Saturday, January 14, 2017

Little confessions on Sarawak

Assalamualaikum & salam cerios!


     Sengaja je nak tiru IIUM confessions sikit, bezanya tulis kat blog.


            Aku baru je setahun, 7 bulan kat Sarawak untuk study kat sini. Dan aku memang dibesarkan & dah biasa dengan suasana you know, Keyyel, Seylangur yang orang kata dah banyak kemajuanlah. Sarawak pun dah makin maju (kawasan-kawasan bandar utama) tapi tak dinafikan kalau kawasan pedalaman itu, masih lagi tak ada jalan perhubungan darat untuk sampai ke situ.


Masa kecik-kecikkan, aku selalu terfikir nak bercuti kat Sarawak tapi kalau boleh nak sebulan ke, supaya aku dapat explore Sarawak. Sekarang, bukan sebulan Allah makbulkan, 6 tahun terus (InsyaAllah kalau graduate on time).


Yang tak pernah pergi Sarawak, let me tell you something. Sarawak ini sangat kaya dengan budaya & hasil bumi selain dari korang tahu hutan-hutan / gua yang ada kat sini. Dan kalau anda semua ingat, yang orang-orang Sarawak ini tinggal kat rumah panjang SAHAJA, anda salah. Jujurlah, aku tak pernah lagi nampak rumah panjang, mungkin sebab duduk kawasan bandar.



Orang Sarawak sangat baik. Dan diorang sangat open & tolak-ansur dengan budaya kaum lain. Rasa bersyukur sebab dapat belajar kat Sarawak sebab apa tau, bila duduk Sarawak baru kau kenal apa itu sebenarnya 1 Malaysia. Kat semenanjung tak dinafikan, memang ada juga orang  Sabah & Sarawak kat sana, tapi ada ke semua kaum wujud? Jadi, ini peluang aku untuk kenal budaya kaum lain. Sikit pun jadilah.



Walaupun orang kata study medic kat UM, UKM baru gah kan? Tapi aku syukur aku ditempatkan kat Unimas sebab aku dapat jumpa 1 Malaysia kat sini sebelum aku start bekerja satu hari nanti.



Dan, baru-baru ini 11 Januari 2017, chief minister kesayangan warga Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia. Jujur, aku tak pernah tengok betapa sedihnya rakyat sebab pemimpin diorang meninggal dunia. Sampaikan lecturer aku yang non-muslim pun suruh bertafakur sekejap untuk Tok Nan. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau sebab mengikut cerita-cerita orang Sarawakians, banyak betul jasa dia kat Sarawak. Sampai penuh Masjid negeri kat Petra Jaya untuk solat jenazah Tok Nan. Yang Non- muslims pun datang, jadi bayangkanlah betapa bersatunya hati diorang ni.



Semestinya, masih banyak lagi aku tak teroka pasal Sarawak.
Siney Sarawakians sitok?




5 comments:

  1. Pengalaman yang ohsem..
    Keep on sharing..

    ReplyDelete
  2. bila kita banyak berjasa pada orang, orang akan ingat kita sampai bila2.

    akak bukan org sarawak. kihkih

    dan akak rindu pada perak sekarang ni. bumi akak menuntut ilmu. haha

    ReplyDelete
  3. tok nan memang banyak berusaha membangunkan dan mengembalikan hak2 kaum disarawak. memang terasa sangat bila tok nan meninggal, taksangka. T^T

    banyak jasa tok nan kpd rakyat2 di sarawak.
    al fatihah utk tok nan.

    ReplyDelete
  4. tok nan memang banyak berusaha membangunkan dan mengembalikan hak2 kaum disarawak. memang terasa sangat bila tok nan meninggal, taksangka. T^T

    banyak jasa tok nan kpd rakyat2 di sarawak.
    al fatihah utk tok nan.

    ReplyDelete
  5. saya pun teringin sangat nak pegi sarawak atau sabah sebab nak kenal dgn penduduk2 sana selain ada banyak tempat2 yg best/lawa.
    haritu masa arwah tok nan tu meninggal, penuh kat laman sosial semua post pasal dia, mmng seorang pemimpin yg hebat :)

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...