Tuesday, March 20, 2018

Setiap ujian itu Allah nak bagi sesuatu yang bermakna

Assalamualaikum & Salam ceriaa!


            Beberapa hari lepas, laptop aku crash. Bukan setakat masa itu, laptop je tak sihat, tapi masa itu, aku sendiri tak sihat. Laptop ini sangat berhargalah kiranya, walaupun ada phone, tablet tapi kalau masih lagi tak mampu nak gantikan function laptop ini sendiri. Dan, masa itu aku kena siapkan PBL (yang selalunya aku guna laptop) dan kalau research pula, kena isi data dan aku selalunya aku guna laptop kawan aku sebab laptop aku tak dapat nak insert data sepatutnya (maybe format tak compatible). 


Jadi, hari ini, aku ambil laptop semula. 
Dan aku cuba try isi data research dalam laptop aku. 
Indah betul sebab aku dah boleh guna laptop sendiri lepas ini untuk isi data reseach. 
Aku rasa macam, Alhamdulillah, lepas ini aku dah tak perlu pinjam laptop kawan aku semata-mata untuk research. Ada kelegaan di situ. 


Walaupun sedih tau reformat ni, banyak data dalam laptop hilang, kecuali data dalam D. So, lepas ini kena beringat, kalau nak save data, save dalam Data D. Sebab itu antara data yang dapat received if anything happens to the laptop. 




Minggu ini, baru sahaja habis baca buku Hidup yang aku pilih, ditulis oleh Muharikah. 

Aku dah lama perhati Muharikah ni di fb, tahu dia sebagai Dr, Da'i dan penulis. Tapi masih belum berkesempatan beli buku dia masa itu. Hari itu, ternampak buku ini, terus rasa nak baca dan tak menyesal beb.

Buku ini bukan novel / buku cerita. Tapi buku ala-ala motivasi gitu, ada jugak menceritakan kejayaan-kejayaan orang bisnes, macam mana nak rancang masa depan, apa jenis personaliti kita.


Banyak kata-kata motivasi, dan meningkatkan rasa semangat aku. (Aku baca buku ini sekejap sebelum nak start belajar). Overall, aku bagi 4.5/5 untuk buku ini.


Hasil daripada buku ini, aku dah buat outline untuk umur sekian-sekian aku nak achieve apa. InsyaAllah, aku rasa nak start balik baca buku-buku macam ini selain daripada buku medic.


Jadi, berbalik kepada tajuk, apapun yang terjadi dalam hidup kita, laptop rosak contohnya, mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih bermakna kepada kita pada akhirnya. Contohnya, laptop jadi semakin laju atau laptop dah boleh guna untuk isi data research ahaha.


Berbaik sangkalah dengan Allah
Sesungguhnya Allah itu sepertimana sangkaan hamba-Nya.



"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, 
semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan
kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan dia bersyukur, 
maka yang demikian itu kebaikan baginya. Sebaliknya 
apabila ditimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang
demikian itu merupakan kebaikan baginya." (HR Muslim)






3 comments:

  1. Ujian Allah tanda DIA sayang... Nak kita ingat kat DIA sentiasa...

    ReplyDelete
  2. be strongggg

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  3. betul tu. sekejap je masa berlalu. dulu kenal miss xyz ni pun zaman awak masih spm. hahaha

    ReplyDelete


Hari-hari melantak ramen, jangan malu-malu sila komen ;)


"Mungkin hamba tak balas comment di sini tapi hamba akan cuba punya cuba punya cuba untuk jenguk balik blog tuan hamba cekelian. " titah Sultan-lah-sangat.

(3 komen terawal akan di-reply)

2023 - A comforting but struggling year

Assalamualaikum & Salam Ceria Tahun ni kiranya full year aku jadi HO. Alhamdulillah dah lalu 4 posting untuk 2023. Memang boleh rasa per...