Friday, August 23, 2013

Oh oh ohsem Raya City Of Bones

Assalamualaikum and hello!


INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA
RAMAINYA ORANG BERSUKA RIA.


Intro dengan lirik lagu raya ingat kewl sangatlah?


              Buat orang yang jauh disana, ya yang tengah baca post depan skrin ini,  'Selamat Hari Raya!' Dah nak habis raya baru aku nak update post raya? Apakah? Tak sudikah anda baca belog yang dah lama tak berupdate ini? 


Apa? nak duit raya dulu baru baca entry? 
Bau tak ikhlas nampaknya.


Raya tahun ini bolehlah best sebab tahun ini aku balik awal raya. Hari Isnin sebelum raya dah balik. Nampak tak semangat kampung girl disitu? Kampung kat belah utagha. Teka-tekalah kat mana, nanti kita hulur duit raya seposen kalau betul. Kebanyakan hari-hari di kampung dihabiskan dengan tengok movie Supernatural. Ya, aku tahu. Sepatutnya duduk kampung, kejar ayam ke bersawah ke. 


Come on, siapa buat lagi semua itu?


Permai sungguh desa hamba ;) 
Comel kan kereta ada riben?



>>> FAST FORWARD
|| Pause



Sekarang, aku nak bercerita pasal.. *drum roll please*


THE MORTAL INSTRUMENT : City of Bones
Nak tahu best ke tak, ngelihatinlah sendiri. 


ADA LILY COLLINS yang comel 


Aku bila tahu movie ini nak keluar gembira tak kepalang. Rasa nak ambik palang ketuk kawan sebelah meja. Aku siap tunjuk trailer kat abang aku lagi. Yelah, aku dah baca bukunya sampai book 4. Ada Lily Collins berlakon sebagai Clary. Sesuai sangat uolls. Kalau aku berlakon agak-agak sesuai tak?


Kena baling telur gamaknya.


Buka sekolah je kan, hari Isnin tak silap. Aku tanyalah Adlina nak tak pergi tengok wayang. Time tu memasing muka dah terpancar wajah kebahagian tak berbelah-bahagi. Nampak tak penggunaan bahasa yang tak menahan itu?


Adlina pernah suruh aku ceritakan pasal dia kat blog so, disebabkan dia baik nak teman aku first-first pergi tengok wayang jadi apa salahnya aku famouskan kawan aku ini sekejap.


Adlina ini masa first aku kenal masa form 1. Bagi aku dia ini boleh tahan comel dan manis orangnya. Aku tak bodek tapi ini perihal kebenaran yang terahsia. Adlina ini aku respectlah dia sebab dia ada confidence level yang tinggi. Straight forward punya gadis. Aku suka bila dia speaking English.

Okay lebih-lebih aku puji kang tak boleh tutup pula hidung itu :p
Dia yang kenalkan aku dengan buku The mortal instruments. Bukan buku City Of Bones je aku dah baca, Book 1 sampai book 4 aku dah baca. Amboi, riak. 



*klik untuk besar secara abnormal*


Overall, memang best. Walaupun ada lain sikit dari novel but its okay. Terima kasih jugak kepada Aida, Natasha, Raihanah, Zulaikha, Husna, Hadirah dan Sabariah yang teman aku tengok City Of Bones. Thank you guyss :D Walaupun kita datang dengan muka tebal berbaju sekolah, jujur aku terharu kalian sudi teman kome nengok wayang.

The mortal instruments city of bones, awesome sangat best sangat, Jace Wayland, Clary Morgensten, Simon, Valentine, Luke, Magnus Bane, Cassandra Clare, City of Ashes, City of Glass, City of fallen angles, New York times best selling author, fantasy movie
Sekian laporan panjang raya yang terlebih details. 
Ada masa, ada idea kita update lagi. 


 Syukran.

8 comments:

  1. raye xabes lg.. raye kn sebulan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Anda pengomen terawal!
      Ceh mentang-mentang puasa sebulan, raya pun nak sebulan ye. *geleng kepala*

      Delete
  2. macam menarik ja, tapi saya masih menanti the hunger games yg kedua :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahh, tengoklah sekejap city of bones. serius best!

      Delete
  3. Replies
    1. Itulah, masa tgk movie asyik fokus kat muka dia je. Flawless & cantik angat. Jeles itew T^T

      Delete
  4. raya dh abes tp ucap jugak laa ek
    Selamat Hari Raya :D
    hehe
    tak pernah lagi tengok cerita ni . .
    Macamm best je . .

    ReplyDelete
  5. Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
    purely handmade products such as phone case, ear cap,
    bags, pouch and many more! 쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...