Monday, August 29, 2011

ye, ye, sah ni entri Raya

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal yang kita rayakan,
Dengan rasa gembira.

(Lagu ni bersepah kut, haha XD)


Assalamualaikum.. | Wa'alaikummusalam |

Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Lepas ni, dah takde dah pergi terawih solat berhimpit-himpit, takde lagi berbuka beramai-ramai, takde lagi sahur bersama-sama, takde lagi moreh, takde lagi macam-macamlah..

And.. syaitan akan kembali dilepaskan, meggoda manusia.

Aku dah habis exam,memang boleh golek-golek, guling-guling time raya ni. Raya sakan pun aku ada ole-ole homework. Ole-ole paling 'best' kedua selepas duit raya :P

" Baju raya kau tahun ni warna apa? "
Baju raya tahun ni, aku warna hitam. Bukan nak berkabung okeyh.. Cool apa warna hitam.

" Kau balik kampung hari apa? Berapa lama? "
Aku balik first day raya. Empat hari je ;'( Tapi still bersyukurlah kan, dapat balik raya kampung jugak.

" Tahun ni balik mana? "
errm, Perak.

" Nak duit raya boleh? "
Takde duit raya, pelempang pun berguna jugak. haha XD, amboi.. takdelah, sampul je ada.. Nak? Nak?

Soalan atas ni memang random & selalu jugalah kawan aku tanya. So, daripada mengelakkan orang tanya aku lagi, aku bagi jawapan jelah kat atas ni. Yelah, ingat artis je yang boleh bagi kenyataan atas ni kat surat khabar? aku pun boleh lah~


Haritu, bermuka buku, kak Sabella berpantun pantun dengan aku. aku servis balik dengan pantun aku kat sini jelah..

Bagun pagi tak gosok gigi,
Bau busuk gerenti pengsan,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Kalau ada salah silap, tolong maafkan.
Pergh, betul ke ni pantun? Muahaha, taramkromoh sajalah!

SELAMAT HARI RAYA!
Untuk semua pembaca blog ini!


Maaf ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kakiku yang 'wangi'! Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati mana-mana, ter-annoyedkan korang tak semena-mena, merepek tak tentu hala, tergedik-gedik mengada-ngada.

Aku jugak nak mintak maaf sebab guna 'aku' untuk orang yang lebih tua daripada aku. Kalau entri dulu, aku guna 'aku' sebagai 'miss'. Pastu, rasa macam tak selesa, aku tukar guna 'aku'.

Ohh ye, sebelum berpisah, ada sesiapa tak nak bagi aku duit raya? haha XD Hati-hati di jalan raya, hati-hati main mercun di hari raya, kang beraya kat hospital menyesal pulak!

p/s : Aku dapat duit raya awal. Nak tahu siapa tuan puteri yang baik hati kasi aku duit raya? My daddy n my momma pun belum kasi lagi tau.
(Klik sini. Ini bukan iklan nuffnang ke, heartbeat ke, jangan risaulah wey)

p/s/s : Hajatku tercapai, akhirnya Chocolate Cornflakes menjadi! oh yeah. Sedaaapp! delicious! Nak ke? Buat sendiri ye :p

Sorilah, post ni aku tak dapat nak bubuh gambar, ada problem sikitlah. Cadang nak bagi kad raya, tapi kat entri lain jelah kut, InsyaAllah..

Sunday, August 21, 2011

Aku pun ada sejarah giygiy

"Weyy, kau pakai braces ke? ;D "

" Hak'oh. ;) "

Assalamualaikum, jawabnya : Wa'alaikumussalam. haa, pandai pun.

Sudah lama tak bagi ceria ini blog, kau olang semua tak da rasa rindu ka sama gua? perghh, ayat serupa gangster. okay, enjoy-enjoylah baca entri, sementara aku nak bersihkan sarang-sarang, maklumlah spider dah bersarang dalam blog aku ni :p


nak tahu tak? Daddy titew kan dah beli angry birds ni dah. RM10 je XD ni yang nak bangga nih~

18/08/2011. Tarikh itu patut masuk & diblender secukup-cukupnya dalam kepala hot otak aku ni. Copp! Sebelum tu.. Sebenarnya, aku baru pakai appliance orthodonthic. Doktor kata kan, tu untuk bagi gigi yang senget benget berbelok belok ni teratur & bagi familiar kalau pakai breses sebenar nanti. hoo, gawat.


Inilah gambaran applians boleh tanggal ni.. Erm, macam braces gak kut. Tapi lain sikit.

Pakai appliance ni, yang susah nya, aku ni dah jadi semacam minah pelat. Nak sebut huruf 'S', 'C' & 'X' tak lepas kut. Sebut 'gengster' jadi 'gengshhsster'. Masalah lah camni kan. Tu belum air liur tersembur lagi. Tapi air luar aku tak sembur sembur, okay! Muleletu nak buat rancangan gelak beramai-ramai untuk aku.

Tapi aku rasa lama-lama masalah aku tu akan hilang. Sekarang ni pun, pelat aku dah semakin berkurangan. Practice makes betterlah kan. Tapi kalau aku buka applians ni, aku tak pelat okeyh? >.< Jangan salah faham, jangan salah sangka. Tak baik untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Ohh, ada lagi sebenarnya. Tapi aku bagitahu kat lain entri jelah eh. Khas untuk perkembangan gigi semasa :P

Till then, Got to study. Got to focus. Got exam 22 Ogos sampai 26 Ogos ni.
Tolong doakan aku tau ;) Thanks.


Wednesday, August 17, 2011

Wordless lah sangat..


Assalamualaikum,

Hari ni nak ber-wordless sikit boleh *kebil-kebil.
Maklumlah "budak-busy" kan? >.< eh, aku budak ceria lah :P



Aku tak menafikan, time aku boring, aku selalu menconteng XD



Exam just merry go around the corner beybeyh! Study smart, study hard! Tolong doakan kejayaan aku ye ;)


p/s : See, tak rupa word-less pun kan? Mungkin post terakhir sebelum aku periksa. Mungkin jugak aku sempat buka blog, tapi cuma balas jejak kasih & bw je kut.. ;D



Songket Moment

Assalamualaikum dan Salam Ceria Aku semalam randomly terfikir, yang, betulah apa orang kata pasal jodoh itu rahsia. Sebab kita takkan tahu s...