualaikum dan say big BIG hello to 2014!




Top 3 Famous Entry
<3 Aisyah Syakirah contoh remaja Islam kini? (rating and komen tertinggi)


Paling tak percaya, entri Aisyah Shakirah yang dapat carian google (antara yang tertinggi). Mungkin bukan blog aku yang famous, nama Aisyah Shakirah tu sendiri yang famous, untunglah.


Top Motivating Entry
<3 Asyik hujan je mana pelangi
<3 Langit tanpa tiang
<3 Senyum itu free

I won't really call it motivation but sort of I guess, hehe.


Review
<3 City of Bones
<3 Rasulullah is my Doctor


My Favourite
<3 Penulis yang berkuasa

Kenapa aku suka entry ini? sebab aku sendiri pun penulis. Jadi, ini macam little reminder for myself as well for you guys too. Dah kenapa aku berojak-rojak ini.


Entry aku yang aku fail nak buat apa yang aku tulis ialah entry (Disember sudah tiba). Dalam post itu, aku kata aku nak study. Well, the real thing is, I study a little, I enjoy too much, I regret nothing.

So, itu sahaja untuk entry-entry sepanjang 2013. Thanks for you guys, you really give me support and love. Lovekah? Adakah itu cinta? Berjumpa lagi pada tahun depan, 2014. Di mana tahun depan, itu serius sangat dekat dah. Or, mungkin siapa yang tengah baca sekarang ini pun dah 2014.




Doalah semoga tahun 2014 lebih banyak bawa kebaikan dan ubah diri kita jadi lebih baik. 


31 December 2013
11.59 p.m. 
Classic much?
In memories of 2013.





"Phew, serius kalut buat entry." - xyz (2013) |

Tuesday, December 17, 2013

Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum dan olla!


Klik ^ untuk melayang ke giveaway sebenar.


Lama rasanya tak join Giveaway.
Sekarang ini, giveaway bukan sikit-sikit hadiah dia, banyak! So, sementara tak ada idea nak update blog, apa salahnya kita join giveaway/contest kan? 

Antara hadiah GA ini, charcoal mask, glitter shawl, jubah cotton Korea dan banyak lagi. Tak percaya,  klik sini.


Join sebelum 28 Disember 2013!


P/s : Ada appoinment dengan doktor lepas ini T^T


Sunday, December 15, 2013

Penulis yang berkuasa

Assalamualaikum dan AllĂ´!



Macam chef, pelukis dan mekanik kereta,
Kuasa penulis terletak pada tangan mereka, cara otak mereka mengolah ayat, cara penulis tumpahkan seluruh hati dia pada tulisan itu sendiri. 

Dan ini mengapa penulis itu berkuasa.
Penulis MAMPU mengubah pemikiran kita dan mengubah hati kita.


Sebab itu kalau  jadi penulis, tak kisahlah penulis blog, penulis novel, penulis tak berbayar kat laman web sosial itu sila fikir sebelum muntahkan perkataan-perkataan yang kau akan menyesal di kemudian hari. Mungkin rasa menyesal itu tak singgah di hati sekarang, tapi nun hari pembalasan kelak, masa itu nak 'undo' 'backspace' dah kira tak berguna dah.


Apa yang aku cuba sampaikan, yang suka menjaja gossip liar, ayat kontroversi, guna ayat yang caci maki berjela-jela konon supaya tampak cool, cerita cinta yang melalaikan dan oh tak lupa juga pada penulisan yang boleh mempengaruhi orang lain berbuat jahat. Memang aku tak layak condemn penulisan orang lain, "I am not better myself." tapi tolong.. ubah. Tak kisahlah cara penulisan apa-apapun, tapi pastikan akhir sekali pembaca akan dapat nilai yang baik-baik. (e.g Hlovate)


Ini untuk kebaikan sejagat.


“Tulisan itu, umurnya lebih panjang berbanding kita kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia ini akan kembali dibaca di akhirat. Lalu tulis perkara-perkara yang benar, perkara-perkara yang baik. Anggap tulisan kamu itu adalah karangan untuk Allah, kerana ia juga dibaca di hadapan-Nya nanti, juga di hadapan seluruh umat manusia. Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca."

- Bahruddin Bekri. (source)

Bukan ke Rasulullah s.a.w sendiri berpesan, 
Kalau kita tak ada perkara yang baik untuk disampaikan, diam itu lebih baik. Term ini bukan saja boleh diguna pakai masa kita bercakap, tapi memang patut kita apply masa menulis. 


Apa-apa pun, menulislah perkara-perkara yang boleh membawa baik kepada orang lain. Aku sendiri tahu, masih banyak kekurangan aku semasa menulis. Penulis-penulis sekalian, jangan teragak-agak terima komen orang tentang penulisan kita. Positif ke negatif ke maknanya orang itu masih ambil kisah pada kita - nak kita berubah.


Teka-teki hari ini, penulis memang berkuasa kecuali pada satu orang. Siapakah?








Ya, orang yang malas membaca. Heh! 
(Lawak hambar) 


Selamat menulis!
Let the words spread good among people, ya?




Monday, December 2, 2013

Disember sudah tiba!


Assalamualaikum dan bonjour!


Disember,
Sebut pasal Disember ini maknanya tahun 2013 sikit lagi sampai ke penghujungnya. Dan tahun 2014 mula tunjukkan belangnya, muahaha! "Aku sudah tiba, bersedialah kau!" Personally, aku masih belum dapat terima benda yang berlaku tahun ini. Ada benda yang aku harap aku dapat ubah tapi ya, tak dapat. Takdir Tuhan aku kena redha.


Cuti sekolah ini aku banyak habiskan masa main game Sims 3, tengok drama Korea dan teman mak aku pergi kursus sana sini. Pretty boring, huh?


Bulan ini baru aku nak mula balik revisionlah sangat topik form 4. Tahun depan aku SPM. Tak revision nanti tak smooth. Lepas itu, ada hati nak straight A's SPM 2014. Form 4 boleh dikatakan aku tak bersungguh-sungguh sangat untuk belajar. Orang kata, "Form 4 is a honeymoon year." Mula-mula aku fikir apa jadahnya honeymoon, subjek punyalah challenging. Otak sampai berselirat penuh dengan wayar-wayar. Dahi ini, berkerut seribu.


Tapi, bila fikir balik. Aku boleh relate yang memang secara sedar atau bawah sedar, aku tak bersungguh-sungguh sangat masa belajar form 4. Ya, form 4 ialah honeymoon year... yang menyeksakan.


Kalau boleh putar masa balik?
Agak-agak darjah atau form berapa yang korang nak putar masa balik?  Kalau aku, nak masuk balik form 2. Tak tahu kenapa form 2, banyak nostalgia kelas aku ;)




Personal post
2 Dis 2013
♪ Priscilla Ahn - When You Grow Up

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...