Friday, February 8, 2013

Berlari dengan 'gembira'



Assalamualaikum


Orang kata ;
"Manusia tak boleh lari dari masalah." 


Agree. 
Tapi boleh lari time fun run.


Fun run itu kejadah apa? Fun run itu macam merentas desa.
Pagi tadi kat sekolah ada merentas desa a.k.a fun run. Trek yang lama dulu 3 km (untuk perempuan) telah ditukar kepada 5 km *sigh*. Jalan yang lama pun telah ditukar baru. Kalau aku jogging sorang-sorang tadi alamat sesatlah aku. Aku memang bab-bab ingat jalan ini agak fail. 



Sila gunakan ilmu geografi anda :P
(Laluan fun run terbaru)



*rewind*
Pengenalan trek (latihan fun run) hari itu hujan tau. Hujan bukan yang renyai-renyai malu-malu kucing. Hujan cats and dog kau tahu? Habis basah kuyup aku dengan kawan-kawan berlari di dalam hujan. Bila aku sampai sekolah semua dah macam 'gua baru terjun tasik, bro'. Aku pun dah keliru ini latihan fun run ke latihan kem tentera nak bagi ketahanan fizikal dan mental untuk generasi muda (barangkali). 


Yalah, kita hanya mampu rancang. Allah yang tentukan.
Kita ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di petang hari. Bak kata sab; fun rain pun kita kena redha. Pengalaman ;) 



"Ya, pengalaman. Bila lagi?" 


*Fast-forward*
So, Alhamdullilah aku target top 20 nak dapat nombor 15 tapi Allah bagi rezeki aku dapat nombor 9 untuk fun run. Bukan senang tahu nak lawan form 4 (sebaya dengan aku), form 5 dengan form 6. Tahun lepas agak senang sebab lawan dengan form 3 saja. 




P/s : Cuti raya Cina panjang. Seminggu! Boleh "belajar", "ulangkaji" dan "One Piece"



Ya, ya aku tak habis-habis cerita pasal sekolah. 
Nak buat camne tak masuk universiti lagi. 

35 comments:

  1. sila rjain ulang kaji ok..:D selamat ebrcuti..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, ulangkaji? tengoklah dulu. trimas nasihat XD

      Delete
  2. haha , nnt citer psl universiti pulak ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau panjang umurlah yer.
      And kalau diterima universiti XD

      Delete
  3. kami dulu 6km. pusing kat sklh je pun hahaha


    anyway happy holiday. have fun buat homework (s) uh oh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6km?! Jauh jugak tu. saya 5 km pun lenguh satu badan, 6km? Challenging betul.


      Ayoyo, homework! Nasib baik homework tak byk sgt XD

      Delete
    2. my homework tak lh byk sgt, it's just soalan challenging

      Delete
  4. kitaorang lagi lah 6km kot!!!!!!!!!1 T^T penat lari fun-fun nih :p fun-fun tak boleh blah! :P

    ReplyDelete
  5. Ee lepas cross-country hari tu, sakit gila kaki ni. Padah tak warm up -,-

    ReplyDelete
  6. Kalau merentas desa dekat sekolah selalunya tak ambil bahagian dalam lari-lari gini, tapi dalam jaga trek merentas desa. Maklumlah, pengawas sukan. Hihiks

    ReplyDelete
  7. merentas desa lah yg membuatkan kulit wa hitam legam.. hahaaa.. hadoii kesan berbelang ni masih jelas kelihatan.. kali terakhir merentas desa lah katakan, redah jelah.. lepas ni tak dapat rasa lagi. sobs sobss

    ReplyDelete
  8. Dulu masa zaman sekolah menengah lari merentas desa 8 kilo meter. 8 KILOMETER tu, sesak jugalah napas.. *bukan lari sebenarnya, jalan lenggang kangkung.

    ReplyDelete
  9. Hi! :-)

    form 4 juga kan? Samalah kita hihhi :D

    Best apa dlm hujan, dgn member2 wahh pengalaman tu! ;)

    Itu mmglah.. Cerita sal sekolah je yg boleh diceritakan. Nama pun masih budak sekolah kann kihkih o__o

    ReplyDelete
  10. hahaah 2 baris ayat yg last tu best! yer laa awk sekolah lagi kan. tapi best baca :)

    ReplyDelete
  11. sekolah saya dulu 5km jugak rasanya. haha
    fun rain lahhh yang best! :D

    ReplyDelete
  12. ok la tuh boleh fun2 lagi mase nak berlari tu.haha

    ReplyDelete
  13. tp akak nmpk sisi matang adik tau...impress

    ReplyDelete
  14. ayat last sedih. haha
    dont worry. lpas skolah bleh mrasa gne ayat "lecture", "class" and "assignment". haha

    ReplyDelete
  15. fun rain.. okey ayat ittew sungguh tak menahan! :)

    ReplyDelete
  16. fun rain.. okey ayat ittew sungguh tak menahan! :)

    ReplyDelete
  17. Hehe dh msk u nti confirm rindu sekolah :)

    ReplyDelete
  18. akak dari dulu smpai sekarang..asyik ckp pasal sekolah je..huhu.

    ReplyDelete
  19. hahaha, soo cute! oh myy, dulu mase sekolah kita benci fun run ni sebab kita jenis indoor person. tu yang badan berlemak-lemak sekarang, erkk ._. :3

    tahniah dik! all the best and enjoy your school life! *kisses*

    ReplyDelete
  20. wah ! tahniah !

    # best la baca entri kat blog ni :)

    ReplyDelete
  21. alalalala.merentas kampung yea dek.hewhewhew.. tahniah dpt no9 ;D

    ReplyDelete
  22. lama dah tak buat aktiviti fun run ni.. last masa dalam palapes...
    http://www.zahidahwahid.com/

    ReplyDelete
  23. NI mesti atlet skolah ni.. sampai dapat nombor tuuu... Kalo dlu time ad aktiviti cmni, xde lah nk dpt no, paling2 pn dapat no last.. hehe

    ReplyDelete
  24. pheuww..kaki lari lah ni.. aku dlu asal ade benda jadah ni, kalau blh tak mau p langsung hehe :)

    first time visit here !

    ReplyDelete
  25. nabila dah berapa tahun skip dari merentas desa sekolah punya. Tapi! bukan sengaja skip,nabila kena jadi bantu mula. Berbakti kononnya. haha. btw,tahniah dapat no 9. tahun depan no 1 pulak. haha. ;)

    ReplyDelete
  26. kalau kat skolah saya dulu panggil road run. dua tahun akhir just jadi penjaga cekpoint je hahaha sbab malas nak lari dan tak pernah dapat no pon.
    lari dalam hujan best ape :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

Memikirkan the unknown

Assalamualaikum dan Salam Ceria! Ahaha dengan pesatnya social media lain macam tiktok / IG / X (atau dulu orang panggil twitter), sudah past...