Thursday, September 12, 2013

Tegur biar berhikmah bukan menghina

Assalamualaikum 
May peace be upon you.






Sejak aku dah tukar tugas sebagai pengawas, satu benda yang aku perasan pasal manusia ialah egoBanyak atau sikit manusia mesti ada ego. 
Mesti. 


Manusia ini bukan hati suci putih. Iman tetap straight felamaks macam malaikat. Manusia tetap manusia. Buat kesilapan. Apa hak kau untuk hina orang sedangkan diri pun pernah melakukan kesilapan? 


Manusia ada ego. Dia kalau boleh tak nak tercalar ego sedikitnyaaa pun. Nak berkilau-kilau sakit mata memandang dari jauh. Jadi, kita kena tegur orang secara berhikmah tak adalah nak kutuk dia secara public a.k.a umum. Nak menegur pun kena ada adab tahu? 



"Kau ini hukum agama pun jahil. Baju selekeh. Masuk nerakalah lu"




Sakit dada bukan? Jangan gunakan kekekerasan dan maki-makian kepada orang-orang yang menganggap ego depa 'hak cipta terpelihara Malaysia' yang dijaga rapi tak nak satu habuk pun landing atas ego depa. Tegur baik-baik dulu kalau buat selamderk sahaja, bolehlah tegur secara tegas. 


Tegas dan berhikmah. 
I like this one better ;) 



Mencarut dan seumpamanya memang kena minta jauh-jauh. Dengar kata, kebanyakan perempuan baik-baik 'major turn off' bila lelaki mencarut ini. Sama macam lelaki, lagilah multiple major turn off kalau perempuan mencarut.


Oh, Allah pun 'turn off' (tak redha) kalau hangpa mencarut.





Aku akhiri post serius ini dengan kasut yang comel.
Dah pakai kasut comel, perangai pun kena comel dan santun ;)




22 comments:

  1. hehehe...kadang ada yg tak reti nk tegur secara "berhemah" :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Itu yang menyedihkan itu. Orang kata bahasa jiwa bangsa. Betul tak?

      Delete
  2. betul tu. sangat tak patut kalau nak menegur tapi smpi menghina. tegur elok2 tu lebih baik dan senang orang terima. and btw, kasut tu sgt comel. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Takdelah aksi nak menumbuk lepas kena tegur. Rasulullah s.a.w pun menyuruh kita berdakwah secara baik.

      Itulah, kasut comei sangattt asdfghjkl

      Delete
  3. setuju! rmai sgt jnis yg mnegur dgn kata2 yg mykitkan ati n mmalukan..terus rasa hilang hormat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, kita kena jaga air muka orang jugak kan.

      Delete
  4. betul 2..smua mnusia ada egonya sndri =) sukalh bab tgur elok2 tu..mnusia mnlh bleh tgur keras2..bukannya nk dgr..

    ReplyDelete
  5. Terpegun kak ida membaca luahan seorang remaja berusia 16 tahun ni...cukup mantap dan klas gitu!!

    ReplyDelete
  6. Walaupun sy ni jenis yg xde perasaan (cool jer), tp kalau kena tegur sampai carut2 tu memang malas nak layan org cmni...
    Buat don't know jer.

    ReplyDelete
  7. ego dengan manusia memang tak boleh dipisahkan, sedangkan pengomen entri ni (saya) pun ada ego.. ekeke

    ReplyDelete
  8. yeahh betull tu :) selalu orang nak tegur tapi guna perkataan yg kasar. memang komfem orang takkkan dengar.
    manusia memang ada sifat ego. asalkan kita dah melaksanakan tanggungjawab kita iaitu tegur dan nasihat. ikit tak ikut dengar tak dengar belakang kira hihi :)

    ReplyDelete
  9. omaigad! comels sgt kasut tu. mne nak dpt??

    yup. sy xsuke pd carutan. rse nak lempang ngan pompuan yg mencarut dpn sy.

    ReplyDelete
  10. betul, tak semua orang boleh ditegur secara keras .kadang2, teguran secara lembut lebih menusuk jiwa. ehehe.

    ReplyDelete
  11. ayat masuk nerakalah lu, agak jilakes di situ. mcm die plak boleh predict org tu msuk ke neraka. grrrr.

    ReplyDelete
  12. org laki lg ego dr popuan.. cam kawan sy, smpai x bertegur sapa.. sebb teguran x kena tmpat dn masing2 ego.. mujurlah, sem baru bermula.. dah tahun akhir, baru nk berbaik smula..

    ReplyDelete
  13. tegur tu biar beradab org kata,.bukan semua org boleh ditegur..silap haribulan kn santau..wakaka :P

    ReplyDelete
  14. ada jugak yang main hentam jee nak tegur .. >.<

    ReplyDelete
  15. org yg tegur secara berhikmah ni, nasihat dia akan menusuk ke dalam jiwa kita secara halus. kita pun rasa malu dgn kesalahan yg kita buat

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...