Saturday, March 2, 2013

Langit tanpa tiang

Assalamualaikum




Siapa yang cipta langit?
Yang tiada bertiang.
Yang tiada benang di atasnya.

Hebatnya, perasan tak?



Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah! Cantik betul langit. Masalah kita ini kekadang nampak kecil berbanding langit yang luas ini. Allah ciptakan langit tak nampak pun tiangnya. Allah ciptakan gunung tak ada pakunya. Allah ciptakan matahari tak ada sumber elektriknya. Subhanallah TT^TT



"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. {3:191"



Bila dah masuk bulan Mac ini, aku merenung sekejap, 
"Berapa banyak dosa yang telah aku buat pada bulan Januari dan Februari lepas?"
"Allah terima tak amalan aku?" 


Pergi sekolah jangan malas, 
Bawa beg selori muatan, 
Langit itu terbentang luas,
Menunjukkan Allah itu maha pengampun. 



"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {3:129} "






My Tweet @aisyahxyz ;
"Dongaklah ke langit dan bersyukurlah masih ada hari ini ;)"



Semoga bermanfaat <3



29 comments:


  1. Allah tu maha pengampun dan penyayang :)

    ingat tu jgn mls pi sekolah.hihi


    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar, betul tu ^^
      Hahaha, kekadang malas gak pergi sekolah. :p

      Delete
  2. pantun ke tu wehh? mcm tak kena jee~ heheee~ XD
    aku suka entri ni! ^___^ dpt menyedarkan aku yg kekadang lalai ni... ishishish. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHA! Pantun tu sebnrnya tak sedap AT ALL! nak tulis bawah tu tapi terlanjur malas, mwahaha. Tak sangka ada orang perasan. Cekap betul mata O.O

      Delete
  3. Allah Maha Besar. mendongk ke langit, terasa hebat sungguh kuasa Allah, dan betapa kerdilnya kita

    ReplyDelete
  4. akak kalau tak pergi sekolah, menangis tau..

    hihi

    ReplyDelete
  5. semoga allah ampunkan dosa kita yg lepas :)

    ReplyDelete
  6. pergi sekolah sebab nak jumpa kawan je pun

    :D

    ReplyDelete
  7. wahh, entry yg sgt mendalam. bial tgk langit tenang je hati kan. :)

    ReplyDelete
  8. yeah alhamdulillah :)
    Allah tu Maha Kuasa dan tiada yg mustahil bagi Allah :)

    ReplyDelete
  9. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allahurabbi :')

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..sehingga ke hr ini msih lg d beri peluang oleh-NYA..

    ReplyDelete
  11. bagus entry awk..sama2 mengingati antara satu sama lain...semakin lama manusia semakin jauh dengan Allah..moga kita sentiasa dekatkan diri kepada Allah.. :)

    ReplyDelete
  12. Subhanallah. Kalau dgr lagu maher zain *open ur eyes*, xde apa lagi la nk dinafikan betapa besarnya kuasa Allah.

    ReplyDelete
  13. Alhmdulilh..setiap hari bsyukur dgn rhmat Allah..^_^

    ReplyDelete
  14. Subhanallah..langit tanpa tiang, bukit tanpa paku..ciptaan terindah..sangat hebat, Ya Allah.

    ReplyDelete
  15. Pantun rekaan miss xyz memang unik muahaha. Good one :D

    ReplyDelete
  16. Apa mknn kegemaran awk? Jom join segmen nib http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

    ReplyDelete
  17. akak pun suka tengok langit. rasa tenang je... :)

    ReplyDelete
  18. salam..

    mmg Allah tu Maha Besar kan.. =)
    setiap apa yg ada dsekeliling kita pon ciptaanNYA yg terindah..DIA Maha Mengetahui..walau sehelai daun yg gugur dari dahan......

    ReplyDelete
  19. Allah Maha Besar. Langit biru yang cantik. Allah...

    ReplyDelete
  20. kemain die berpantun2. tp akak mmg suke tgk langit.cantek sgt2,indah subahnallah ciptaannya sungguh terindah ;)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...